“Intan, nanti siapa nak ambil barang-barang aku ni ye?” Natrah mengeluh sebab selalunya dia akan simpan di stor sahaja tapi nikan semester akhir, barang semua kena bawa balik.
“ Kau jangan risau nanti aku hantar barang aku dulu, pastu aku terus hantar kau balik Ipoh rumah Mak Ngah kau. Okay?” Intan berkata sambil matanya masih tertumpu pada telefonnya.
“ Kau kenapa terlalu baik pada aku, Intan. Aku banyak sangat terhutang budi dengan kau, aku tak tahu macam mana nak bayar balik nanti,” Natrah sudah mulai menangis.
“Ehhhh, Natrah kenapa menangis ni,” Intan sudah terkejut, sejak kebelakangan ni kawannya terlalu sensitif.
“Aku menangislah, terharu ada kawan macam kau,” ujar Natrah. Intan mengelap air mata kawannya.
“ Natrah, kalau aku nak cakap sikit boleh tak? Aku rasa kau mengandunglah, sensitif semacam je aku tengok. Kau tak nak pergi periksa ke?” cadang Intan.
Mana taklah Natrah pernah datang bilik dia malam-malam buta semata nak makan maggi tomyam yang aku punya, pukul 3 pagi kot. Macam roomate dia tak ada je nak minta.
“Intan kau ni bukan-bukan je, mana ada,” Natrah menyangkal sangkaan Intan. Takkan dia mengandung kot, kan. Biasalah perubahan emosi. Period dia lambat seminggu je pun, esok lusa datanglah.
“ Manalah tahu ada rezeki, tak salah kan kalau periksa. Mungkin dia datang mengembalikan kasih sayang kamu berdua,” perlahan Intan berkata-kata. Dia tidak mahu Natrah terasa.
“Kalau betul pun aku mengandung, aku takkann beritahu dia Intan,” Natrah mengeluh.
“ Kenapa? Ini mungkin peluang kamu berdua berbaik demi anak. Aku rasa Syed lagi bertambah gembira kalau tahu kamu mengandung anak dia, Natrah,” Natrah mengeluh berat.
“ Aku rasa kalau anak ini wujud mungkin akan menjadi beban pada dia je, Intan. Dia hanya lepaskan kemarahan pada aku sahaja hari itu. Tak mungkin, dia inginkan anak ini. Kau nikan Intan, kalau tak buat aku menangis tak boleh ke?” Aku sudah teresak-esak menangis.
“ Aku terasa diri aku hina Intan. Aku macam pelacur bagi dia Intan, dia sewenang-wenang je. sewenang-wenang dia meminta maaf. Aku tak dapat lupakan peritiwa itu, Intan. Dia anggap aku apa? Boneka? Yang senang-senang dia main bila dia nak dan senang-senang dia buang apabila tidak diperlukan,” Natrah menangisi nasib dia.
Intan cuba menenteramkan Natrah, salah dia juga membuka topik ini. Dia tahu kawan dia tak mungkin menerima Syed kembali.
Dia membiarkan Natrah menangis, “Menangislah Natrah selagi boleh. Selepas ni, aku tak nak lihat kau menangis lagi. Aku takkan persoalkan lagi pasal Syed lagi.”
“Terima kasih, sebab selalu ada dengan aku bila susah dan senang aku. Walaupun, aku tahu bila masa aku senang. Aku doakan kau dengan Danial bertemu jodoh,” usik Natrah.
“Kau ni Natrah, sempat lagi kenakan aku. Dah jangan menangis lagi,” ucap Intan.
“Kau ke aku yang pandu kereta ni, Intan,” tanya Natrah sebab mereka akan bertolak ke Ipoh, jauh juga perjalanan.
“Kaulah Natrah, balik nanti aku pandu. Aku mengantuk lagi ni,” Intan berkata sambil tersengih-sengih. Natrah mengangguk-anggukkan kepalanya.
Natrah mengucap beberapa kali sebelum masuk ke dalam rumah Mak Ngah. Dia suruh Intan tunggu dalam kereta dahulu sebab takut Mak Ngah mengamuk. Maklumlah mak Ngah dia mengamuk sebab mak Ngah tak dapat duit daripada dia. Tempuh jelah Natrah, nasib kau memang macam ini.
“Assalamualaikum,” bergetar-getar suara aku bagi salam, takut pula aku.
“Waalaikummusalam,” kelihatan wajah bengis Mak Ngah di ruang tamu. Tiba-tiba dia meluru ke arah aku. Panggggg. Satu tamparan hinggap di muka aku. Habis berdarah bibir aku.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
Roman d'amourMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...