Natrah memandang Danial di hadapannya. Sakitnya hati aku apabila mengingat kembali perbuatan Danial, dia tidak akan mungkin memaafkan.
“Kau nak cakap apa, cakaplah sekarang. Aku tak boleh lama-lama di sini,” Natrah berkata namun mata dia tak lepas memandang Danial. Geram di dalam hati tak hilang lagi.
“Abang nak sayang semula,” Danial bicara perlahan. Dia ingin meraih cinta dia balik. Dia tidak mungkin mudah untuk lupakan Natrah.
“Awak tahu kan saya sudah menjadi milik orang lain. Kenapa awak masih tak boleh nak lepaskan saya. Danial awak bukan tertulis untuk saya. Tolonglah, faham,” ujar Natrah. Mata Natrah sudah mula berkaca.
“ Sebab saya tahu awak juga masih mencintai saya. Saya tahu awak cuba berbahagia dengan dia tapi hati awak masih dekat saya. Betulkan, sayang.” Natrah mengeleng-gelengkan kepala.
“ Saya takkan kembali kepada awak Danial, hubungan kita sudah lama terlerai, tak mungkin akan bersemi kembali,” Natrah berhenti berbicara seketika. Dia memandang Danial.
“Saya tak sangka disebabkan dendam, awak sanggup permainkan adik ipar saya. Awak permainkan perasaan dia, Danial. Dia tak bersalah dalam hal ini, Danial. Awak tahu tak betapa patahnya hatinya bila awak tinggalkan dia terkontang-kanting begitu,” ucap Natrah. Air mata Natrah akhirnya jatuh jua.
“Habis itu, perasaan saya? Awak ada kisah. Awak tak rasa awak permainkan perasaan saya, 3 tahun kita bercinta, Natrah. Awak sesuka hati berkahwin dengan lelaki baru awak kenal. Sebab apa? Sebab dia boleh beri kekayaan pada awak. Awak tak rasa ke awak tak ubah macam pelacur. Murah sangat ke harga diri awak tu,” Danial melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya.
“ Ya, saya memang murah, Danial. seorang perempuan yang sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat kasih sayang ibu saudaranya, walaupun dia terpaksa melepaskan orang dia sayang,” Natrah berkata sambil ingin beredar daripada situ. Dia tidak mahu emosinya mengatasi akal fikirannya.
Dia ingin beredar daripada situ namun tangan dia direntap kasar oleh Danial.
“Abang minta maaf kalau abang lukakan hati sayang. Awak tak boleh pergi begitu sahaja. Awak kena selesaikan kemelut kita berdua,” rayu Danial.
“ Nak selesaikan apa, Danial. kita sudah putus. Awak binalah kehidupan awak semula. Pasti akan ada perempuan yang terbaik untuk awak yang jauh lebih baik daripada saya. Tolonglah Danial, buangkan perasaan awak dekat saya. Saya tak mungkin jadi milik awak lagi. Tolonglah,” rayu Natrah. Dia ingin lebih ramai lagi orang terseksa disebabkan dia.
Tiara yang mendengar perbualan mereka terkejut. Tiga tahun Kak Natrah dan Danial bersama. Patutlah, Danial asyik bertanya mengenal Kak Natrah apabila bersama dengan dia. Dia mengambil telefon bimbitnya, menangkap beberapa keping gambar.
Dia akan pastikan mereka berdua akan merana kerana telah mempermainkan perasaan dia. Dia akan pastikan abang dia akan mengamuk apabila melihat gambar tersebut.
Melihat adegan berpegang tangan menyebabkan Tiara terus berangin. Dia terus meluru menuju ke arah Natrah.
Pang!!! Satu tamparan tepat mengena muka Natrah.
“Dasar perempuan yang tak ada harga diri. Kau tu sudah bersuami, yang masih bergatal dengan lelaki lain kenapa,” marah Intan.
Natrah memegang pipinya yang pedih ditampar oleh adik iparnya sendiri. Pedih.
Danial menarik Tiara. “Apa yang awak buat ni Tiara, tu kak ipar awak tahu tak,” marah Danial.
“Awak tahu dia tu dah bersuami yang awak kacau dia lagi kenapa. Siap pegang-pegang tangan lagi. Kalau pegang haramlah, tapi kalau perempuan ni pegang halallah. Dasar lelaki munafik,” Tiara menempelak.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...