Natrah menidurkan Alisha di sebelah dia. Sudah hampir seminggu dia mendiami kediaman Syed. Esok permulaan puasa, malasnya nak bangun untuk sahur.
Kedengaran ada bunyi ketukan pintu, ini mesti suaminya membawa susu. Dia tidak pernah terlupa untuk menyediakan susu hangat sebelum Natrah tidur. Natrah hanya membiarkan suaminya.
Deringan telefon bimbit memecahkan kesunyian antara mereka berdua. " Walaikummusalam, Omer. Lambat pula awak telefon saya hari ini," soal Natrah.
Syed hanya menadah telinga mendengar perbualan isterinya. Siapa tidak cemburu mendengar isterinya sedang bersembang dengan lelaki lain.Tapi itu salah dia juga, sebab cemburu buta. Kan dah mendapat.
" Saya balik ke kampung, sayang. Bukan ke saya dah beritahu awak ke hari itu. Esokkan permulaan puasa, saya nak berbuka dengan mak," kata Omer.
"Saya lupalah awak, maaflah umur sudah menginjak tua. Kasihan dapat bakal isterinya pelupa ni,"kata Natrah. Sengaja Natrah menekankan perkataan bakal itu. Suami dia ini sibuk betul nak dengar perbualan orang.
"Syed dekat situ ke?"tanya Omer perlahan, Dia tahu kalau nada Natrah begitu mesti Syed sedang berada di situ.
"Awak ni pandai betul. Harap anak-anak kita nanti pandai macam awak," ujar Natrah. Dia tak tahu mengapa dia rasa gembira menyakitkan hati suaminya.
"Awak ni tak baiklah. Jagalah hati dia sikit, dia suami awak. Syurga awak masih di tangan dia," nasihat Omer
"Ya, saya tahu. Nanti saya telefon semula. Bye, sweetheart," kata Natrah menamatkan panggilan telefonnya.
Matanya menjeling ke arah Syed. "Awak ni tak ada kerja ke? Asyik nak berkepit dengan saya je,"ujar Natrah.
"Bukan berdosa pun berkepit dengan awak pun. Esok ni awak larat ke untuk berpuasa," soal Syed, Dia tidak ingin bergaduh dengan isterinya,
" In sha Allah, saya larat. Nanti jangan lupa gerakkan saya sahur Saya mengantuk ni, Assalamualaikum," kta Natrah sambill menarik selimutnya.
"Waalaikummusalam. Good night, sayang," kata Syed. Dia merenung perlahan isterinya, isterinya sudah malas bersembang dengan dia. Rindunya dia dengan isterinya dulu.
Mak Munah menyentuh bahu anak lelakinya. Betapa cintanya anaknya terhadap Natrah.
" Natrah sihat ke Omer?" tanya Mak Munah perlahan. Dia tidak ingin anak dia disakiti.
" Alhamdulillah, sihat mak Omer baru je selesai telefon dia tadi," kata Omer.
"Kamu sudah berfikir masak-masak ke untuk memperisteri Natrah. Mak tak sedap hati pula kamu pisahkan keluarga mereka. Berdosa meruntuhka rumah tangga orang, Omer," nasihat Mak Munah kepada anak tunggalnya.
" Omer sudah berfikir lama dah. Natrah pun sayangkan Omer, mak. Kami berdua bukan curang mak, Syed pun tahu tentang hubungan kami berdua," ujar Omer mempertahankan hubungan mereka. Mak Munah mendiamkan diri.
"Sayang, bangun. Dah nak habis waktu sahur dah ni,' gerak Syed perlahan. Lenanya isterinya diulit mimpi. Macam kasihan pula kalau aku nak kejutkan dia. Tapi kalau tidak dikejutkan, nanti isterinya lapar pula.
" Sayang, bangun. Kalau tak nak bangun, abang cium karang," ujar Syed. Terus Natrah bangun apabila mendengar perkataan cium.
" Saya mengantuklah awak," rungut Natrah sambil bangun daripada pembaringan. Syed tersenyum melihat isterinya.
" Abang tunggu awak dekat dapur, jangan tidur balik pula," kata Syed sambil mendukung Alisha.
Kan bagus kalau aku tidur balik je. Selepas mengemas katil, Natrah berlalu menuju ke dapur.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...