#2 HAI I'M LUKE

2.6K 98 0
                                    

Sedang asyik Auliya memerhatikan view KLCC itu, datang sekumpulan lelaki berbadan sado masuk ke dalam cafe itu dengan bergelak ketawa. Hilang ketenangan seketika dek kerana suara mereka, tapi tak boleh nak rasa annoying sebab mereka adalah customer. Customer is always right. Siapalah yang menciptakan slogan itu.

Sekumpulan lelaki itu duduk. Auliya ke kaunter mengambil menu lalu berjalan menghampiri meja lelaki-lelaki itu. Sambil tersenyum.

"Lama tak tengok senyum tu",

Auliya memandang wajah lelaki-lelaki di hadapannya itu dan mereka membalas dengan pandangan yang sama, pandangan pelik!

Dia berpaling ke belakang, matanya membulat.

"Oh NO! Nickk!", Mereka berpelukan seketika.

Yeah, itulah Nick. Anak kepada jiran sebelah rumah ibunya. Dah lama tak jumpa dan akhirnya lelaki itu berada di hadapannya. Dia tersenyum gembira.

Sekumpulan lelaki di meja itu nampaknya agak pelik melihat scene sebentar tadi.

"Guys, this is Auliya. Jiran aku dulu sebelum aku pindah ke Subang", terang Nick sebelum kawan-kawannya tersalah faham.

Lelaki-lelaki itu mengangguk tanda faham. Tapi ada salah seorang dari mereka ni asyik pandang-pandang Auliya. He's cute! Bila dia senyum ada lesung pipit di pipi sebelah kiri lelaki itu.

"Okay, nak order apa?", Tanya Auliya sambil tersenyum. Manis. Dengan rambut hitamnya yang disisir rapi, dan diikat menampakkan kecomelan gadis kecil itu.

Mata Luke masih memandang gadis itu. Bagai jatuh cinta pandang pertama, dia tersengih.

Auliya membawa makanan yang dipesan kepada mereka.

"So, kau masuk tentera?", Soal Auliya kepada Nick.

Nick mengangguk bangga. Auliya tersenyum. Tak disangka Nick seberani itu. Yelah, menjadi seorang tentera ni bukanlah kerja yang mudah. Risiko dengan nyawa. Luke memandang Auliya sambil minum air bandung laici. Matanya tak lepas dari memandang Auliya yang sedang rancak bersembang dengan Nick.

"Next week kami akan operasi. Take over tugas batch yang disana. Berbulan jugalah", bagitahunya sambil tersenyum.

Auliya memandang Nick dan seterusnya memandang lelaki-lelaki yang berada di meja itu lalu tersenyum.

"Korang sangat berani",

"Kalau kami tak berani, siapa lagi?!", Jawab salah seorang dari mereka, agak lantang. Tersenyum sinis sambil memandang Auliya.

Auliya hanya tersengih. Agak tak senang dengan ekpresi muka lelaki itu.

"Takkan nak hantar perempuan pulak ke operasi", balasnya lagi lalu ketawa sinis.

Nick menggelengkan kepalanya.

"Amir!", Tegas Nick. Amir memandang Nick lalu menjeling.

"Kenapa perempuan tak boleh pulak pergi ke operasi tu? Now kau nak cakap perempuan lembik ke? Zaman sekarang perempuan takde beza dah dengan lelaki. Kalau nak kata lelaki kuat, perempuan pon kuat. Kalau tak kuat, takdelah nak lahirkan orang macam kau ni!", Bidas Auliya geram.

Amir bangun ingin membalas tapi ditarik oleh Luke yang berada disebelahnya. Auliya pergi. Tak tahan dengan sikap lelaki bernama Amir itu yang berlagak dan memandang rendah terhadap perempuan. Diskriminasi.

"Akrasia
(n.) Lack of self - control."

Luke memandang Auliya yang berlalu pergi dengan marah. Luke memandang Nick, Nick juga memandangnya. Nick bangun ingin memujuk Auliya tapi Luke menyentuh bahu Nick dan memberi isyarat ingin pergi ke Auliya.

"Tak payah. Dia bukan jenis perempuan yang kau boleh mainkan", Nick warning Luke.

"Kau dengan dia ada hubungan apa-apa ke?", Tanya Luke.

"Nope, she's like my sister to me. Tapi aku tak suka kalau ada orang nak mainkan dia",

"Relax. Aku tak mainkan dia", Luke tersenyum.

Nick hanya memandang Luke pergi ke arah Auliya yang sedang bersembang dengan cashier. Lalu dia duduk kembali, yakin bahawa Luke boleh handle.

"Hai", sapa Luke tersenyum, menampakkan giginya yang tersusun rapi. Dan menampakkan juga lesung pipitnya.

Auliya memandang Luke. "Yes, boleh saya bantu?",

"I'm sorry on behalf of my friend. Dia memang macam tu, kadang-kadang dia bercakap tak pakai otak",

"So?", Tanya Auliya sambil peluk tubuhnya.

"I'm Luke",

"And I'm just waiter",

Luke tersenyum mendengar jawapan Auliya. Keras kepala juga gadis ini. Taknak mengalah. Tapi dia suka cara itu. Tak sama dengan perempuan-perempuan lain yang pernah dia usik sebelum ini.

"Sombong juga awak ni kan. Oh I know a girl like you. Sombong, ego. Dan you ni mesti jenis anak manja yang minta je dapat. You drive honda?",

Auliya tersenyum sinis memandang lelaki dihadapannya itu. Manja? Honda? Kenapa malam ni dia berjumpa dengan lelaki-lelaki yang macam ni?!!

"Kalau I manja, I tak kerja malam-malam. Baik I duduk kat rumah je baca novel fiction. And honda? I tak tahu kenapa malam ni I jumpa dengan lelaki-lelaki yang macam korang ni!", Tegas Auliya.

Luke tersedar yang dia sudah tersilap langkah! Dan dia hanya bercakap kosong sekadar untuk mengusik.

Auliya pergi masuk ke bahagian dapur. Sebal hatinya nak memandang lelaki-lelaki itu.

Nick hanya tersengih melihat wajah Luke yang kelihatannya kecewa.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now