Terhempas jatuh, telefon bimbitnya ke lantai. Tubir matanya mula berair. Melihat reaksi abang, Tiara mendekatkan diri kepada abangnya, “ Abang kenapa ni,” tanya Tiara.
“Kak Natrah, kemalangan adik,” ucap Syed. Allah, selamatkanlah isteri dan anakku.
Syed menggapai kunci keretanya, “ Adik tolong jaga Alisha, abang nak pergi ke hospital,” kata Syed tergesa-gesa menuju ke kereta.
“Hati-hati, abang,” kata Tiara. Dia berharap kakak iparnya berada dalam keadaan selamat.
Syed membawa Ahnaf sekali untuk menemani dia. Setibanya di hospital, mereka terus mencari Omer dan Natrah.
Syed menuju dengan penuh sabar isterinya di bilik pembedahan. Ya, Allah selamatkanlah semuanya, amin.
Kelihatan seorang doktor keluar daripada bilik pembedahan. “ Siapa waris kepada Puan Natrah dan Encik Omer,” tanya Dr Hilman.
“ Saya suami kepada Natrah,” ujar Syed. Dia harap tiada perkara buruk berlaku.
“ Alhamdulillah, Puan Natrah selamat. Dia cuma tidak sedarkan diri untuk seketika. Namun, maaf... kami tidak dapat menyelamatkan Encik Omer. Beliau kehilangan banyak darah ,” ujar Dr Hilman.
“Innalillahiwainnailaihirojiun,” kata Syed perlahan. 2 berita kematian dia terima hari ini. Allah mengambil nyawa hambanya bila sampai masanya. Tak pernah kurang sesaat pun.
Dia merenung isterinya, menangis dia di situ. Melihat kaki isterinya berbalut, muka calar balar. Ada kesan lebam bagai. Air mata laki jatuh jua.
“ Sayang, abang takkan tinggalkan sayang lagi. Sayang jangan tidur lama sangat tau,” Syed mencium ubun-ubun isterinya.
Ahnaf masuk ke dalam bilik Natrah. Dia membawa bungkusan makanan untuk Syed. “ Terima kasih kawan. Macam mana urusan jenazah Omer? Aku minta maaf tak dapat datang.”
“ Alhamdulillah semua sudah selesai. Hati aku sayu gila tadi bila melihat keadaan ibu Omer tidak menerima hakikat kehilangan anak dia. Anak tunggal, wei. Aku tak tahu macam mana mak dia nak hadap semua ini,” kata Ahnaf perlahan.
“ Aku rasa kalau bukan disebabkan Omer, isteri dan anak aku mungkin sudah tiada. Aku terhutang budi dengan dia,” sayu kedengaran suara Syed.
“ Insan yang baik akan pergi dahulu. Mungkin, ini peluang untuk kau berbaik dengan Natrah. Kau jagalah Natrah ni baik-baik, peluang ni jangan kau lepaskan. Nanti dia sudah sedar maklumkan dekat aku,” Syed menganggukkan kepalanya.
“ Tiara, abang kamu ni pergi mana ni. Mama telefon dia berkali-kali, dia tak angkat pun. Janji nak berbuka dekat sini, ni anak sendiri pun ditinggalkan. Isteri dia mana? Menggatal dengan jantan lain je tahu,” Puan Sri Nirmala naik angin dengan perangai dengan anak sulungnya
Tiara mengeluh berat, berita yang diterima amat berat untuk diperkatakan.
“ Abang dekat Ipoh, mama. Kak Natrah kemalangan,” ujar Tiara perlahan. Kalau diikutkan hati ia sekarang ingin sahaja dia mengambil tiket pergi ke sana.
“Oh, hidup lagi ke perempuan . kenapa tak mati je. Asyik menyusahkan orang je,” ujar Puan Sri Nirmala. Tiara tergamam dengan apa yang diperkatakan oleh mamanya.
“ Mama, itu menantu mama. Menantu yang sedang mengandungkan cucu mama sendiri. Mama tak ada perasaan ke, mama buta ke apa. Tiara tak tahu apa yang ada dengan Kak Syuhada sampai mama terhegeh-hegeh nak dia sebagai menantu mama,” marah tiara.
“Sebab dia tak kaya ke mama? Mama tengoklah nanti, jangan sampai melutut di depan dia, baru mama tahu,” tambah sambil Tiara berlalu menaiki anak tangga menuju biliknya.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...