BAB 41

363 3 0
                                    

Tiara membebel dengan Ahnaf sebab lambat menjemputnya. “ Awak ni, tak boleh jadi tepati masa sikit. Penatlah nak menunggu awak,” marah Tiara.

“Kita dah sampai bazar pun, kan. Kan saya ambil kakak Syuhada tadi,” Ahnaf membela dirinya.

“ Tapi awak tetap lambat. Kak syuhada nak beli apa dekat bazar ni,” tanya Tiara kepada Syuhada yang membisu sejak tadi.

“Akak sengaja je datang sini, mana tahu jumpa Syed. Eh...Syed,” laung Syuhada apabila melihat Syed yang sedang mendukung Alisha.

Aik, macam jodoh kuat je mereka berdua ni, getus hati Tiara sambil memandang ke arah abangnya.

Syed terkejut apabila terserempak dengan adiknya di bazar, dengan Syuhada pula tu.

“ Mana akak Natrah?” tanya Tiara sambil mencuit pipi montel anak saudaranya.

“ Dia keluar dengan kawannya,” ujar Syed perlahan. Tiara fahamlah siapa yang dimaksudkan oleh abangnya,

“ Kalau macam tu, awak berbuka dengan sayalah. Hari ni saya free,” ujar Syuhada memperlawa diri.

“ Saya makan di rumah sahaja kot Syu, senang sikit saya nak uruskan Alisha ni,” tolak Syed.

“ Alisha!!!” panggil Natrah daripada jauh. Dia mendapatkan anaknya. Dia terus mengambil anaknya daripada suaminya.

“Rindunya, ibu dekat dia,” ujar Natrah. Syed hanya memandang Natrah yang berdekatan dengan Omer.

“Baru tak jumpa beberapa jam, dah rindu ke kak,” kata Tiara apabila melihat kakak iparnya tidak berhenti-henti mencium anak saudaranya.

“ Siapa tak rindu anak, Tiara. Tengoklah nanti kalau Tiara ada anak mesti Tiara  sampai berhenti kerja punya,” kata Natrah.

“Mana ada. Saya ingin menjadi wanita berkerjaya kot,” bangkang Tiara cakap kakak iparnya.

“ Kita tengoklah macam mana nanti ya. Awak dah beli ke makanan, Syed. Saya ada beli sikit untuk juadah berbuka,” tanya Natrah.

“Kata nak berbuka dengan Omer hari ini,” tanya Syed. Ada nada rajuk tu.

“ Dah orang tu macam tak izinkan, berat hati pula nak ikut. Mana tahu tiba-tiba mati katak, tak sempat dapat keredhaaa suami,” tutur Natrah. 

Isteri aku kalau kata-kata tak menusuk kalbu memang tak sah.

“Semakin hensem nampaknya Abang Omer sejak bahagia ini,” tegur Tiara. Ahnaf sudah menjeling bakal tunangnya tu. 

“ Mana ada. Abang macam biasalah, Tiara. Natrah awak nak beli apa-apa lagi tak?” soal Omer.

“ Tak ada dah. Nasi kerabu awak tu bila nak beli? Nanti habis baru tahu,” ujar Natrah. 

“ Kalau habis saya suruh awak tolong masakan esok, apa susah,” kata Omer sambil tersengih.

“ Kalau nasi kerabu jadi nasi kerabu, tapi saya rasa baik kalau awak beli, nanti awak menyesal terus,” ujar Natrah. Dia mengerling ke arah suaminya, merahnya muka takkan marah kot.

Syed hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Cemburu tu jangan diceritalah, boleh meletus bila-bila masa je. 

“Alolo, jangan sweet-sweet sangat, nanti ada yang meletus karang,” kata Tiara. Dia memang tujukan kepada abangnya, padan muka kau masa ada isteri suka sangat sakitkan hati Kak Natrah.

“Abang nak baliklah, Tiara. Sayang kalau berbuka dengan Omer, pergilah. Abang izinkan,” kata Syed sambil mengambil Alisha daripada dukungan Natrah.

Suami dia sudah merajuklah tu. Natrah mengaru-garukan kepalanya yang tak gatal. Aku yang sepatutnya merajuk, kau dah kenapa. Takkan pembawakan bayi kot, aku yang mengandung.

Takdir yang TerindahWhere stories live. Discover now