Syed memundar-mandir di dalam kamarnya. Kenapa isterinya tidak membalas pesanan ringkas yang dia hantar tadi. Selalunya, Natrah akan membalas mesejnya. ni tiada satu respons. Takkan bateri dia habis kot, jelas kata mesej sudah dibaca. Baik aku telefon Tiara, budak tu diam je sejak balik dari KFC tadi.
“ Assalamualaikum, adik.” Kedengaran bunyi serak Tiara, ni mesti sudah tidur ni. Baru pukul 9 kot, awalnya tidur.
“Waalaikummusalam, abang. Kenapa telefon ni adik nak tidur ni. Esok ada kuliah pagi kot”.
Sebenarnya, dia ingin mengelak dari abangnya. Kalau abang dia tahu Kak Natrah menangis tadi, mampuslah dia. Kalau dia tak bergurau pasal maggi dekat abang dia, mesti Kak Natrah tak kena sampai macam tu sekali.
“ Adik, abang nak tanya apa berlaku dekat KFC tadi. Kak Natrah tak balas mesej abang pun ni,” tanya Syed. Gulpp. Kan betul abang dia nak tanya pasal peristiwa tu.
“Mana adik tahu,” Tiara cuba sembunyikan kesalahan dia.
“ Adik, kalau adik tipu abang, abang potong elaun adik. Biar adik tak dapat minum Starbucks dah,” ugut Syed.
Aish, abang aku ni nak ugut potong elaun pula, tapi baik aku cerita boleh abang pujuk kak Natrah jadi Kak Natrah takkan marah aku lagi. Tiara pun berceritakan semuanya. Selepas menamatkan panggilan, Syed merebahkan diri ke katil
Aku tersalah kata ke dekat Natrah. Kenapa sayang tak pernah nak kongsikan masalah dengan abang.
Abang ingatkan abang bank in duit, boleh sedikit sebanyak mengurangkan bebanan sayang belajar. Tapi salah abang juga tidak bertanya. Syed mengeluh sendirian.
Panggilan dan mesej daripada Syed aku tidak hiraukan. Biarlah dia dengan hidup dia. Sudah seminggu aku palau dia. Tapi ke mana aku nak pergi aku akan maklumkan terlebih dahulu. Aku masih isteri dia kan. Kejap, aku mengosokkan kedua-dua belah mataku dan tengok sekali lagi.
“ Biar betul, tu bukan kereta suami aku ke? Mana aku nak lari ni,” aku bermonolog sendirian.
“ Sayang, nak lari ke mana?” Allah, habis berteraburan fail-fail di tangan Natrah.
Dia ni selamat jantung aku masih berfungsi dengan baik, kalau tak sudah jadi duda kau wahai Syed. Aku hanya menjeling ke arah Syed sambil tangan ligat mengutip fail-fail berteraburan.
“ Kenapa diam je sayang, selalunya banyak hujahnya. Sayang masih marah pada abang lagi ke pasal hal hari itu?” Dia berkata sambil mengekori isterinya.
“Kenapa awak datang sini?” Dia memandang tepat pada Syed.
“ Abang nak bawa sayang balik, sudah hampir sebulan sayang tak balik ke rumah kita. Lagipun abang ambil Tiara sebab dia nak balik,” kata Syed.
“ Saya tak nak balik, saya ada program esok pagi,” aku ingin beredar dari situ sebab aku dapat saksikan mata-mata yang sedang memandang.
Tapi Syed menghalang aku daripada terus pergi sambil menarik tangan aku untuk mengikuti langkahnya.
“Let me go, Syed Arshad! Saya kata saya tak nak pergi, tak nak pergilah. Awak tak faham bahasa Melayu ke?” Natrah sudah mula naik bengang, sesuka hati je dia melakukan aku begitu.
“Why? You are my wife Natrah Sofea, you need to listen to me,” Syed dapat melihat wajah isterinya yang nak menangis.
Dia cuba mengawal kemarahan dia. Dia kena lakukan begini. Dia kena berbincang dengan isterinya, untuk menyelesaikan permasalahan mereka.
“Sayang, im so sorry, but can you just follow me back home. Program sayang tu sayang suruh uruskan Intan boleh kan,” Syed cuba untuk memujuk isterinya.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...