BAB 35

374 2 0
                                    

Omer terpaku apabila melihat Natrah berada di hadapannya sekarang. Apa yang dilakukan oleh wanita yang dicintainya di sini. Dia mencuba berlagak biasa namun dia tak boleh. 

Wajah itu yang dirinduinya selepas hampir seminggu dia tidak berjumpa. Allah, Omer bangun dari lalaimu, dia isteri orang. Berdosa kalau kamu terus merindui dia.

“Assalamualaikum, Omer. Awak sihat?” tegur Natrah. Kacak juga, Omer dengan topi keselamatan putih dia tu, mengancam.

“Waalaikummusalam. Kenapa awak datang sini, Natrah? Saya rasa  Encik Ahnaf hanya hantar saya seorang sahaja je untuk uruskan projek di sini,” ujar Omer perlahan.

“ Saya sahaja je datang ke sini, sebab saya rinduka awak,” ujar Natrah riang. Dia harap keputusan yang dia ambil ini adalah terbaik untuk dia dan semua orang.

“ Awak bergurau apa ni, Natrah. Tertiba saya awak ni, tak kelakarlah,” marah Omer.

“Aku gurau  jelah, Encik Ahnaf yang suruh aku datang tolong kau di sini. Dia kasihan kau jadi loner dekat sini sebab tu dia hantar aku untuk tolong kau,” jelas Natrah. 

Garangnya, mamat ni. Tahulah marah aku sebab aku reject cinta dia tempoh hari. Tak payahlah, nak jadi poyo tiba-tiba.

“Natrah, sudikah awak jadi isteri saya, yang hakiki untuk saya,” ujar Omer sambil mengeluarkan sebutir cincin permata dari kotaknya. 

“Maafkan saya, saya tak layak untuk diri awak. Awak lebih layak untuk perempuan yang lebih sempurna dan baik daripada saya. Suami saya sudah kembali, saya tak mungkin datang kepada awak,” ujar Natrah perlahan sambil beredar daripada bilik Omer.

 Dia tahu kata-kata itu akan melukakan hati Omer namun hatinya turut terluka juga. Saya tak mampu bahagiakan awak, Omer.

“Natrah!!!” jerit Omer apabila melihat bata yang meluru laju ke arah kepala Natrah.

“Awak ni dah kenapa, nak mengelamun pergilah dekat tempat lain. Tahu tak bahaya dekat sini. Selamat, awak sempat mengelak. Kalau tak, tak pasal-pasal batu tu hempap kepala awak,” marah Omer.

“Sayang juga awak dekat saya,” ujar Natrah sambil menepuk seluarnya yang kekotoran akibat terduduk. Dia memeriksa perutnya, selamat dia tidak merasai sebarang kesakitan.

Omer hanya menjegilkan matanya. Minah comel ni, nak kenakan aku ke apa. Dia tak ingat ke dia sudah  reject cinta aku. Broken habis dia, bila baru nak sembuh dia datang kembali pula.

Natrah hanya tersenyum melihat reaksi muka Omer. Omer kenapalah kau hadir dalam hidup aku. Mampu ke kau menerima aku seadanya.

“Alisha, awak tinggalkan dia  dengan siapa,” tanya Omer sambil kaki melangkah menuju ke keretanya. 

“Saya tinggalkan dengan bakal mak mentua saya. Dia pemilik chalet di sini,” ujar Natrah.

“ Mak saya? Kejap, sejak bila dia jadi bakal mak mentua awak?” tanya Omer.

Natrah hanya menjungkitkan bahu sambil masuk ke dalam kerete meninggalkan Omer yang sedang kebingungan.

Omer hanya mengekori kereta Natrah.  Biar betul kata-kata Natrah tadi, ini laluan menuju rumahnya.

Natrah memarkirkan keretanya di perkarangan rumah Omer. Melihat wajah Omer, boleh membuat dia ketawa terguling-guling di situ. Mesti lelaki itu pelik maam mana dia boleh kenal mak lelaki itu. Well, ni Natrah Sofealah.

Telefon Natrah berdering meminta untuk diangkat. Natrah terus mematikan telefon bimbitnya apabila melihat nombor suaminya di skrin.

“ Suami awak ke yang telefon,” tanya Omer perlahan.

Takdir yang TerindahWhere stories live. Discover now