#37 ISABEL AULIYA BINTI LUKE ISKANDAR

2.4K 54 19
                                    

Distance can't stop what's meant to be.

"... Abang, bangun..". Auliya mengejutkan Luke yang sedang nyenyak tidur. Beberapa kali Auliya menepuk-nepuk bahu Luke, ingin membangunkan Luke. Luke tersedar, dengan mata yang terkebil-kebil. Dia cuba untuk membuka matanya.

"Kenapa ni sayang?." Tanya Luke sambil tangannya meraba jam tangan yang berada di atas drawer di sebelah. Dia mengambil jam itu, lalu dilihat jam berapa sekarang ini. 1 pagi!

Dia menoleh ke arah isterinya.

"Kenapa ni sayang?." Luke bangun dan duduk, menarik tubuh Auliya supaya bersandar ke tubuhnya.

"... Sayang lapar. Nak makan goreng MCD.." Auliya merengek. Sejak mengandung ni, dia asyik terasa lapar sahaja. Tak kira masa. Dan sekarang dia mengidam nak makan ayam McDonald's.

Luke tersenyum memandang isterinya itu. Itulah rutinnya sekarang semenjak Auliya mengandung anak pertama mereka. Dia perlu bersedia, bukan sahaja di kem malah di rumah juga. Nasiblah mengidam ayam McDonald's, kalau Auliya mengidam nak makan ayam penyet macam minggu lepas, mana nak cari tengah-tengah malam macam ni. Sampai Auliya menangis, merajuk dengannya sebab tak dapat makan ayam penyet. Mana nak cari der, dia minta pukul 3 pagi oiii!

"... Jom kita pergi makan ayam McDonald's."

"Yeayyyy...". Auliya menjerit keseronokan sambil mengusap-usap perutnya.

We fall in love with the most unexpected person and at the most unexpected time.

".. abang, sakitttt!." Jerit Auliya sambil memegang tangan Luke.

".. sikit lagi Puan Auliya, dah nampak kepala baby ni." Beritahu Doktor Ain.

"... Abang!!! Sayang takmau dah beranak lepas ni! Abang dengar tak?!!!.", Luke menahan kesakitan setiap kali Auliya mencengkam tangan Luke dengan kuat.

"Abang! Sayang taknak dah beranak lepas ni! Abang dengar tak?!."

"Ya... Ya... Ini last...",

Auliya mencuba untuk teran dengan sebaiknya dan terdengarlah suara tangisan baby. Luke menahan sebak. Lalu mengucup dahi Auliya yang keletihan itu. Dia mengelap peluh-peluh di dahi Auliya.

".. Thank you sayang." Ucap Luke lembut di telinga Auliya. Dalam mamai, Auliya tersenyum. Lega rasanya setelah melalui proses melahirkan yang memenatkan. Dan dia bersyukur kerana anaknya selamat dilahirkan. Nurse meletakkan baby seberat 3kg itu di atas dadanya. Dia mencium ubun-ubun anaknya itu.

"Isabel Auliya binti Luke Iskandar..."

Nama puteri sulung Luke Iskandar dan Iman Auliya. Akhirnya Isabel yang sebenar telah lahir. Secantik mamanya.

Soul don't meet by accident.

"Terima kasih sayang, sebab melahirkan zuriat abang. Terima kasih sebab melahirkan anak-anak abang yang cantik dan handsome ni."

Setiap kali masuk labour room mesti Auliya akan menjerit kata taknak beranak dah tapi, akhirnya lahirlah 5 orang anak mereka. 2 lelaki dan 3 perempuan.

Hebat percaturan Allah. Dari stranger to husband and wife. Alhamdulillah untuk segala nikmat yang diberikan.

I'm forever thankful for that night we met, it was the beginning of us.

- TAMAT -

LUKE UNTUK AULIYA
17 AUGUST 2023

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now