Intan berlari anak menuju ke arah Restoran Murni, dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Dia sudah lambat hampir setengah jam. Habislah mesti Danial akan bising nanti, dia tak tahulah macam manalah Natrah boleh bertahan dengan perangai Danial. Depan orang, pijak semut pun tak mati, tapi semakin aku mengenali dia semakin aku rasa ingin putus je.
Kelihatan Danial dengan muka tegangnya. Bersabarlah Intan, tu pilihan kamu ang ada. “ Maaf sayang, jalan sesak tadi. Awak dah order makanan?” Aku duduk berkata sambil membelek menu di depan aku.
“ Nampak ada makanan dekat depan saya ke. Kalau janji datang pukul 9, datang pukul 9 lah. Janji melayu betul,” Danial berkata dengan nada tinggi. Dia pantang betul orang tak menepati janji ni.
“Awak ni dah kenapa, saya sudah minta maaf kan,” Intan mula bengang dengan perangai Danial, semakin lama dia bersama dengan Danial, semakin menjadi-jadi perangai danial.
“ Masalahnya, saya tak suka dengan perangai awak ni. Tidak menepati janji langsung”. Suaasana semakin tegang. Pelayan restoran tu pun takut nak menghampiri kami berdua.
“ Saya lambat sikit je kan. Macam awak tak pernah je tunggu. Sebenarnya awak nak apa ni. Saya tak suka dengan perangai awak ni macam kebudak- budakan,” Intan sudah mula hilang sabar, tambah-tambah Danial kebelakangan ini suka mencari gaduh dengan dia.
“ Kalau awak rasa saya kebudak-budakan, tinggalkan saya,” ucap Danial. Intan tergamam dengan kata-kata Danial sebentar tadi.
“Awak dah kenapa, sebab ini je awak nak putus. Dont be too childish Danial,” Intan sudah bengang, tak masuk akal betul Danial ni.
Takkan disebabkan benda remeh ni nak putus. Aku lewat pun bersebab bukan sengaja pun.
“Kita putus. Saya tak pernah cintakan awak,” Danial berkata tanpa memikirkan perasaan Intan. Dia puas sebab dia dapat tuturkan apa yang terbenak di dalam hati Dia tak nak korbankan perasaan dia lagi.
“Habis selama ini, awak anggap saya sebagai apa. Tempat awak luahkan perasaan sahaja ataupun sebagai boneka untuk awak terus rapat dengan Natrah. Cakap Danial cakap,” Intan sudah mula membentak, hati dia macam dihiris dengan pisau belati sekarang ini.
“ Ya, awak cuma saya untuk mendapatkan Natrah. Puas,” kata Danial meninggalkan Intan keseorangan di situ. Sampai hati kamu Danial buat aku macam ini. Intan mengelap air matanya.
Natrah melihat mata Intan yang sembam, dia menghampiri Intan, “ Intan kau kenapa ni” soal Natrah. Intan hanya mengelengkan kepala lalu beredar naik ke biliknya. Danial kau buat apa dengan Intan. Mengapa kau sanggup lukakan hati kawan baik aku. Natrah buntu, dia tidak tahu nak buat apa lagi supaya Danial melepaskan dia pergi jauh.
Natrah mengetuk pintu bilik Intan. Apabila tiada respons, dia menguak pintu bilik. Kelihatan Intan sudah menangis. Aku menghampiri Intan. “ Intan kenapa kau menangis,kau ada masalah dengan Danial ke ?” Natrah cuba mengelap air mata Intan, namun ditepis kasar oleh Intan.
“Kau keluar wei, tolonglah Natrah kau keluar,” arah Intan. Aku menarik nafas, aku meninggalkan Intan. Mungkin dia memerlukan sedikit ruang ketika ini.
Aku merebahkan diri ke atas katil. Adakah aku punca orang sekeliling aku tidak dapat mengecapi kebahagiaan diri mereka sendiri. Perlahan-lahan air mata aku mengalir. Aku memeluk bantal busukku. Bantal nilah yang menjadi peneman setia, yang sudi mengelap air mata ku.
Sudah seminggu Intan tidak bercakap dengan aku, dia akan bercakap bila berkenaan dengan kerja sahaja. Aku hanya membiarkan dia menenangkan diri. Mungkin itu yang terbaik untuk dia ketika ini. Aku pun tak faham dengan kerenah Danial. Danial sampai bila kau nak puas.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
Roman d'amourMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...