Syuhada masuk ke kedai farmasi, dia ingin mencari ubat untuk menyucikan rahim dia. Dia tak mahu, benih Hazran mencambah di dalam perutnya. Dia tak mahu keluarganya mendapat malu.
Dia mencari ubat itu, dia tiadak pasti sama ada ubat itu ada ke tak dekat faarmasi. Dia memerhati satu persatu ubat, nak bertanya segan pula. Tiba-tiba ada sergahan daripada belakang. Gulp Dr Zara buat apa dekat sini
“ Kau buat apa dekat sini Syu, sudah 3 hari kau ambil MC. Kau sihat ke tak ni,” Zara memandang ke arah muka Syuhada yang pucat. Risau dia dengan keadaan Syuhada.
“ Aku tak apa-apa cuma badan panas sikit sahaja. Nati aku masuk kerjalah,” tiba-tiba kepala aku rasa pening. Aku memaut bahu zara.
“Kau tak okay ni, jom pergi klinik,” Zara memapah Syuhada.
“Kau hantar aku pulang je. Aku hanya perlukan rehat sahaja,” pinta Syuhada. Dia mengeluh perlahan misi dia hari ini tidak berjaya.
Omer mengenyitkan matanya terhadap Natrah yang sedang sibuk menguruskan kertas-kertas kerja projek Setia Alam. Natrah menjeling ke arah Omer, orang tengah sibuk ni, boleh pula main-mata mata pula. Cungkil dengan garfu baru tahu. Biar jadi kassim selamat.
“ Omer, baik awak tolong saya siapkan kertas kerja ni daripada awak tenung muka saya. Bukan dapat apa pun,”arah Natrah.
“Banyak yang saya dapat daripada melihat awak, Natrah. Saya dapat ketenangan, kebahagiaan dan mungkin cinta,” Omer berkata sambil menghampiri Natrah untuk menolong Natrah menyiapkan kertas kerja mereka.
Natrah hanya buat muka seposen, mamat ni kalau dilayan, nanti dia semakin menjadi-jadi.
“ Cuba awak buka pintu hati awak untuk saya Natrah,” tutur Omer perlahan. Natrah tersentak.
“Untuk saya terluka untuk kali kedua. Mampu ke untuk awak mengubati luka saya yang lama. Awak yakin ke awak jodoh saya?” kata-kata Natrah itu membuat Omer membisu
Omer mengeluh, “Tapi kalau kita tak cuba, kita takkan tahu,” Natrah hanya diam membisu. Dia takut untuk bermain api tambah-tambah suaminya sudah kembali.
Akhirnya, siap juga persiapan Natrah untuk pembentangan dia dengan pihak pelabur nanti. Besar juga syarikat yang ingin melabur dalam syarikat dia. Semoga dia berjaya mendapat tender syarikat itu.
Ketika dia memasuki ruangan bilik mesyuarat itu alangkah terkejut dia apabila ada Sakinah sekali. Apalah yang dia buat di sini. Dia memandang ke arah Sakinah, sombongnya nampak bergaya tapi bulan-bulan minta aku duit. Pakai Iphone X pula tu. Geram pula aku.
Namun, mata aku terpaku melihat seseorang yang baru masuk tadi. Syed? Apa dia buat di sini. Tapi persoalan aku terjawab apabila dia duduk ke tempat pelabur. Ini syarikat ayah ke, kenapa aku tak tahu.
Apabila melihat wajah isterinya, betapa terkejutnya dia. Allah masih memberi ruang untuk kita bersama, sayang. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Mata dia tidak lekang memerhati pertuturan isterinya, rindu pula dengar isteri dia membebel.
Ada apa-apa persoalan?” kata Natrah selepas habis melakukan pembentangan. Persoalan Natrah menyentak Syed daripada lamunan.
“ Sayang ehhhh PUAN Natrah, saya nak tahu berapa percent progress pembinaan di Setia Alam,” ujar Syed. Sengaja dia tekankan perkataan Puan, yang pergi gatal perkenalkan cik Natrah dah kenapa.
Natrah menjeling ke arah Syed, kalau bukan sebab dia wakil daripada syarikat, memang sudah lama Syed kena pelempang maut daripada dia. Natrah memandang ke arah Omer lalu dia menjawab soalan Syed.
Syed naik meluat melihat Omer, dia tak tahu ke Natrah itu masih isterinya, yang menggatal dengan isteri orang dah kenapa. Ya, dia cemburu. Isteri dia kot, bukan isteri orang lain.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...