BAB 23

388 7 0
                                    

Sudah hampir sebulan, Syed menghilangkan diri tanpa khabar. Pihak di sana juga memberitahu, tidak mungkin Syed masih hidup. Hibanya rasa hati Natrah apabila mendapat tahu berita itu.

Hari itu juga dia kena halau dengan mak mentuanya. Betapa hinanya dan kecilnya dirinya di mata keluarga mak mentuanya.

Kalau boleh, dia tak nak ingat lagi peristiwa itu.  Peristiwa dia diheret kasar keluar daripada rumah itu tanpa belas kasihan, tidak akan pernah dia lupakan. Kata-kata mak mentuanya masih terngiang-ngiang di benak fikiran dia.

“Kau ingat bila anak aku dah mati, kau nak bersenang lenang menghabiskan harta anak aku. Kau jangan perasan, perempuan. Aku tak akan sesekali biarkan perempuan macam kau, hidup mewah dengan harta anak aku,” Puan Sri Nirmala menarik menantunya keluar daripada rumah anaknya.

“Mama, sakit mama. Kalau mama tak kasihankan Natrah, kasihanlah dekat cucu mama ini,” rayu Natrah meminta belas kasihan daripada ibunya. 

“Siapa mama kau, perempuan. Anak dalam kandungan kau pun belum tentu darah daging anak aku,” Puan Sri Nirmala  sudah menarik rambut rambut menantunya.

“Astaghfirullahalalzim. Apa Puan Sri dah buat dekat kawan saya ni,” berkas makanan yang berada di tangan dia dilepaskan. Dia berlari mendapatkan kawannya yang sudah tidak bermaya. Kelihatan darah pekat sudah mengalir dari badan Natrah.

Intan sudah mengeletar melihat darah yang sudah mengalir banyak daripada badan Natrah.

“Intan, tolong aku. Selamatkan anak aku. Aku sakit ini,” pohon Natrah kepada Intan. Cukuplah dia kehilangan suami, dia tidak ingin kehilangan anak dia  pula.

Intan memapah Natrah ke dalam keretanya lalu dia laju memandung menuju ke hospital.

Natrah menyeka air matanya yang mengalir perlahan. Dia mengusap perlahan perutnya, “ Ibu, minta maaf  sangat-sangat, sayang. Kasihan anak ibu terpaksa tempuhi ini semua. Disebabkan ibu, kamu terpaksa menanggung ini semua dengan ibu. Maafkan ibu ya anak, mulai hari ini, ibulah ayah dan ibulah ibu kepada kamu.”

Sedih Intan melihat keadaan Natrah. Kalau ikutkan hati dia, dia ingin menghapuskan kesedihan yang melanda rakannya. Namun, kesedihan itu tidak akan mampu terubat.

Intan cuba memecahkan kesunyian, “ Natrah kau tak boleh macam ni, nanti akan menjejaskan kandungan kau,” nasihat Intan perlahan.

Intan melihat Natrah lebih suka menyendiri kebelakangan ini. Dia takut kawan dia akan mengalami tekanan perasaan. Dia tahu beban yang sahabatnya sedang tempuh ini sungguh berat. Natrah hanya tersenyum kecil.

 “ Natrah, kau jangan macam tu. Aku nak Natrah yang dulu, aku tak nak kawan aku macam ni. Aku nak kawan yang ceria dulu,” Intan menyambung kata-kata dia. 

“Natrah yang dulu sudah mati intan, dia sudah mati bersama arwah suaminya,” Natrah menjawab perlahan.

“ Aku geram dengan mak mentua kau, apa salah rumah itu dia berikan kepada kau. Dia tak kasihan ke dekat menantu dia dan cucu dia. Rumah punyalah besar, tak cukup lagi ke,” Intan meluahkan isi hati dia.

“Memang hukum  macam itu, Intan. Mak mentua aku pun ada hak terhadap rumah itu kecuali suami aku hibahkan rumah itu kepada aku,” ujar Natrah.

“ Ya ke,” Intan mula tertarik dengan kata-kata sahabatnya. Sahabatnya memang berpengetahuan luas dengan ilmu agama ni.

“ Kalau kau nak lebih tahu, pergilah baca mengenai hukum. Kita ni kena tahu, bab-bab hukum ini. Perkahwinan bukan untuk suka-suka sahaja. Kau tengok drama berjam boleh, takkan cari ilmu agama tak boleh pula,” Natrah sudah ketawa.

“ Kau ni, kalau nak sentapkan aku, memang suka. Sekarang juga aku google,” ujar Intan sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

“kau nak google, pastikan maklumat itu sahih. Jangan baca buta tuli pula,” Natrah memberi nasihat kepada Intan.

Takdir yang TerindahWhere stories live. Discover now