Okay, siap juga siakap 3 rasa aku ni. Cepat aku siap cepat aku balik kolej. Dari tadi aku tengok moyok je wajah suamiku. Eh, takkanlah sedih aku nak balik kolej kot, sepatutnya gembirakan.
“Awak, makanan sudah siap. Jom kita makan,” ujar aku.
Aku mencedokkan nasi ke dalam pinggannya. “Cukup tak?” Pertanyaan aku dibiarkan begitu sahaja.
“Sayang, kalau tak balik kolej hari ni tak boleh ke? Nanti tak ada orang abang nak bergaduh, bosanlah nanti,” ucap Syed.
Dia ni dah kenapa, pelik semacam. Aku hanya diam membisu.
“ Abang hantar sampai Kuala Pilah, boleh?” tanya Syed
Dia merenung ke arah isterinya apabila pertanyaannya tidak dijawab. Sudah cukup lah sekali dia rasa kehilangan. Dia tak nak mengalami keadaan yang sama macam dulu lagi.
Dia teringat peristiwa lalu. Hari tu, dia terlalu sibuk sampaikan dia terpaksa meninggalkan tunangnya, Syuhada bersendirian di tepi jalan. Niat dihati memang nak hantar Syuhada sampai di depan rumah.
Namun tiba-tiba ada pesakit dia menunjukkan prestasi yang teruk. Dia terpaksa balik ke hospital dengan kadar segera.
Hampir setengah jam, Syuhada menunggu teksi, namun tidak kelihatan satu pun teksi. Bayang pun tak nampak. Tiba-tiba muncul sebuah kereta.
Muka Syuhada menjadi pucat apabila lelaki tidak dikenali keluar dari kereta itu. Dia sudah mula berasa takut, dah lah kawasan lenggang.
“Cik adik, seorang sahaja je ke? Marilah abang hantarkan. Cik adik nak pergi mana,” lelaki itu berkata sambil memegang tangan Syuhada.
“Awak jangan macam-macam, saya jerit baru tahu,” Syuhada sudah meronta-ronta apabila lelaki tu cuba menarik dia pergi.
“Jeritlah sayang, jeritlah. Kau ingat ada orang nak tolong,” lelaki tu berkata sambil menarik Syuhada masuk ke dalam kereta.
“ Tolong!!!” Syuhada menjerit sambil meronta-ronta tangan. Pangggggggg. Satu tamparan hinggap ke pipi Syuhada.
“Kau diam. Kau jerit sekali lagi, mati aku kerjakan kau,” kata lelaki itu kasar. Syuhada memegang wajahnya, sakitnya. Ibu bapa dia pun tak pernah memukul dia. Dasar jantan keparat.
Tiba-tiba, sebuah kereta wira muncul. “Hoiiiii, kau buat apa dengan anak orang tu,” jengkah seorang. Lelaki itu terkejut lalu melepaskan Syuhada yang sudah menangis teresak-esak. Akibat daripada lepasan itu, tersungkur Syuhada di tepi jalan.
“Aduh, sakitnya.” Dia menggosok-gosok badannya yang sakit akibat daripada jatuhan itu.
“Cik, cik okay ke?” tanya Hazran. Kasihan pula tengok perempuan tu jatuh tadi, nak sambut berdosa pula. Haram.
Eh, lelaki ni tak nampak ke keadaan aku macam mana. Apa punya soalanlah. “ Saya tak apa-apa,” Syuhada berkata sambil menolak pelawaan lelaki tu untuk membantu dia bangun. Dia menjeling lelaki itu.
“ Awak nak pergi hospital tak? Teruk luka awak tu,” Hazran merenung luka di lutut gadis. Berdarah.
“ Tak apalah, Encik. Sikit je ni, saya okay,” Syuhada berkata sambil menghulurkan not berjumlah 50 ringgit kepada lelaki itu.
“ Awak ingat saya bantu awak sebab nak duit awak ke?” Hazran berkata sambil menolak pelawaan perempuan tu. Muka je cantik tetapi budi bahasa ke laut.
“ Saya tanya sekali lagi, awak nak saya hantar hospital tak? Kalau tak, saya nak blah dulu. Kawasan ini memang lengang. Jaga-jaga nanti lelaki tadi datang balik pastu ngap awak, saya tak bantu dah,” Hazran berkata dan beredar menuju ke kereta dia.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...