BAB 11

404 6 0
                                    

“ Intan,” laung aku.  Aku mencari kelibat Intan di dalam biliknya tetapi tiada . Mana budak ni pergi. Masa macam ni pula dia nak melesap.Aku mesej dan telefon pun dia tak layan. Dia pergi mana sebenarnya. 

 Aku terdengar bunyi pintu dikuak, ya itu Intan. “Natrah buat apa kau disini.” Pertanyaan Intan dibalas dengan senyuman. 

“Intan, kalau kau ikut aku pergi aku balik kampung, boleh tak?Aku nak melawat kubur mak aku, tiba-tiba rindu pula,” ajak Natrah. Aish hati ni tiba-tiba jadi sayu pula.

“ Tertiba sahaja, seram pula aku,” Intan memandang aku atas bawah. Natrah sudah tergelak. 

“ Jangan risau Intan, aku belum lagi nak  mati. Tapi kalau mati dekat tengah jalan raya, itu aku tak pasti,” kata Natrah bersahaja.  Berubah riak Intan.

“Kau nikan. Cakap bukan-bukan, aku tak nak ikut karang baru tahu. Kenapa kau tak ajak suami kau je. Aku okay je tapi lebih baik kau bawa dia balik, kan,” tanya Intan. Intan ni tak nak ikut sudah.

 “Aku takut dia sibuk je Intan, jomlah. Aku rindu mak aku ni,” aku membuat muka kasihan. Yeayy, Intan setuju. Tapi suami aku bagi ke pergi sana. Alah, dia kan sedang marah aku. 

Selagi dia tak balas mesej aku mengatakan tidak, boleh je aku pergi kan. Tiba-tiba ada bunyi getaran menandakan ada mesej baru masuk. 

“Esok, saya ambil pukul 9 pagi dekat depan kolej kediaman,”-Syed.

Gulp. Dia nak ikut pula. “Tapi, saya pergi dengan Intan. Kasihan dia sebab saya dah bersungguh-sungguh ajak dia ikut. Kalau batalkan kasihan dia pula,” aku membalas mesejnya, sumpah takut nak jumpa dia. Allah, takutnya. 

“Saya atau Intan suami awak?”- Syed.

Okay, dia sudah marah. Aku hanya membiarkan mesej dia.

Seawal pukul 9, aku sudah nampak kereta dia di kolej kediaman. Aku menarik nafas terlebih dahulu.

 Ya Allah permudahkan urusan aku hari ni. Amin. Dia mengambil bagasi lalu dia letakkan ke dalam bonet. Terketar-ketar aku menyalami.

“Kenapa terketar-ketar salam ni,sayang. Abang tak makan oranglah sayang." Aku hanya mendiamkan diri. 

“Ni, kita nak balik rumah Mak Ngah kan?” Syed berkata sambil memusing stereng untuk membuat pusingan U.  Aku masih diam sebab takut bersuara. 

“ Sayang, abang tengah cakap dengan sayang ni,” dia sengaja tinggi suaranya. Isteri dia ni sejak kebelakangan asyik nak menaikkan darah dia je. 

“Saya nak balik kampung mak saya, boleh?” tanya Natrah. Ada pun suara isteri aku, ingatkan simpan emas dalam mulut sampai tak bercakap.

Syed menganggukkan kepalanya. “ Dekat man?” soal Syed semula. 

“Dekat Taiping” Aku menjawab perlahan. Dia merenung wajah isterinya, siapa tak rindu isteri oooi, walaupun sisa-sisa marah masih ada. Disebabkan tak sanggup menahan rindu lah dia meminta cuti selama 2 hari.  

Kenapa Natrah buat abang makan tak lalu, mandi tak basah. Aku ni dah  macam orang sedang mabuk bercinta ni. 

“Natrah,” panggil Syed.  Dia cuba memecahkan kesunyian namun bila dia toleh ke arah isteri, lah dah tidur rupanya isterinya.

“Sayang, bangun. Jom kita pergi makan dulu, isi perut tu takut nanti gastrik pula sayang nanti,” Syed menggerakkan isterinya. 

“Saya mengantuklah abang.” Syed sudah senyum, mengigau pula isteri dia ni.

 “ Nanti sayang tidurlah balik,” dia berkata sambil menarik tangan isterinya keluar. Tangan isterinya dipegang erat menuju ke kedai makan.

“ Awak ni, saya mengantuklah,” tutur Natrah. Dia kalau orang menganggu tidur dia boleh mood swing.

Takdir yang TerindahWhere stories live. Discover now