Natrah menyalami Mak Munah, sungguh dia agak keberatan untuk berpisah dengan Mak Munah. Bagi Natrah Mak Munah ibarat seperti mak kandung dia sendiri. Sudah lama dia rindukan kasih seorang ibu.
“ Mak, jaga diri elok-elok. Nanti Natrah datang lagi tau mak,” ujar Natrah memeluk Mak Munah ibarat tidak ingin lepasakan.
“ Jaga diri elok-elok, jaga cucu-cucu mak elok-elok. Suami ni jaga elok, syurga Natrah di tangan dia,” pesan Mak Munah kepada Natrah. Dia mengelap sisa-sisa air mata Natrah.
Syed membuka pintu kereta namun Natrah menolak. Dia membuka pintu belakang kereta. Mak Munah mengeleng-geleng kepala melihat ragam Natrah.
Syed mengerling isterinya yang berada di tempat belakang kereta, lihat daripada riak muka macam nak tidur sahaja isterinya. Kalau duduk depan bolehlah selesa sikit tidur.
“ Awak nak tidur ke, kalau nak tidur lebih baik tidur dekat depan. Nanti sakit pula badan pula, saya boleh berhenti dekat RnR,” cadang Namun Natrah tetap membisu. Air matannya masih bersisa.
Matanya rasa berat sahaja, perlahan-lahan dia rebahkan badan dia untuk baring. Dia meletakkan tangannya di kepala menjadi alas. Syed mengeluh, lagi dia cuba memberontak, lagi isterinya memberontak.
Syed memberhentikan keretanya. Dia keluar membeli makanan, harap-harap isterinya baik-baik sahaja. Dia kembali dengan makanan dan minuman ditangannya.
Perlahan-lahan dia mengerakkan sterinya. “ Janganlah ceraikan saya syed,” ucap Natrah.
Syed tersenyum perlahan. Isteri dia boleh mengigau pula, tulah orang kata mulut kata tak, tapi hati kata nak.
“ Bangun, awak,” arah natrah Natrah membuka matanya perlahan-lahan, mengantuknya. Da menjeling suaminya, baru sahaja melelapkan matanya sudah dikejutkan.
“ Tidur depan,” arah Syed. Hanya itu yang diperkatakn oleh Syed.
Selepas beberapa jam, sampai juga mereka ke rumah. Sebaik sahaja sampai di rumah, Natrah terusmencari anak perempuannya.
“Alisha, ibu balik ni,” ujar Natrah sambil mendepakan tangannya. Namun, Alisha tetap di situ, berpeluk tubuh.
Merajuklah tu. Lantas Natrah menuju ke arah anaknya. Dia melutut di hadapan anaknya, “ Sayang marahkan ibu ya. Tak nak kawan dengan ibu dah,” ujar Natrah.
Alisha menganggukkan kepada. Allah, budak sebesar ini pun tahu erti sakit ditinggalkan.
“ Ibu minta maaf sayang. Meh sini ibu peluk sikit,” Natrah memujuk. Namun Alisha masih berpeluk tubuh.
“ Kalau macam tu, ibu pergi baliklah. Bye Alisha,” dia melangkah pergi. Terus Alisha terkedek-kedek mendapat ibunya.
“ Sayang anak ibu ni. Jom kita tidur, ibu mengantuk ni,” ujar Natrah. Syed hanya tersenyum melihat keakraban mereka berdua.
Melihat isterinya yang sedang tidur lena, tidak sampai hati pula ingin kejutkan. Dia mencium perlahan dahi isterinya. Dia mendail nombor telefon Dr Atikah, dia perlu menunda temujanji petang ini. Dia beredar meninggalkan isterinya.
Tidur Natrah terjaga, apbila terasa perutnya sakit. Tak akan nak bersalin pula, awal lagi kot. Mungkin hari ini dia penat kot. Dia melihat suami dia sedang membawa dulang berisi makanan untuk dia.
“ Saya boleh turun bawah untuk makan,” ucap Natrah. Namun, Syed tidak mengendahkan dia sambil ingin menyuakan makanan kepada isterinya. Namun selepas dua suapan, Natrah sudah mengelengkan kepalanya.
Syed masih menyuakan makanan kepada isterinya. “ Saya sudah kenyanglah awak,” Natrah meneguk habis air susunya.
“Sikit sahaja awak makan, saya kasihan dengan anak-anak saya. Dia lapar tapi ibu dia malas nak makan,” Natrah terasa dengan suaminya lalu dia membuka mulutnya.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...