Auliya duduk mengadap laptop. Ada haruman bau kopi di dalam biliknya. Kopi adalah kegemarannya dan bau kopi amat menyenangkannya terutamanya sewaktu dia sedang menulis. Balancing diantara rasa pahit kopi dan manisnya gula, tidak boleh terlalu pahit dan tidak boleh terlalu manis, kena balance. Rasa pahit tu kena ada, dan manis yang ringan rasanya juga harus terasa. Otaknya bertindak balas dengan bau kopi itu dan menjadikan dirinya seorang yang produktive apabila bekarya.
Sedikit lagi penceritaan maka bukunya akan siap sepenuhnya. Dan dia akan terus submit ke pihak penerbitan untuk tindakan selanjutnya.
Menulis adalah hidupnya. Dia terlalu obses dengan penulisan dan buku. Dia berimpian untuk mempunyai bilik library -nya sendiri. Dan menempatkan buku-buku kesayangannya.
Buku adalah jiwanya. Dengan membaca, dia mengetahui banyak hal. Dia tidak suka membeli koleksi novel cinta tapi dia menulis tentang cinta! Silly! Cinta tak semestinya diantara seorang lelaki dan wanita je kan, tapi cinta kepada keluarga juga adalah cinta. Jadi, kalau dia menulis tentang cinta, tak semestinya adalah cinta diantara lelaki dan wanita. Cinta yang dia maksudkan adalah diantara keluarga, cinta diantara mak ayah dan anak-anak. Besar maksudnya cinta ini. Sepertimana buku yang sedang dia tulis ini, ianya lebih kepada cinta kepada keluarga.
Dan sebut tentang impian, salah satu impiannya juga adalah ingin menjejakkan kaki ke Edinburgh. Ya tempat shooting certain place dalam Harry Potter! Siapa je yang tak tahu tentang Harry Potter kan, movie kegemarannya. City of Edinburgh, Scotland. Dalam banyak-banyak tempat atau negara yang dia nak travel, dia paling nak pergi ke Edinburgh ni. Maybe kerana view atau the vibes. Entah, tapi teringin sangat. On fine day, in shaa Allah.
"alexithymia"
(n.) the inability to express your feelings.Bagi Auliya, dia suka menulis kerana dia terasa bebannya akan berkurang. Reducing her stress. Dan dengan menulis juga, dia melepaskan segala yang terpendam. Dan mungkin penulisannya bakal membantu dirinya jika dirinya hilang ingatan suatu hari nanti. Hahahaha gila pemikirannya. Dia tetap akan bawa sesuatu untuk ditulis. Dia tak perlukan hadiah yang mahal, cukup hadiahkan dia buku dan pen. Dia orang yang sederhana, benda simple pon dah cukup buat dia bahagia.
Jangan pernah mencari pasal dengan seorang penulis, silap hari bulan nanti watak itu mungkin akan ditulis didalam bukunya! Hahaha.
"I'm a writer. Anything you say or do may be used in a story."
![](https://img.wattpad.com/cover/348570553-288-k26290.jpg)
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
RomanceLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...