Syed mendukung anaknya, dia tidak suka isterinya mendukung anaknya. Dahlah sedang berbadan dua, dia takut apa-apa terjadi dengan isterinya..
“Biarlah saya dukung Alisha. Dia anak saya juga,” marah Natrah. Suaminya selalu merampas Alisha daripada dia.
“Sayang baru trimester yang pertama, mana boleh lasak-lasak macam ni. Kira bersyukurlah abang masih izinkan kerja. Jadi, jangan nak membangkang,” arah Syed.
“Apa yang digaduhnya abang dan kak Natrah,” muncul Tiara dari dalam rumah mendengar kekecohan abang dan kakak iparnya yang bising dari luar.
“ Entah, abang kamu ni Tiara, ada je nak gaduh dengan kakak ni. Orang lain relaks je dukung anak,” kata Natrah kepada Tiara, Dia menjeling ke arah Syed yang ingin sahaja bergaduh dengan dia daripada tadi.
“ Mana ada, abang cakap benda yang betul sahaja. Kak Natrah ni tak nak dengar apa yang abang katakan,” Syed membela dirinya. Dia tahu isterinya sudah bengang dengan dirinya
“Tiara, akak malas nak layan abang kau ni. Jom, kita masuk dalam rumah. Nanti, bertambah kurangnya pahala akak pada bulan puasa ni. Dahlah hari pertama Ramadan. Orang nak cari pahala, dia nak habiskan pahala kita,” ujar Natrah.
Syed sudah geli hati dengan ragam isterinya. Dia melihat isterinya sudah masuk ke dalam banglo milik mamanya. Dia mengikuti langkah isterinya.
Habislah aku berjumpa dengan Puan Sri Nirmala, apa lah yang bakal aku tempuhi hari ini. Ya Allah, lindungilah aku daripada bala bencana mak mentuanya.
Terketar-ketar aku untuk tangan aku menyalami tangannya mak mentuaku dengan muka bengisnya. Kelihatan Syuhada juga berada di rumah itu, mungkin mak mentua ajak dia sekali kot. Bakal menantu kesayangan mak mentua dia kot nanti.
Namun, salam aku tidak disambut olehnya. Itu perkara biasa, macam kau tak selalu kena je dengan mak mentua kamu tu, Natrah.
“ Jomlah akak kita ke dapur buat apa yang patut,”kata Tiara untuk mengurangkan tegangan antara mereka berdua.
“ Kenapalah mama buat Natrah macam itu, apa-apa pun Natrah itu menantu mama,” marah Syed. Dia tak suka mamanya perlakukan isterinya begitu. Natrah itu tetap menantu mak nya walaupun apa-apa pun yang terjadi.
“ Suka hati mamalah nak buat apa, nak layan isteri kamu macam mana. Yang pasti mama hanya menerima Syuhada sahaja sebagai menantu mama, tiada orang lain,” tegas Puan Sri Nirmala.
“ Tapi Natrah akan tetap jadi isteri Syed selama-lamanya,” marah Syed. Dia membawa Alisha menuju ke Natrah.
Natrah duduk di atas kerusi. Banyaknya barang makanan di hadapannya. Maklumlah bakal menantu kesayangan datang berbukakan. Tapi kenapa dia tak nampak Syuhada masuk ke dapur.
“Nak masak apa ni, Tiara,” tanya Natrah sambil tangan sudah memgang pisau untuk memotong bawang di hadapannya.
“ Tak yah akak. Tiara bawa akak ke sini untuk teman Tiara je. Hari ni Tiara nak masak gulai lemak ketam, udang masak masala, ayam panggang dan sayur campur,” ujar Tiara.
“Wow, dah pandai Tiara masak sekarang ni. Untunglah Ahnaf dapat Tiara ni,” puji Natrah.
“Eleh, akak nak perli Tiaralah tu. Bukan akak ke yang ajar Tiara semua masakan ini. Abang Omer lagi untung dapat akak,” kata Tiara. Dia mengambil mangkuk untuk masukkan bawang yang Natrah hiriskan.
“Untung apanya Tiara, dia dapat janda kot,” gelak Natrah. Laju je tangan Natrah memotong bahan-bahan untuk dimasak. Memandai je aku ni.
“Alah, kalau janda pun tak apalah. Bukan akak pergi menggatal dengan SUAMI ORANG,” sengaja Tiara nak memperli Syuhada. Dah tahu abang tak nak dia , masih terhegeh nakkan suami orang. Ramai lelaki kot dalam dunia ni.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...