Natrah merenung telefon bimbitnya, tiada satu pun balasan daripada suaminya. Suaminya begitu marah kerana menipunya temppoh hari.
Setiap hari aku akan memohon maaf melalui aplikasi whatsapp kepada suamiku. Nak telefon tapi takut.
Kemana-mana aku ingin pergi aku pasti akan beritahu dia terlebih dahulu walaupun aku tahu dia tidak akan membalas pesanan ringkas ku.
Tapi aku berasa sungguh lega apabila aku dapat menamatkan perhubungan aku dengan Danial. Walaupun aku berasa sungguh kecewa dan terkilan, tapi aku nak buat macam mana. Jodoh aku dengan Danial sampai di sini sahaja, Takkan aku nak berlaku curang dengan suami aku.
Aku membawa Intan sekali supaya kalau apa-apa terjadi senang. Tak adalah aku mati seorang sahaja. Muka Intan masam mencuka je, maklumlah baru bangun tidur tapi kena teman aku.
Kelihatan Danial sudah menunggu di kafeteria kolej.
“ Intan, kau duduk sini kejap. Kalau kau nampak macam pelik sahaja baru kau datang tau. Faham tak?” pesan Natrah. Intan hanya menganggukkan kepala.
Sebenarnya dia malas nak masuk campur urusan mereka berdua, biasalah adat dalam perhubungan mesti ada pasang surutnya. Tapi yang dia pelik, tak pernahlah setegang ini. Kuat-kuat bergaduh pun nanti Danial bagi aiskrim, cairlah hati Natrah tu. Tak apalah Intan, jadilah tunggul sekejap menunggu disini.
“Danial,” aku memanggil Danial yang duduk membelakangkan aku.
“Sayang. Awak tahu tak betapa deritanya saya apabila awak tak layan mesej saya hampir seminggu. Kenapa awak buat saya begini? Saya ada buat salah ke? Dan siapa lelaki tu?” bertubi-tubi soalan dari Danial. Itulah persoalan yang bermain di fikiran dia sejak dari hari yang Natrah minta putus.
“Danial, awak tidak ada buat salah pun pada saya,” Natrah menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Sekali pun tak pernah. Saya yang bersalah pada awak, Danial. Saya yang melanggar janji kita, untuk sehidup semati bersama. Saya sudah kahwin, saya terpaksa. Lelaki tu, saya hak dia,” aku berkata sambil menunjukkan cari maniskku yang sudah tersemat dengan cincin.
Aku tersenguk-senguk menangis, tidak dapat memendam perasaan lagi. Aku tidak sanggup unutk melukakan hati orang yang aku sayang. Biarlah dia mencari kebahagiaan dengan orang lain.
“Kau buat kelakar apa ni Natrah,” Danial sudah menyingai, bertukar terus bahasa dia. Ini kah Danial yang aku kenal selama 3 tahun tu.. Sumpah dia tidak pernah tengok Danial semarah ini.
“ Danial, bagi saya jelaskan segalanya. Saya tahu saya salah tapi ini bukan kemahuan saya juga. Saya terpaksa terima perkahwinan itu,” bela Natrah. Dia takut sangat. Danial mengamuk.
“ Bukan kemahuan kau? Habis yang semalam aku tengok kau tergedik-gedik dengan dia, apa cerita. Apa lagi yang kau nak bohongi aku perempuan, entah- entah kau sudah lama dah merancang nak kahwin dengan dia. Betul tak?” Danial menengking aku.
Satu tumbukan ke atas meja dia lepaskan. Intan yang menyaksikn kekecohan itu terus mendapatkan mereka.
“Natrah, kenapa ni. Natrah kenapa sampai menangis bagai ni. Danial apa yang kau buat dengan kawan baik aku ni?” Intan cuba menenangkan Natrah yang sedang menangis.
“ Kau tanyalah dia sendiri Intan, dia sudah kahwin dengan lelaki hari tu. Dasar perempuan murahan,” Danial berkata dan terus berlalu pergi.
Intan terkejut dengan perubahan Danial, tak pernah dia melihat Danial semarah ini.
Intan membawa Natrah balik ke kolej kediaman mereka. “ Natrah, betul ke apa yang Danial cakap tadi tu,” tanya Intan. Intan ingin kepastian walaupun dia tahu pertanyaan dia itu mungkin akan menguriskan perasaan kawannya.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...