“ Natrah, maafkan mama. Mama terlalu mendongak ke atas sampai semua kebaikan Natrah, sebelah mata pun mama tidak pandang,” ujar mak mentuanya.
Puan Sri Nirmala sudah melutut di hadapan menantu, sungguh dia menyesal sebab dia menjadi penghalaang kepada kebahgiaan anak dia.
Natrah terkejut dengan perubahan Puan Sri Nirmala, dia tidak menyangka mak mentua dia akan berubah begini. Dia membangunkan Puan Sri Nirmala.
“ Saya tidak layak Puan Sri, tidak perlu Puan Sri melutut pada orang yang hina seperti saya ini. Kedudukan darjat saya dengan Syed memang ibarat langit dan bumi dan tindakan Puan Sri tu tak salah,” ujar Natrah sambil menarik Puan Sri Nirmala bangun dari melutut.
“ Natrah maafkan mama, janganlah buat mama rasa bersalah. Kita mulakan hidup baru Natrah. Mama janji mama takkan pernah mencampuri urusan kamu berdua lagi. Tolonglah Natrah jangan buat mama rasa bersalah,” rintih Puan Sri Nirmala.
“ Saya tidak layak Puan Sri untuk marahkan Puan Sri. Memang wajar tindakan Puan Sri itu, takkan Puan Sri nak menantukan perempuan miskin macam saya ini. Tambah-tambah untuk saya, perempuan murahan yang sanggup buat apa sahaja demi wang,” luah Natrah.
“ Maafkan mama, Natrah. Mama memang bersalah dalam hal ini. Maafkan mama, sayang. Kita buka lembaran baru, kita lupaka segalanya. Mama takkan larang Syed dah, mama restukan hubungan kamu berdua. Mama nak cucu-cuc mama ada ibunya. Tolong Natrah, mama tak nak kehilangan Syed. Syed tidak boleh hidup tanpa kamu, nak,” rintih Puan Sri Nirmala.
Natrah memeluk mak mentuanya, dia mengelap perlahan air mata mmak mentuanya. “ Saya tidak layak ditangisi Puan Sri. Saya sudah lama maafkan puan sri. Tapi satu sahaja minta, tolonglah hormati keputusan saya. In sha allah, Syed boleh hidup tanpa saya. Puan Sri jangan risau,” Natrah melemparkan senyumannya.
Puan Sri Nirmala hilang kata-kata, sejujurnya dia buntu untuk memujuk menantunya. Menantunya sudah menutup hati untuk kembali kepada keluarganya. Ini semua salah dia, kalau dulu dia tidak berkeras menentang anak dia semua benda ini takkan berlaku.
“ Tiara, sudah-sudahlah bersembunyi di tepi pintu tu. masuklah drama sudah tamat,” Natrah melontarkan senyuman kepada adik iparnya.
“Ada apa Tiara datang jumpa akak ni,” Natrah berkata sambil menuangkan air teh ke dalam cawan sambil dihulurkan kepada Tiara dan mak mentuanya.
“ Tiara dan mama nak ajar akak nak pergi beli barang persiapan bayi,” ajak Tiara. Natrah memandang Tiara, ni mesti kerja suaminya, pandai suami ia mengumpan dia untuk keluar.
“ Kalau akak tak nak macam mana,” Natrah cuba mengumpan Tiara. Puan Sri Nirmala hanya memerhati mereka berdua, begitu akrabnya hubungan mereka berdua.
“Jomlah, Natrah. Mama pun tak sabar nak memberi barang kelengkapan cucu-cucu mama,” Puan Sri Nirmala menyampuk.
“Yalah, Natrah pergi. Nanti Tiara telefon Syed yang akak keluar dengan Tiara,” ujar Tiara. Aku hanya menganggukkna kepala sambil berlalu pergi mengambil handbag di atas.
“ Akak, abang nak cakap dengan akak,” ujar Tiara sambil menghulurkan Iphonenya. Aku menjeling ke arah Tiara, orang suruh dia yang uruskan. Dia tak tahu ke aku malas nak bercakap dengan abangnya.
“ Ya, ada apa,” tanya Natrah sambil meletakkan telefon ke dalam telinga. Bukan nak bagi salam pun aku ni.
“ Assalamualaikum, bidadariku. Nanti hati-hati pergi keluar dengan mama dan Tiara. Apa-apa guna debit kad Tiara, nanti abang bayar,” ujar Syed. Habis sahaja ayat suaminya terus dia letakkan panggilan telefon.
Dia tahu berdosa dia buat macam tu tapi, dia tak nak terlebih mesra dengan Syed. Luka kalau sudah bernanah agak sukar untuk disembuhkan nanti. Dia nak biasakan Syed hidup tanpa dirinya.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...