Akhirya sampai juga ke hotel yang bakal mereka duduki untuk sehari ini. Kan bagus kalau terus balik, jimat juga duit. Aku melangkah mengekori Syed menuju ke kaunter.
" Bagi satu bilik," Syed berkata kepada penyambut tetamu hotel di situ.
"Eh, kenapa satu bilik je, bukan kita kan berdua," bantah Natrah.
Syed memandang isteri dia. Isteri aku nikan, kenapa lurus sangat ni.
" Because we already married," Syed berkata sambil mengambil kunci bilik.
"Jom," dia menarik tangan isterinya bersama bagasinya.
" Wow, cantiknya bilik ni," ujar Natrah. Dia mana pernah menginap hotel. Ni pertama kali menginap hotel, dahlah pemandangan yang cantik.
Syed tersenyum sahaja melihat keletah isterinya. " Sayang, pergilah mandi dulu. Mesti sayang tak selesa tu. Abang nak baring sekejap," kata Syed.
Syed merebahkan diri ke atas katil. Sekembalinya aku dari bilik air, aku nampak wajah kepenatan suamiku.
Aku memberanikan diri mendekati dia. "Terima kasih abang sebab bawa saya jumpa ibu tadi," aku berkata perlahan takut terganggu tidur dia.
Aku mengangkat punggung ingin beredar ke hadapan tv. Tiba-tiba tangan aku ditarik kepada. Tersembam aku pada dada bidang milik suamiku.
" Sejuk hati abang bila sayang panggil abang. Boleh awak kekalkan panggilan itu, sayang," ujar Syed sambil pipi mulus isterinya dielus. Natrah terus bangun daripada kedudukan itu, merona merah mukanya.
"Saya nak mandi. Dah mengantuk, nanti saya nak pergi tidur dekat sofa, l"ujar Natrah sambil ingin berlalu pergi.
Syed mengeluh. " Sayang nak mandi berapa kali? Sayang. Sayang tak boleh ke sayang cuba bukakan pintu hati sayang untuk abang?" pujuk Syed.
" Saya takut, Syed. Saya takut suatu hari nanti saya akan terpaksa tinggalkan awak macam saya terpaksa tinggalkan Danial. Saya tak nak benda yang sama berulang lagi. Saya serik," ujar Natrah. Dia meluahkan isi hati dia.
" Abang akan pastikan perkara itu tak berulang lagi, sayang. Sebab abang tahu yang kita berdua sudah jatuh cinta antara satu sama lain. Tiada seorang pun yang akan pisahkan kita berdua, sayang," Syed berkata sambil meraih tangan Natrah lalu dia menciumnya perlahan.
Natrah menarik tangannya dia perlahan, " Saya tak mungkin jatuh hati dengan awak, Syed. Luka yang lama masih lagi belum terubat. Saya tak mampu untuk mencipta luka yang baru. Harap awak faham," bohong Natah. Dia beredar menuju ke arah sofa.
" Abang akan tunggu sayang sampai sayang membuka hati untuk abang," Syed berkata. Dia melihat Natrah sudah merebahkan diri dekat sofa.
" Tak apalah, sayang. Biar abang yang tidur dekat sofa, kesian dekat sayang," Syed menyuruh ku beredar ke katil. Natrah berfikir sejenak, tak salah kalau mereka tidur sekatil pun. Mereka suami isteri kot.
" Awak, kita tidur sama-sama jelah. Nanti kasihan badan awak sakit. Esok awak kan memandu jauh pula tu," cadang Natrah.
" Tapi awak jangan nak mengapa-apakan saya pula. Awak janjikan," Natrah menunjukkan jari kelingkingnya. Namun, Syed menolaknya.
" Itu abang tak boleh janji, manalah tahu tiba-tiba 9 bulan kemudian ada unintentional baby," Syed sudah merebahkan diri pada katil.
"Awak!!!" marah Natrah. Syed sudah ketawa berdekah. Isteri aku ni takut betul aku sentuh dia. Dia tak tahu ke tujuaan utama dia berkahwin untuk dapatkan zuriat.
"Natrah, siapa awak?" tanya Syed. Dia tidak tahu sangat mengenai isterinya. Dia hanya tahu yang isterinya anak yatim piatu, itu sahaja. Terukkan aku.
"Saya? Nama saya Natrah Sofea, suami saya Syed Arshad Mikael. Apa lagi erk? Dan satu lagi, berkas teman lelaki saya, nama Danial," ujar Natrah. Dia sudah gelak melihat muka suaminya.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...