BAB 6

447 8 0
                                    

Syed cuba berlagak biasa walaupun  jauh di sudut hati dia terlalu berat untuk membiarkan Natrah pulang ke kolej. Dia tidak tahu mengapa dia senang jatuh hati pada insan yang bernama Natrah ni. Gadis ini mampu menjentik hati dia, malah ketika bersama Syuhada pun dia tidak merasa perasaan ini.

“ Sayang, nak beli apa-apa tak dekat Giant? Abang boleh berhenti  sekejap kalau sayang nak,” tanya Syed.

Aku menjeling ke arahnya. Apalah punya  pertanyaaan, tanya tapi Giant tu dah lepas jauh. Dia ingat ada seribu Giant ke dekat Pilah ni.

“Dah lepas pun Giantnya pun awak. Awak ingat Giant ni ada seribu dekat sini ke,” tutur Natrah. Kan dah kena setempek dari aku.  

“Manalah, abang tahu. Abang bukan penduduk tetap dekat sini macam sayang,” dia berkata sambil membuat pusingan U-turn.

 “Tadaaa, kan kita dah sampai,” ujar Syed. Aku menahan gelak. Kadang-kadang dia ni macam sewel pun ada, tapi  comel!!!

Sampai  je di Giant ni,  tiba-tiba aku berasa cuak pula. Bukan apa takut terserempak dengan sesiapa tambah-tambah dengan Danial. Ya Allah minta-mintalah aku tak jumpa sesiapa pun  dekat sini. Aku takut terserempak dengan Danial, rasa nak menangis je sekarang ni.

 Sumpah aku takut. Syed menghulurkan tangan untuk dia pegang. “Saya masih sihat lagi untuk berjalan,” aku berkata sambil berjalan menuju ke depan tanpa menghiraukan  dia.

“Bukan baru sakit je, baru boleh pegang isteri,” dia memerli isterinya. Isteri aku ni, nak romantik sikit pun tak boleh. Susah sangat, pegang tangan je pun. Selama ni okay sahaja kalau nak pegang tangan.

“Sayang, nak beli apa dekat sini,” dia berkata sambil menolak troli. Dia melihat isterinya dari tadi memilih barang, tapi satu pun tidak dimasukkan ke dalam troli.

 “ Beli hati awak, cia cia cia,” Natrah sudah ketawa.

 “Hati saya sudah tidak boleh dijual, ia telah dimiliki,” Syed berkata sambil dia mengambil semula maggi yang isterinya letak dalam troli ke rak semula.

“ Wow, siapa, bekas tunang awak?” Aku mengambil balik maggi di rak, namun bila melihat perubahan pada mukanya terus aku meletakkan dia balik.

Mi segera tu makanan wajib untuk student kot. Mungkin dia tak pernah hidup susah kot, sebab tu tak pernah makan maggi.

Ketika aku membelek barangan, aku terdengar orang menjerit  memanggil nama aku. Natrah!!! Abaikan je Natrah, itu semua halusinasi kamu.

 Tapi aku terdengar kali kedua orang memanggil  nama aku. Okay, ni tak kelakar. Apa Intan buat dekat sini, bukan sepatutnya dia berada di rumahnya sekarang.

Gulp, Danial pun ada sekali. Mati aku mati. “Natrah, awal kau balik. Kata nak cuti seminggu dekat rumah Mak Ngah kau. Ni balik awal apa cerita, rindu Danial ke,” ujar Intan.

Allah, aku nampak suami aku macam nak sembelih aku hidup-hidup je  dekat sini. “Eh, Intan. Bukan  kita ada perbincangan ke  malam ni, pasal aktiviti sukarelawan pergi rumah anak yatim tu. Kau jangan buat-buat lupa, penat aku balik awal,” kata Natrah.

 Aku mencuba memberi isyarat kepada Intan untuk coverline bagi pihak aku, tapi gagal. Intan ini kan.

“Ya ke ada? Aku tak dapat info apa-apa pun, ni baru je tengok whatsapps,” Intan mengeluarkan iphonenya.

Aduh, intan ni pembaris betul. Aku menarik Intan menjauhi suami aku.Tulah nak menipu suami kau lagi. Kan dah muncul masalah. Allah bayar tunai.

“SAYANG, nak pergi mana tu tinggalkan abang dekat sini sorang-sorang,” Syed mula bersuara walaupun hati dia tengah panas. Yalah, siapa tak panas kalau kena tipu dengan isteri sendiri hidup-hidup.

Takdir yang TerindahWhere stories live. Discover now