BAB 45

394 4 0
                                    

Tiara memandang ke arah abang dia, segaknya abang dia. Ni kalau Kak Natrah nampak ni mesti susah hati hati.

" Abang," ujar Tiara sambil melabuhkan punggung di kerusi. Syed menjeling adiknya.

" Tak tahu ketuk pintu dah ke," Syed memerli adiknya. Tiara hanya tersengih.

" Abang ni kan, semakin kacak nampak. Kalau Kak Natrah nampak ni mahu dia ikat abang dekat rumah sahaja," usik Tiara. Syed hanya tergelak apabila mendengar apa yang adik dia cakap.

" Mesti dia menyesal tinggalkan abang kan adik, selamat abang jenis yang setia," ujar Syed bangga. Tiara menjeling abang dia, cis pantang dipuji agkat bakul sendiri.

" Poyolah, abang ni. Tapikan abang tiada apa berita ke tentang Kak Natrah," tanya Tiara. Belum Syed nak menjawab soalan adik dia, telefon bimbitnya sudah berbunyi.

" Ya, Saya Syed. Apa? Saya datang sekarang," Tiara tertanya dengan keterujaan abangnya. Dia melihat abang sudah mengenggam kunci kereta.

" Abang nak pergi mana". Tiara tertanya-tanya. Namun tiada balasan daripada abangnya.

Natrah memegang kepala Mak Munah, panas pula badannya. Tadi pagi, sihat je tiba-tiba demam pula.

Natrah berlalu pergi ke dapur, dia membuka peti ais. Banyak barang sudah habis, kena pergi beli ni.

" Mak, Natrah keluar kejap ya. Banyak barang dapur sudah habis," Natrah meminta izin.

" Tak payah Natrah. Natrah sedang sarat tu, nanti apa-apa jadi macam mana. Risau pula mak". Natrah melemparkan senyuman.

" Dekat sahaja mak, in sha allah tak ada apa-apa berlaku. Natrah pergi dulu ya," Natrah menuruni anak tangga. Lama juga dia tidak keluar. Hari ini ibu bawa anak-anak ibu berjalan ya, jangan penat.

Lagipun orang kata kalau selalu berjalan, nanti senang untk bersalin. Dia tersenyum apabila ada tendangan dari anak-anaknya.

Sampai juga aku dekat kedai ini, apa aku nak beli ya. Natrah membebel berseorangan sambil membelek-belek barangan.

" Itu ke perempuan yang mengandung anak luar nikah Omer tu," mak cik bawang sudah bersuara. Natrah mula menaikkan mukanya, mak cik-mak cik bawang ni sudah kenapa, tak ada kerja ke asyik nak membawang.

" Mungkin sebab tu kot Omer mati, sebab kena laknat," ujar seorang lagi Natrah beristighfar banyak-banyak. Aku meletus karang baru tahu.

" Orang kata kalau diam, maksudnya betullah apa yang aku katakan tadi. Apa nak jadi lah dengan budak-budak sekarang. Zina tu dosa besar, Allah laknat. Dah tak takut azab yang bakal timpa ke," tambah mak cik itu.

Alahai mak cik, memfitnah tu tak berdosa ke. Mak cik ni tak tahu ke fitnah lebih besar dosanya daripada dosa membunuh. Tak pasal-pasal aku bagi ceramah percuma karang.

Natrah ingin membela dirinya. Omer tidak bersalah dalam hal ini. Namun,ada sesorang tengah mendekati dia daripada belakang.

"Maaf mak cik-mak cik yang dikasihi sekalian, saya bukan ingin kurang ajar. Tapi mak cik- mak cik bawang sekalian, Natrah ni isteri saya. Anak- anak ni anak saya. Mak cik- mak cik tak baik menuduh orang tanpa bukti. Dah satu fitnah tu, seronok makan daging saudara sendiri?" ujar satu suara.Tergamam Natrah apabila mendengar suara suaminya. Mana suami dia tahu dia di sini siapa punya bocorkan rahsia ni.

Tadi dia pergi ke rumah Mak Munah tapi Mak Munah kata isterinya sudah pergi ke kedai. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya isterinya keluar berjalan keseorangan.

Natrah mencubit pipinya. Aduh, sakit. Maksudnya bukan mimpinya, tiba-tiba lemah lutut dia, macam mana suaminya dapat jejak dia. Syed tersenyum melihat perilaku isterinya.

Takdir yang TerindahWhere stories live. Discover now