Intan memeriksa dahi Natrah, panasnya suhu badan dia. Aku kena bawa Natrah pergi ke hospital ni, tambah-tambah dia ada asma ni. Kalau dia kena serang, susah nanti.
" Natrah, bangun. Kita pergi hospital jom. Aku tak larat nak angkat kau wei," Intan membangunkan kawannya.
Natrah membuka mata, terasa berpinar-pinar kepalanya. Ya, Allah peritnya, terasa sakit di seluruh badannya. Natrah hanya mengelengkan kepalanya, dia memang tak nak pergi hospital, hospital merupakan musuh utama dia.
"Tapi badan kau panas sangat ni, aku takut apa-apa jadi dekat kau nanti. Kau nak aku call ambulans ke?" soal Intan. Dia risau betul dengan kawan baiknya.
Intan ni risau betul dekat aku, ni yang bertambah sayang ni. "Aku tak nak Intan. Nanti aku baiklah. Lagipun, masa nilah kau jalankan tanggungjawab sebagai kawan sejati," Natrah sudah tersengih-sengih pada Intan.
" Kurang asam punya kawan, masa sakit pun boleh perli aku. Kau rehatkan je diri kau dulu, aku pergi masak bubur. Nanti aku jenguk kau balik," aku hanya melemparkan senyuman.
Namun senyuman aku mati, apabila melihat isi teks yang baru masuk. " Sayang, kembalilah kepada abang. Abang silap, abang tak patut buat begitu. Abang cemburu dengan Danial, abang tak boleh kawal. Sayang, kita lupakan segalanya. Kita bina kehidupan baru"- Suamiku.
Saya tak mampu untuk kembali kepada awak, Syed. Saya tak layak untuk awak, awak boleh dapatkan yang lebih baik. Mungkin apa yang terjadi, menjadi tanda yang kita lebih baik berpisah. Kita tidak ditakdirkan untuk bersama, mungkin jodoh kita hanya sampai di sini.
Aku mengengsot sedikit untuk membuka laci di sebelah. Aku mengambil kotak cincin yang tersimpan rapi di dalam laci itu. Natrah merenung cincin itu. Cincin inilah yang disarung oleh suaminya semasa majlis pernikahan mereka dulu.
Tapi apabila mengenang kata-kata Syed semalam, diri dia tidak ubah seperti pelacur di mata Syed. Dilayan bila perlu dan dihumban bila tidak diperlukan. Dia yakin, yang cincin ini bukan milik dia. Dia hanya boneka untuk Syed melempiaskan kesunyian dan kemarahan terhadap berkas tunangnya.
Air jernih mengalir lebat dari matanya, adakah ini kesudahan kisah kita bersama, Syed Arshad Mikael?
Intan membawa dulang berisi bubur dan meletakkannya di sebelah Natrah. "Natrah, kenapa kau menangis ni. Sakit sangat ke?" Intan sudah cemas. Natrah tersenyum dalam tangisan, kawan aku ni lucu betul.
Namun apabila Intan nampak cincin Natrah sedang pegang, Intan mengeluh. " Kau pasti kau nak bercerai dengan dia sebab aku tahu kau sayang sangat dengan dia. Ini semua salah faham, aku rasa kalau korang berdua duduk berbincang mesti ada jalan penyelesaian," laju air mata Natrah mengalir.
" Aku tak layak untuk jadi isteri dia, Intan. Dia boleh dapat yang lebih baik daripada aku. Buat apa bersama kalau aku seorang sahaja yang sayangkan dia. Keluarga dia hanya anggap aku sebagai perempuan murahan yang ingin mengikis harta mereka," Natrah sudah tawar hati dengan perkahwinan ini.
" Natrah, kau tahu kan penceraian merupakan benda yang halal yang Allah paling bencikan. Kau nak aku keluarkan hadis ke?"
Intan ni kan. Aku mengetap bibirku. "Intan, aku pun tak nak. Kalau ada jodoh, adalah dan tapi mungkin jodoh kami berdua sampai di sini sahaja. Aku tak dia terseksa, Intan. Aku tahu dia sangat mencintai berkas tunang dia," senyuman terukir di bibir Natrah.
Dia cuba untuk tersenyum, " Aku tak nak jadi batu penghalang untuk kebahagiaan mereka. Intan, mencintai tidak semestinya akan memilikikan. Kadang-kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayang supaya mereka boleh bahagia. Aku tak nak teruskan perkahwinan ini tanpa restu mama dia," suara aku menjadi perlahan. Pedih sungguh rasa hati ini untuk mengungkapkan perkataan itu namun aku kena pasrah sebab aku tak ingin kami berdua terus terluka.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...