Membesar sebagai anak keluarga pahlawan, hidup yang diketahuinya berubah drastik saat Karunia, kuasa sakti diraja tercetus di dalam diri. Serta-merta dia menjadi putera pewaris takhta, sedang nyawanya diancam musuh yang ingin melenyapkan kerabat dir...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Selamat datang ke 'Nota Pengarang' Kronika Inderagana. Ini ialah segmen khas selang setiap 5 bab. Di sini, saya akan berkongsi catatan-catatan saya sepanjang menukang cerita ini.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Assalamualaikum! Niemza di sini! (◠‿・)-☆ Terima kasih kerana sudah baca sehingga bab 10 Kronika Inderagana. Saya sangat menghargai sesiapa yang sudi tinggalkan undi dan komen. I feel so validated!
Sebelum lupa, saya nak meraikan 'Kronika Inderagana' telah mencapai 500+ views dan undian ⭐ yang ke-100 datang dari Welcome_Fantasy!
Baiklah, jika sebelum ini saya kongsikan tentang sistem pertahanan Inderagana, kali ini saya teruja pula nak kongsikan aspek pembinaan semesta saya dari segi sistem pemerintahan.
Untuk mencipta sistem pemerintahan Inderagana, saya telah menggunakan bentuk sistem pemerintahan kerajaan melayu sebagai asas.
Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan-kerajaan Melayu (kecuali Negeri Sembilan) mengamalkan Sistem Pembesar 4 Lipatan yang serupa dengan Kesultanan Melayu Melaka, tetapi dengan gelaran yang berbeza.
Maklumat yang saya kumpul di bawah ialah maklumat secara umum, boleh jadi tidak tepat kerana sekadar untuk menjadi rujukan menulis fiksyen sejarah yang berlatarkan kerajaan Melayu lama.
Maklumat yang saya kumpul ialah seperti berikut:
[ Raja/Sultan: Pentadbiran Seluruh Negara ]
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.