Hari ini hati Omer berbunga-bunga melihat buah hatinya berada di hadapannya. “ Awak nak makan apa. Masam je dari tadi, takkan nak makan cuka pula ni,” ujar Omer sebaik sahaja melihat wajah Natrah yang masam mencuka.
“ Awak ni!!! Saya pun tak tahu nak makan apa. Tapi mulut ni nak rasa nak makan sesuatu tapi saya sendiri tak tahu,” ujar Natrah sambil melemparkan senyuman.
“ Kelakarlah awak ni. Bila awak nak balik ke Kuala Lumpur ni, berbincang dengan Syed,” tanya Omer. Dia bukan nak mendesak Natrah tapi dia tidak ingin dicop menjadi orang ketiga.
“Saya tak tahulah Omer. Kalau ikutkan hati saya, saya tak ingin untuk berjumpa dengan dia lagi. Saya nak terus pergi dari hidup dia,” kata Natrah perlahan.
“ Okay. Saya tak nak mendesak awak, Natrah. Tambah-tambah awak sedang mengandung, saya tak ingin menjejaskan kandungan awak. Tapi saya tak nak awak jadi isteri nusyuz disebabkan oleh saya,” ujar Omer. Natrah hanya tersenyum tawar.
“Saya tahu awak. Saya bukan sengaja tinggalkan dia. Sudah beberapa kali dia menyakitkan hati saya, saya tak mampu bertahan lagi. Sabar saya sudah habis, saya tak mampu,” luah Natrah. Dia sudah lama memendam rasa.
“ Awak, janganlah menangis. Saya minta maaf,” Omer berkata sambil mengambil sapu tangan dari kocek seluarnya. Dia ingin mengelap air mata Natrah.
“ Itu isteri akulah, Omer,” teriak Syed sambil menumbuk muka Omer.
Syed sudah tidak dapat mengawal kemarahan dia. Tujuan utama di datang ke Cherating untuk membawa isterinya dan Alish akembali ke rumah mereka. Dia ingin mulakan kehidupan baru
Namun, dia tergamam apabila melihat Omer dan Natrah berdua-duaan. Dia naik hantu. Natrah tu milik, tiada siapa yang boleh miliki selain dia.
“Awak gila ke apa!!!” marah Natrah sambil mendapatkan Omer yang sudah tersungkur.
“ Itu balasan kerana berani ganggu isteri aku. Natrah awak ikut abang balik,” kata Syed sambil menarik Natrah pergi jauh daripada Omer.
“Lepaskan sayalah, Syed. Saya bukan isteri awak lagi. Isteri awak sudah lama mati, faham tak,” bentak Natrah sambil tangan dia meronta-ronta minta dilepaskan daripada genggaman Syed.
“Abang tak pernah jatuhkan sekali pun talak dekat awak, Natrah Sofea. Jadi, sehingga itu awak tetap jadi milik saya, bukan dia,” kata Syed.
“Saya nak cerai. Ceraikan saya sekarang, Syed Arshad Mikael!!! Awak bangga sangat yang talak itu terletak di tangan awak, jadi tunjukkan kuasa awak. Sekarang!!!” bentak Natrah.
Melihat linangan air mata Natrah, Syed terdiam. Dia ke sini bukan untuk sakitkan hati isterinya, dia ingin membina mahligai impian semula bersama Natrah dan anak-anak dia.
“ Kenapa awak diam, Syed. Lafazkan sekarang. Tolonglah, Syed. Hentikan penderitaan ini, hentikan penghinaan awak. Saya tak layak untuk awak, saya tak mampu berikan kebahagiaan yang awak inginkan. Tolong lepaskan saya, saya merayu,” ujar Natrah.
“Saya takkan sesekali lepaskan awak. Saya tak akan izinkan orang lain bersama awak sampai bila-bila. Saya sayangkan awak, Natrah Sofea. Tolong jangan buat saya begini, saya takkan sesekali melepaskan awak. Tolonglah maafkan saya,” ucap Syed. Dia sudah melutut di hadapan Natrah.
“ Saya tak mungkin akan kembali kepada awak lagi, Syed. Awak anggap je yang jodoh kita hanya setakat ini sahaja. Biar saya mencari kebahagiaan saya sendiri. Sekembali saya ke Kuala Lumpur, saya akan failkan fasakh. Jom Omer, kita pergi daripada sini,” ujar Natrah . Dia ingin beredar daripada situ. Dia tidak mahu lagi bersemuka dengan
“Saya tak akan benarkan awak bercerai dengan saya. Kalau awak berkeras juga dengan keputusan awak, saya akan failkan nusyuz di mahkamah,” kata Syed.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...