BAB 4

501 7 0
                                    

BAB 4

Sejak dari khamis hari itu, aku cuba telefon Natrah tetapi tak dapat-dapat. Danial menjadi tidak keruan. "Natrah, apa salah aku. Kenapa kau sanggup buat aku begini. 3 tahun Natrah aku dengan kau, bukan 3 bulan bukan 3 hari.  Segala masalah kita berkongsi bersama, apa je masalah yang kita tidak pernah tempuhi."

“Abang perlukan  perjelasan Natrah. Jangan buat abang begini. Tak apa,  hari isnin  ni kita berbincang, okay sayang”- Danial.

Gulpp. Natrah menelan air liur  membaca mesej dari Danial tadi. Tertiba je  dia  nak mesej  aku. Seram pula aku dibuatnya. Adakah Danial masih tidak menerima kenyataan yang aku bukan milik dia. 

“Awat muka sayang tertiba-tiba pucat ni. siapa yang mesej tu,” dia berkata sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sedap juga isteri aku masak.

 “Tak ada apa-apa, macam mana masakan saya? Okay?” tanya Natrah. Dia inginkan pujian untuk menenangkan hatinya yang sedang gundah-gulana.

“Bolehlah, untuk orang yang lapar macam saya ni. Esok awak masak lagi tau untuk saya. Saya nak Siakap 3 rasa pula,” tutur Syed.

 Natrah memerhati suaminya. Tadi kata bolehlah, ni nak suruh masak lagi. Kalau sedap katalah sedap. Aku mengomel sendirian sambil membawa pinggan ke dalam sinki.

“Sayang, mengomel apa tu.” Syed mendapatkan isterinya yang sedang membasuh pinggan. Dia tekun menolong isterinya mengelap pinggan.

 “Erk, mana ada apa . Saya tengah memikirkan cara nak masak siakap 3 rasa ni , goreng telur pun tak lepas,” aku memerli dia.

 “Hahah, sayang ni mudah terasalah.” Dia mencuit hidung isterinya.

"Sayang bila nak balik kolej?". Syed berkata sambil melabuhkan punggung ke  sofa. Hari ini dia ingin menyaksikan perlawanan bola. Sebenarnya dia tak minat pun  nak tengok bola tetapi sahaja je nak mengusik isterinya. 

Asyik ralit je, tengok televisyen. Remote di tangan isterinya, dia rampas. Ralit sangat sampai soalan aku pun tak berbalas. “Kenapa? Tak sabar ke nak tengok saya balik?” Mata aku masih tertumpu pada televisyen. 

“ Awak tukar siaran, saya tak nak kawan awak,” mataku masih tertumpu pada skrin televisyen. 

Klik. “AWAK!!! Bukalah balik, tak kelakarlah. Saya tengah tengok drama ni,” Natrah berkata sambil merebut remote control dari suaminya.

“ Bagilah abang tengok, abang kot yang beli televisyen ni, bil Astro pun abang bayarkan,” ujar Syed. Kata-kata  dia terhenti apabila melihat riak wajah isterinya berubah.

“ Sayang, abang cuma,” ayat dia hanya terhenti disitu apabila isterinya memotong ayatnya. “ Saya balik esok kot, sebab tadi intan ada telefon ada hal emergency berlaku. Jadi esok selepas saya siap masak, saya baliklah. Lagipun jimat beras awak kalau saya balik awal.”

 “Natrah, abang main-main sahaja tadi, nah remote,” dia menghulurkan remote kepada isterinya. Namun isterinya hanya mengeleng-gelengkan kepala, ni mesti merajuk.

“ Tak apalah, saya sudah biasa dah. Saya sudah lali dengan semua tu.  Awak ada klorox tak dekat rumah ni,” Natrah berkata.  Natrah mencari klorox di kabinet  dari tadi tetapi tak jumpa-jumpa.

“ Sayang, jangan nak buat bukan-bukan ,sampai nak klorox bagai. Abang main-main je tadi. Abang tak sangka kata-kata abang tadi menguris hati sayang.” Muka Syed sudah berubah.

Tercetus ketawa seorang Natrah. “Saya nak hilangkan inai nilah sebab kaki pun berinai, nampak sangat baru berkahwin,” Natrah menunjuk tangannya cantik berhias.

“ Tapi memang awak kahwin pun, tak payah nak klorox-klorox sangat. Buat hakis kulit je, awak tu sudah bergelar isteri pun, terimalah hakikat tu,” marah Syed.

Takdir yang TerindahWhere stories live. Discover now