Selesai sudah sesi berkenalan diantara kedua belah keluarga. Semuanya baik-baik. Tiada scene yang menimbulkan kekacauan terjadi diantara Puan Khadijah dan juga Tuan Bakti.
Abang Auliya yang berada di Johor turut pulang untuk mengenali dengan keluarga Luke. Hakim namanya, masih single. Kerana sama dengan Auliya, Hakim juga turut merasai trauma di masa kecilnya. Tapi dalam 3 tahun ini dia bakal pulang semula ke Kuala Lumpur dan menetap bersama Puan Khadijah. Tidak sangka, adiknya akan menamatkan zaman bujangnya walaupun masih muda.
"Study nanti macam mana dik?", Tanya Hakim.
"Adik masih akan belajar sebab Luke pon dah bagi izin", jawabnya sambil mengunyah biskut oreo cicah susu. Hakim mengangguk tanda faham. Lama dia memandang Auliya. Dia bahagia. Dia yakin Luke akan membahagiakan Auliya. Walaupun dia sendiri tak pernah tahu tentang kewujudan Luke Iskandar didalam hati adiknya, Iman Auliya. Sebagai abang, apa sahaja yang membuatkan adiknya bahagia, dia akan turut merasa bahagia. At least trauma di masa kecilnya akan terhapus.
Ataupun mungkin tidak. Tapi sebagai abang, dia mendoakan yang terbaik untuk adiknya, satu-satunya adik yang dia ada. At least ada juga yang akan menjaga adiknya yang sedikit gila ini, detik hati kecilnya.
Teringat kenangan manis ketika mereka masih kecil. Berkongsi makanan. Hakim seorang abang yang sangat protective. Sangat menjaga Auliya jika Auliya dibuli. Kini adiknya sudah besar, dan menjadi seorang gadis yang berdikari. Mungkin juga kerana faktor mereka jauh dan dengan kesibukan masing-masing membuatkan mereka terbatas untuk berkongsi. Dan mungkin disebabkan itulah dia tidak mengetahui tentang kewujudan Luke Iskandar itu.
Dia memandang adiknya yang masih makan biskut oreo cicah susu dihadapannya sambil menonton televisyen. Masih dengan perangai kanak-kanaknya, kegemarannya oreo cicah susu. Jika dulu mereka terpaksa berkongsi jika ingin makan apa-apa, sekarang mereka sudah mampu untuk makan bila-bila masa sahaja tanpa perlu berkongsi. Tiba-tiba dia menarik rambut Auliya menyebabkan Auliya tertarik ke belakang. Terdengar gelak ketawa gembira Hakim setelah menyakat adiknya. Mereka ketawa gembira. Bagaikan ketika kecil, walaupun dihimpit dengan pelbagai masalah namun mereka tetap bahagia.
Bertiga.
Auliya melihat-lihat gambar yang diambil oleh Hakim. Gambar kedua keluarga dalam sesi berkenalan. Walaupun ianya hanya 'perkahwinan palsu' tapi entahlah, Auliya terasa seperti perkahwinan sebenar. Luke. Dia melihat sekeping gambar Luke yang sedang tersenyum. Gambar candid. Jelas kelihatan lesung pipitnya. Wajahnya jelas kelihatan gembira. Gembirakah Luke? Seperti hatinya sedang berbunga-bunga melihat gambar Luke. Atau itu hanya perasaannya sahaja.
Luke juga sedang melihat-lihat beberapa gambar yang diambilnya secara spontan. Kebanyakkannya adalah gambar Auliya, dia merasakan dialah lelaki yang paling beruntung. Kecantikan Auliya dimatanya cukup sempurna.
Terkadang jodoh ni penuh dengan kejutan. Seperti dia, perkenalan singkat diantara dia dan Iman Auliya, pertemuan pertama yang penuh dengan rasa marah dan sakit hati namun kini dia selangkah mahu menghalalkan gadis itu. Dan kini dia mahu memiliki gadis yang bernama Iman Auliya itu, adakah dia pentingkan dirinya sendiri? Walau tahu kemungkinan gadis itu tidak menyukainya malah mungkin tidak ingin terus berada didalam hubungan ini.
Dia memandang dirinya didalam cermin. Memakai baju kurung moden berwarna putih, rambutnya yang ikal disanggul kemas. Solekan yang simple namun masih menyerlahkan kecantikkan dirinya. Majlis yang sangat simple hinggakan dia langsung tidak memakai inai. Bagi bakal pengantin, inai adalah wajib kan tapi bukan dirinya. Tidak memakai inai pon majlis perlu dijalankan jua. Adakah dia betul-betul pasti dengan keputusan ini?
Luke membetulkan songkok hitam dikepala. Memakai jam hitamnya. Memakai stoking lalu menyarung kasut. Segak memakai baju melayu berwarna putih bersama dengan samping gold putih. Dia sudah bersiap sedia mahu berangkat ke rumah Auliya. Permintaan Auliya ingin menikah di rumah sahaja, didalam majlis yang cukup simple yang hanya dihadiri oleh keluarga sahaja.
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
RomanceLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...