Natrah mengemas barangannya. Dia perlu keluar daripada rumah ini. Dia tidak ingin mempunyai kaitan dengan Intan lagi. Cukup sampai sini dia terhutang budi dengan Intan.
Aku menarik beg bagasi ku ke bawah. Kelihatan Intan sedang khusyuk menonton televisyen. Intan mengerling aku yang membawa beg bagasi.
Minah ni nak pergi mana ni, nak malam dah pun. Ada kerja luar ke apa. Natrah memasukkan beg bagasi dia perlahan-lahan ke dalam bonet kertanya.
Dia mengeluh perlahan, dia mendukung Alisha. Dia mengatur langkah menuju ke arah Intan. Aku melutut di hadapan Intan. Intan terkejut dengan tindakan aku.
“ Kau dah kenapa Natrah,” Intan menarik Natrah bangun namun Natrah menolak.
“Intan, aku nak minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Aku tahu aku banyak buat salah dekat kau. Disebabkan aku, kau yang terluka,” Natrah mengelap air mata dia perlahan.
Intan sudah mengalirkan air mata. “ aku pun minta maaf Natrah, ni semua salah aku. Aku yang selalu dengki dan cemburu dengan kebahagiaan kau. Bila aku sayangkan Danial, aku macam perempuan yang sanggup buat apa-apa demi dapatkn dia. Maam perempuan tiada maruah. Ini semua salah aku, kalau aku tak hasut Syed, semua ini tak jadi. Aku minta maaf Natrah,” Intan sudah meraung.
“Kau tak salah Intan, aku yang salah sebab terlalu bodoh. Aku ikut sahaja kata-kata orang. Betul apa yang kau cakap dulu, aku cuba puaskan hati orang namun hati aku terseksa,” Natrah cuba tersenyum dalam tangisan dia.
“ Kau nak pergi Natrah mana ni Intan. Kau jangan tinggalkan aku. Aku minta maaf sangat-sangat, Natrah. Aku tak mahu kehilangan Alisha. Dialah peneman aku ketika aku bosan,” ujar Intan perlahan. Alisha tersenyum apabila diagah.
“ Aku rasa sudah sampai masa aku keluar dari sini Intan. Sampai bila aku nak bergantung dengan kau kan. Kau jangan risau okay. Lagipun aku tak nak Syed kacau kau lagi. Aku pergi dulu,” ujar Natrah. Intan masih tidak melepaskan pelukan nya.
“ Natrah jangan pergi. Pasal Syed tu biar aku selesaikan dengan dia. Kamu berdua akan bersatu kembali. Itu janji aku,” pinta Tiara.
“ Tak perlu Intan. Syed sudah tahu segala-galanya. Aku dengan dia tidak mungkin kembali semua, Intan. Aku tak perlu perkahwinan ini lagi sebab aku sudah penat dengan kecemburuan dia, Intan. Dia sudah menemui kebahagiaan dengan bekas tunang dia dulu. Aku pun sudah menemui kebahagian aku sendiri dengan Alisha dan anak aku yang bakal lahir ni,”. Natrah mengusap perut dia.
“ Kau mengandung, Natrah? Mesti Syed gembira kalau dia tahu. Natrah aku bersalah dekat kau. Aku punca segalanya ni, maafkan aku,”tangis Intan.
“ Intan, kalau kau tak buat cerita sekali pun, kalau dia tak percayai aku sesiapa pun yang beritahu dia, dia akan percaya. Aku sudah maafkan kau. Okayla, aku pergi dulu,” Natrah pergi meninggalkan Intan menangis keseorangan.
Intan mencari telefon bimbitnya. Dia mendail nombor telefon Syed namun tidak dijawab. Mungkin Syed masih marah dengan dia lalu dia menghantar pesanan ringkas.
Syed memandang pesanan ringkas yang dihantar oleh Intan. Mana isteri dia ingin pergi malam-malam ini. Nombor telefon isterinya tidak dapat disambungkan.
Syed menjadi tidak keruan, dia menelefon Tiara. Namun, tiada balasan. Sayang jangan tinggalkan abang, abang masih perlukan sayang dalam hidup abang.
Pagi-pagi Syed sudah terpacak di hadapan bangunan tempat Natrah bekerja. Dia yakin yang Natrah akan datang kerja hari ini. Hari itu, Ahnaf beritahu yang Natrah hanya mengambil cuti selama tiga hari.
Bagus juga Ahnaf ni, rajin bagi cuti kepada pekerjanya. Untung adik aku dapat dia sebagai suami. Aku tak tahu nak puji dia atau marah bakal adik ipar aku ni.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...