BAB 15

405 3 0
                                    

Kenapa hari ini air mata aku tidak berhenti mengalir.  Semakin aku lap, semakin deras air mataku mengalir.

Allah, sepatutnya aku menangis disebabkan dosaku kepadamu bukan disebabkan oleh manusia. Aku mengesat air mataku. Aku pergi ke bilik air, mengambil wuduk. Perlahan-lahan aku membentangkan sejadah di hadapan aku.

Dia mengambil al-Quran di rak meja, dia membaca perlahan-lahan. Aku mengamati maksud surah yang  aku sedang  baca. Mengalir air matanya, ini ketenangan yang dia carikan.

 Ketika aku menutup al-Quran kelihatan roomateku, Marini memandang pelik ke arah  aku. Aku senyum terhadapnya.

 “Natrah, kau jangan macam-macam. Risau aku tengok kau begini,” kata Marini. Kawan dia asyik menangis je sem ni. Natrah hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Roomate aku ni kelakarlah. 

“Senyum pun tak boleh ke, Mar. Okay apa daripada aku menangis teresak-sak. Nanti kau yang jadi kelam-kabut,” aku memerli Marini, asal aku menangis je dia panggil Intan, prihatin sungguh punya roomate.

“Tak boleh, tambah-tambah  kau mengaji waktu siang menerang ini. Buang tabiat ke apa?” Marini perasan kebelakangan ini Natrah banyak menangis.

“Tak semestinya malam, baru boleh mengaji” Natrah melipat sejadahnya.

“ Okay, ustazah, sebelum kau bagi ceramah baik aku layan drama aku balik” Marini kembali menonton dramanya. Natrah sudah ketawa. Roomate aku ni.

“ Ni tengok drama Korea, dah solat belum. Kat akhirat nanti solat yang akan di tanya dulu, bukan berapa banyak drama korea kita tengok,” ujar Natrah.

“ Maaf ustazah. Sekarang juga saya solat,” ujar Marini. Kawan dia kalau nasihat menusuk kalbu betul. Natrah hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.

Natrah mengeluh perlahan. Sebentar tadi ada taklimat mengenai program yang berlangsung. Tak sangka pula program anak yatim. tu akan dijalankan minggu hadapan.

Natrah berbelah bahagi pula untuk membuat kejutan hari jadi suaminya. Dahlah dia menjadi urusetia program, takkan sesuka hati sahaja nak melepaskan tugasan kepada orang bawahan. 

 “ Intan, macam mana ni, aku baru tahu program tu jatuh pada hari jadi dia,” tanya Natrah.  Aku meminta pendapat kepada Intan. 

“ Apa susah nya, Natrah kau tariklah diri. Aku rasa mereka okay je kot sebab kau kata lah ada perkara penting. Memang pentingkan nak selamatkan rumah tangga kau kan.” Intan kalau sudah mula bercakap memang tak berhentilah jawabnya.

 “ Tapi aku tak nak jumpa dia, dia hina aku Intan. Hati aku terguris kau tahu tak. Apa kata kalau aku pura-pura tak ingat hari jadi dia, okay tak,” tanya Natrah.

 Intan mengeleng-gelengkan kepalanya. “ Jangan begitu Natrah. Kau kena selesaikan segalanya. Nanti kalau Tiara buruk-burukkan kau, lagi susah kamu nak berbincang dengan suami kamu nanti. ” Intan menasihatkan Natrah. 

“Tapi bila aku fikirkan semula. Lantaklah Tiara nak burukkan aku kepada Syed sebab  nanti kami akan berpisah juga,” tutur Natrah.

“ Kau nak ke jadi janda Natrah? Kau ingat cerai tu benda mudah?” soal Intan.

“ Aku tahu penceraian itu benda halal yang paling Allah benci. Tapi, aku siapa? Aku cuma boneka yang perlu mengikut semua rentak mereka,” tutur Natrah sayu.

“ Natrah kau kena percaya kepada takdir. Kalau kau redha dengan semua ini In sha Allah, Allah akan permudahkan hubungan kamu berdua,” ujar Intan

“ Intan, aku rasa kau layak jdi kaunselor perkahwinanlah. Aku nampak bakat terpendam kau tu,” usik Natrah.

Takdir yang TerindahWhere stories live. Discover now