BAB 8

403 8 0
                                    

Sibuk pula aku minggu ni, tambah-tambah lagi mahasiswa dan mahasiswi baru akan masuk. Aku memang suka menjadi pembantu mahasiswa sebab aku dapat cuci-cuci mata dengan adik-adik baru nanti. Anak ikan katakan.Hahaaha. 

Okay, aku gurau. Kalau nak ikutkan penat, memang penat jadi pembantu mahasiwa tapi pengalaman akan mengajar kita untuk menjadi lebih  baik. 

Lagipun, aku memang sengaja sibukkan diri,  sebab nak melupakan masalah aku. Tambah-tambah Mak Ngah baru menelefon aku tadi, menyuruh aku memasukkan lima ratus ringgit ke dalam akaun dia.

Dia ingat aku pergi bekerja kot, tapi nak buat macam mana aku mesti kena masukkan juga. Kalau tak nanti dia ugut nak minta dari keluarga mentuaku. Aku mengeluh perlahan

Dari aku rungsing memikirkan mengenai perkara itu, baik aku berkhidmat untuk universiti tercinta. Ceh wah. Aku perhati sekeliling universiti, ramai juga ibu bapa yang datang untuk menghantar anak mereka, sanggup mereka bersusah payah untuk menghantarkan anak-anak jauh-jauh ni. 

Tiba-tiba aku rasa sebak pula, yalah dulu ibu dan ayah berjanji nak hantar aku, nak tengok anak dia berjaya tapi tidak kesampaian. Aku mengesat air mata yang keluar, kenapa kau tiba-tiba beremosi ni Natrah. Aduh. 

Adik-adik belajar bersungguh ya, penat ibu bapa hantar kamu jauh-jauh. Aku bermonolog bersendirian.

 Sebagai AJK pendaftaran, memang mata akan menjadi juling mencari nama budak-budak yang beratus-ratus ni. Aku tengah mencari nama pelajar perempuan di depanku, pencarian aku terhenti pada satu nama. 

Eh, ni macam nama adik ipar aku je.  Biar betul, aku memeriksa sekali lagi. Aduh, dalam banyak-banyak universiti, universiti ni juga yang dia dapat. Kalau dia masuk sini, mampuslah aku. Minta-mintalah dia tolak tawaran, amin.

Tapi baru sebut sahaja, sudah sampai keluarga mentua ku. Kelihatan wajah masam suamiku, aku tahu dia masih merajuk dengan aku. Tapi dia ingat hensem ke buat muka macam tu.

 Intan sudah menyiku tangan aku. Ya intan aku tahu, aku tahu. Aku cuba berlagak biasa, “Nama?” aku berkata sambil memandang  adik iparku.

“Takkan nama adik ipar sendiri pun masih tak tahu kot,” tutur Puan Sri Nirmala. Kan sudah kena sedas dari mak mentua kau. Tulah nak berlagak profesional konon. Selamat Intan je yang ada dekat sini, kalau tak habis bocor rahsia aku.

 “Ini kunci biliknya adik, nanti adik pergi blok yang tertera pada borang ni ya,” tutur Natrah.  Dia hanya mampu memaniskan senyuman sahaja. 

“ Cuba tunjuk dekat mana, ni salam mak mentua pun tak, memang tak belajar adab ke?” ujar Puan Sri Nirmala. Hmm memang salah aku pun, macam tiba-tiba janggal nak salam. 

Aku menyalami bapa dan mak mentuaku. “ Sihat, Natrah?” ayah mentuaku membuka kata, aku hanya menganggukkan kepala aku.

Sampai je dekat suami aku,  aku teragak-agak, nak salam ke tak ni, nak salam ke tak. Salam jelah. Aku menyalami dia. “ yang tangan terketar2 ni kenapa, ada buat salah ke,” tutur Syed. Akhirnya dapat juga dengar suara dia. Aku hanya diam sahaja, dia nak perli akulah tu.

 “Mari, saya tunjukkan jalan,” kata Natrah.

 Sebelum tu baik aku menanggalkan ves yang membaluti diriku, takut nanti orang kata kakak pembantu mahasiwa berat sebelah pula. 

“Intan, maaf tau. Kejap lagi aku tolong kau. Nanti aku belanja kau aiskrim 20sen,” tutur Natrah. Intan memberi isyarat suruh aku pergi. Tak guna punya kawan.

Apabila aku tengok bagasi adik ipar aku,  mak aaihh. Dia ni nak pindah rumah ke apa. Hmmm, mesti berat bagasi ni. Habislah aku, tapi nak buat macam mana sebab aku lihat adik ipar dan mak mentua berlalu pergi dengan berlenggang kangkung sahaja. Tak apa , Natrah kau mesti boleh. 

Takdir yang TerindahWhere stories live. Discover now