#4 OUR DEAL

2K 54 1
                                    

Handphone Luke tidak berhenti berbunyi. Luke memandang nama yang tertera di skrin handphone itu.

Bip bip bip

Bunyi mesej whatsapp masuk. Luke membuka whatsapp itu dan,

"Aku dengar kau dah masuk tentera sekarang. Macam mana kau lepas eh, tak kantoi air kencing ke?",

Bip bip bip

"Aku nak kau setelkan hutang-hutang kau yang berbaki 15k lagi tu",

Bip bip bip

"Kalau tak, kau tahu kan aku kenal rumah keluarga kau?",

Luke memegang dahinya. Dia tahu dia tak boleh main gila dengan Megat, kalau dia cakap dia akan buat. Nak tak nak dia terpaksa selesaikan juga hutang itu, barulah dia lega dengan keselamatan keluarganya. Serabut. Peluh membasahi dahinya.

Keesokkan paginya, dia keluar jogging. Itulah rutin pagi dan malam. Untuk menjaga stamina dirinya. Dan juga itulah rutin jika dia sedang stress. Jogging dapat membantu dia untuk berfikir dengan tenang.

Sedang dia ber-jogging, tiba-tiba dia tak sengaja terlanggar kereta saga merah yang sedang masuk parking. Dia terkejut. Driver kereta itu keluar lalu memarahinya. Seorang perempuan. Dia memandang ke arah perempuan yang sedang memarahinya itu lalu dia mendapat idea secara tiba-tiba. Dia meminta maaf kepada perempuan itu lalu berlari menuju ke arah motornya. Ada sesuatu yang ingin dia selesaikan terlebih dahulu sebelum bergerak ke operasi.

Dia akhirnya sampai di cafe yang dijanjikan dengan Auliya. Dia melihat Auliya sudah sampai dan sedang menunggunya. Dia menuju ke meja dimana Auliya duduk.

"Thanks for coming", ucap Luke sebaik sahaja duduk. Auliya dihadapanya tersenyum, agak awkward rasanya.

Luke memandang ke sekeliling untuk memastikan tiada Megat atau konco-konconya. Dia risau, bahkan dia juga risaukan keselamatan Auliya. Simple outfit Auliya pada hari itu. Hanya memakai tshirt berwarna putih bersama jeans biru, rambutnya dibiarkan mengurai tapi rambut disebelah kanan diselit di telinga. Comel dan cantik.

"You look so suspicious, Luke",

Luke memandang Auliya dihadapannya. Luke tersengih. Dia mengusap mukanya. Agak nervous rasanya, nak memulakan perbualan.

"So, I thought you taknak menipu dalam soal ni? Apa yang membuatkan you berubah pulak", Tanya Auliya. Sangsi dengan Luke. Baru 2 hari lepas rasanya Luke memarahinya gara-gara dia mengajak Nick untuk menikah. Katanya menipu.

"So you taknaklah kalau I yang ajak you menikah instead of Nick?", Balas Luke.

"No lah, I sangsi dengan you, sebab sebelum ni you tak setuju, menipulah itulah inilah",

"Kalau you taknak, takpe kita batalkan je deal kita", jawab Luke lalu bangun. Auliya mengetap bibirnya. Ego juga mamat ni yer.

"Luke...",

"Luke, I'm sorry okay. I didn't mean it. I tanya sebab I pelik",

"Luke, sit back",

Luke memandang sekeliling lalu duduk.

"I'm sorry, okay?",

Luke memandang Auliya dengan pandangan tajam.
Gadis dihadapannya itu memang seorang yang keras kepala dan juga ego. Outspoken. Pantang ada yang tak kena mesti akan kena. Tapi pada masa yang sama dia sukakan gadis itu. Dan dia ingin berjumpa dengan gadis itu, bukan hanya setakat tentang deal mereka.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now