#16 "MAAF PUAN AULIYA, SUAMI ANDA...",

1.1K 44 2
                                    

Auliya mencuba menelefon Luke, jika ada rezekinya Luke bakalan akan mengjawab panggilannya, jika tidak, tidak mengapalah.

Sesuai dengan anggapannya, Luke tidak menjawab panggilannya. Dia selalunya akan call sekali sahaja, kalau Luke tidak menjawab, dia tidak akan call untuk kali keduanya. Kerana dia faham Luke berada di dalam operasi, bukan selalu memegang handphone.

Dia meletakkan handphone itu di atas drawer putih di sebelah katil. Dia mulai landing di atas katil, sambil ingin membaca buku 'AFTER' by Anna Todd tiba-tiba handphone itu berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Dia melihat skrin sambil tersenyum. It's Luke!

Dia langsung menekan 'answer'.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara jantan Luke menyapanya.

"Waalaikumussalam."

"I'm sorry tak sempat nak pick up you call tadi. I baru lepas habis syiff tadi. And I terus pergi mandi." Jelas Luke tanpa diminta.

Auliya tersenyum mendengar penjelasan Luke walaupun tanpa diminta.

"It's okay. I faham you bertugas."

"So, ada apa-apa yang nak di share ke?." Jelas kelihatan wajah kepenatan Luke tapi dia tetap mencuba untuk senyum kepada Auliya.

Auliya bangun dan menuju ke arah beg galasnya. Lalu membuka beg itu dan mengambil sebuah buku. Yes bukunya sudah siap! Dia memegang buku itu lalu berjalan ke arah katil semula. Dia mengangkat buku itu untuk ditunjukkan kepada Luke.

"Taadaaaa!." Tunjuknya kepada Luke sambil tersenyum gembira! Manis sekali. Dengan rambutnya yang hanya di buat bum, berbaju t-shirt putih, simple tapi comel.

Luke mengangkat tangannya lalu bertepuk tangan sambil tersenyum gembira sebagai isyarat dia meraikan kejayaan Auliyaa itu! Gadis itu benar-benar mengejar impiannya sebagai seorang penulis.

Auliya tersenyum melihat respon Luke itu. Sambil menutup mukanya dengan buku kerana malu. Malu yang bahagia.

Alexithymia
(n.) the inability to express your feelings.

Auliya sedang giat membuat promosi untuk bukunya. Sebagai penulis baru, menerbitkan buku sendiri adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan dirinya. Jika sebelum ini dia hanya sekadar menulis di atas talian di blog, akaun wattpadd, kali ini dia directly berinteraksi dengan para pembacanya.

Jika menerbitkan buku, dia memang sudah aktif menjadi seorang penulis di atas talian, yang dikenali sebagai Iman Auliya juga. Menggunakan namanya sendiri sudah cukup, tidak perlu menggunakan nama samaran yang lain.

Dengan bantuan dari para pembaca blog -nya yang sering aktif membaca setiap penulisannya, mereka juga tidak melepaskan peluang membeli buku Auliya. Sebagai koleksi buku. Buku itu juga ditandatangani oleh Auliya, lagilah mereka excited untuk membelinya.

Mereka selalu meninggalkan komen-komen yang positif, tidak kurang juga beberapa orang yang meninggalkan komen tidak menyenangkan. Tapi dia tidak ambil kisah orang yang meninggalkan komen negatif, bagi Auliya yang terpenting adalah para pembacanya yang positif.

Bagi Auliya, terkadang komen-komen yang negatif juga penting. Penting untuk lebih meningkatkan produktiviti hasil kerjanya, penting untuk dia tidak terus dibayangi oleh perasaan syok sendiri. Dengan komen negatif itu, dia boleh meneliti penulisannya dan mungkin boleh memperbaikinya lagi. Tapi kalau teruk sangat komen yang ditinggalkan di ruangan komen blog atau wattpad, dia akan delete sahaja kerana tak ingin memberikan impak yang buruk kepada otaknya.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now