3 tahun kemudian
Natrah mengeluh perlahan, alahai penatnya dia hari ini menyediakan juadah untuk jamuan hari raya sekali menyambut hari jadi anak kembarnya. Tulah suami kau suruh tempah sahaja, kau yang gatal-gatal nak buat sendiri padan muka.
“Sayang!!!” panggil Syed. Dia mencari kelibat isterinya. Dia meletakkan kek di atas meja.
“Ya, sayang ada dekat dapur ni. Abang nak apa,” tanya Natrah sambil menghampiri suaminya.
“ Abang nak sayang boleh?” usik Syed. Dia sudah ketawa apabila isterinya sudah menunjukkan penumbuknya.
“ Sayang ni garanglah. Ni kek yang sayang tempah tu. Abang ambil tadi,” ujar Syed.
“Cantiknya, kek ni. Tak sabar sayang nak potong,” ujar Natrah.
“Selamat kita tempah kek, kalau ibu buatkan. Ayah rasa meletup kot oven rumah kita,” gurau Syed sambil mendukung Arissa Amani yang sudah menghulurkan tangan untuk didukungnya.
“ Ibu rasakan Arissa, malam ni ada orang tidur dekat luar,” ujar Natrah sambil beredar semula ke dapur.
“ Sayanga, abang gurau je. Janganlah merajuk,” tutur Syed apabila mendengar kata-kata isterinya.
“Apa abang buat dengan kak Natrah tu,” tanya Tiara yang baru sampai. Syed hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Mana ada, abang buat apa-apa,” ucap Syed membela dirinya. Natrah hanya menjeling ke arah suaminya.
Natrah menyalami Tiara dan mak mentuanya, “ Mama sihat?” tanya Natrah.
“ Alhamdulillah, sihat Natrah. Mana Nazmi dengan Alisha?” tanya Puan Sri Nirmala apabila tidak melihat kelibat cucu-cucunya.
“Entahlah mama. Ada lah tu projek Alisha buat dengan adiknya,” ujar Natrah. Dia memanggil anak-anaknya.Tetapi tiada sahutan.
“ Ibu kira sampai tiga, kalau tak datang juga ibu akan buang mainan Arissa dan Nazmi. Satu..,” kira Natrah. Syed sudah mengeleng-gelengkan kepalanya. Isterinya kalau sudah garang, semua anak-anak dia takut.
Terus anak-anaknya terkedek-kedek datang ke arahnya. Natrah sudah tergelak melihat mereka. Tahu pun takut.
“Sayang ni tak baiklah buat mereka begitu, sengaja je nak kenakan mereka berdua. Mereka masih kanak-kanak lagi,” ujar Syed.
Suami dia ni, marah betul kalau buat anak-anaknya begitu. Sayang betu dekat anak-anaknya. Tapi masa sekaranglah sesuai untuk mendidik anak-anaknya.
“ Sayang tak buat apa-apa pun,” Natrah membela diri. Kedengaran bunyi loceng menyebabkan Natrah berlalu pergi membuka pintu.
“Intan!!” jerit Natrah apabila melihat Intan berada di hadapan dia. Dia terus memeluk kawannya yang sedang sarat mengandung.
“ Sayang ajaklah mereka masuk, kasihan mereka berdiri dekat depan pintu,” ujar Syed.
“ Maaf Intan, excited jumpa kau. Masuk Khalil,” pelawa Natrah.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Intan duduk di sebelah aku,” Natrah, kek ni kau buat ke?” tanya Intan.
Syed di hadapannya sudah tergelak besar. Natrah merenung tajam ke arah suaminya, suka sangat menyakat dirinya.
“Okay, abang pergi tempat lain,” ujar Syed sambil berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Dia pergi ke arah anak-anaknya yang sibuk bermain.
“Kau ni Intan tak habis-habis dengan kek. Kek tu aku belilah, janganlah perli aku. Tu cerita lama kot,” marah Natrah.
“ Manalah tahu kau sudah jadi pakar kek selepas beberapa tahun tak jumpa kau,” ketawa Intan.
“Kau ni tak berubah langsunglah. Tapi kelakarlah. Kata-kata kau termakbul, tengok ni tiap-tiap tahun kau mengandung,” usik Natrah sambil memgang perut kawannya yang sudah membulat.
“ Nak buat macam mana dah nasib aku, subur pula,” gelak Intan. Dia sambung kata-katanya,” Tapi yang aku pelik kau tak mengandung pula kali ni. Bukan kau rajin mengandung ke,” gurau Intan.
“Suka mengandung apanya. Aku buat IUD wei, tu yang aku selamat,” ujar Natrah sambil ketawa.
“ Patutlah. Nanti aku nak buatlah, tak larat wei. Dahlah aku tak kerja dekat sana, nanti kalau asyik mengandung mahu gemuk aku,” ujar Intan.
“ Ni tak gemuk ke?” gurau Natrah. Dia sudah galak ketawa.
“ Sayang apa yang gembira sangat tu sampai gelak macam tu,” tegur Syed.
“ Kan dah kena dengan suami kau. Danial apa cerita wei? Aku tak sangka dia akab bertindak sampai begitu sekali,” tanya Intan.
“ Dia dengan Sakinah kena penjara. Sakinah berkomplot dengan Danial semata-mata ingin membalas dendam kepada aku,” ujar Natrah perlahan.
“ Tulah sebab dendam, dia sanggup buat macam tu,” ujar Intan.
Tiba-tiba kedengaran suara Tiara yang mengerang kesakitan ingin bersalin. Semua orang kelam kabut, tambah-tambah suaminya sendiri. Kasihan, habis rambut Ahnaf ditariknya.
“Alhamdulillah bertambah seorang lagi dalam keluarga Tan Sri Hakimi dan Puan Sri Nirmala,” ucap Natrah
“ Sayang tak nak tolong tambahkan lagi ahli keluarga Tan Sri Hakimi dan Puan Sri Nirmala ke?” tanya Syed lembut.
Suami aku dah kenapa ni, gatal miang semacam, “ Kan kita da 3 orang anakkan. Kita tunggu Tiara ada 3 orang anak baru kita tambah, okay?” cadang Natrah.
Syed sudah gelak dengan cadangan isterinya. Sebenarnya dia bergurau je. Dia rasa 3 orang anak sudah memandai untuk mereka berdua. Dia mencium tangan isterinya. “ Terima kasih untuk segala-galanya, sayang. Tak mungkin abang boleh lupakan segala pengorbanan sayang,” ujar Syed.
Gulp. “ Kejap abang, yang bersalin Tiara tau, bukan sayang,” ujar Natrah apabila mendengar kata-kata penghargaan dari suaminya.
Syed tergelak dengan reaksi isterinya. “ Tak semestinya sayang bersalin baru abang nak ungkapkan semua kata-kata tu.” Natrah hanya tersengih. Dia memegang erat tangan isterinya menuju ke bilik adiknya.
Kini, kebahagiaan milik hakiki mereka berdoa. Semoga Allah limpahkan mereka dengan kebahagiaan. Amin.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...