Hari ini hari isnin. Dia sengaja mengambil cuti kerana ingin menyiapkan last part bukunya. Pagi ini dia ke kelas seperti biasa, tapi dengan extra happy! Memakai baju kurung bewarna navy blue. Rambutnya dibiarkan mengurai. Di tangannya ada 2 buah buku bahasa. Tak mudah untuk menjadi seorang penulis. Tidak boleh sembarangan menulis je, kena buat research juga agar tiada kesalahan bahasa dan tatabahasa.
Kelas Madam Liana, one of her favourite lecturer. Wanita dalam lingkungan 50an itu sangatlah keibuan. Lembut dalam kata-kata. Tegas tapi tak pernah berkata kasar walaupun pelajarnya membuat kesilapan. Manusia tak lari dari membuat kesilapan, kan?
Bagi Madam Liana, biarlah pelajarnya membuat kesilapan, kerana baginya tak salah jika membuat kesilapan. Dari kesilapan, kita akan selalu belajar memperbaikinya. Belajar dari kesilapan untuk tidak mengulanginya lagi.
Just Eunoia,
(n.) Beautiful thinking, a well mind.Love that words.
"Macam mana dengan buku yang you sedang tulis tu? Dah siap sepenuhnya?." Tanya Madam Liana dengan lembut, seusai kelas mereka. Seperti biasa, Auliya akan menjadi pelajar yang terakhir yang akan keluar dari kelas itu. Ingin mengemas satu persatu buku dan make sure tak tertinggal satu pon. Sebab dia malas nak berpatah balik.
Auliya menggalas begnya.
"Sedikit lagi saya nak siapkan, lepas tu saya boleh submit ke pihak penerbitan." jawab Auliya tersenyum.
"Nanti dah siap, inform I. I boleh tolong you untuk submit buku tu. Secara kebetulan, kawan I ada yang bekerja dengan pihak penerbitan tu."
"Serius ke Madam?!."
Madam Liana mengangguk sambil tersenyum.
"I tak ralat untuk bantu you capai cita-cita you. I sanggup tolong you. Sebab I tahu you ada bakat menulis tu dan mempunyai minat yang mendalam. Jika ada minat dan kesungguhan, you pasti berjaya satu hari nanti. Ini I doakan untuk you directly tau."
"Plus, I honestly I suka dengan cara penulisan you tu. Ada ilmu. Bukan setakat main tulis sahaja."
Auliya jadi terharu mendengarkan kata-kata Madam Liana tu. She's the best!
"Thank you Madam! Saya terharu sangat Madam sanggup tolong saya. Saya akan siapkan secepat yang mungkin buku saya tu." Bersemangat sekali Auliya berkata-kata. Madam Liana di hadapannya tersenyum gembira. Sedikit pertolongan pon dah buatkan pelajar dia yang seorang ni bahagia, dia pon turut gembira. Dia sentiasa mendoakan agar semua pelajarnya berjaya suatu hari nanti.
Tak sabar dia nak balik dan menceritakannya kepada Luke. Dia berjaya sambil tersenyum bahagia. Terlalu bahagia!
Even the darkest night will end and the sun will rise.
The hope!Sampainya Auliya di rumah sewa, dia terus meletakkan beg galasnya di dalam bilik. Dia mencapai tualanya, lalu dibuka satu persatu pakaiannya. Dia ingin membersihkan badan, membasuh rambutnya dan seterusnya dia ingin menyiapkan penulisannya itu.
Sebelum dia mula menulis, dia ingin membalas 'surat cinta' dari Luke semalam. Tak sempat nak membalasnya kerana dia tiba-tiba sakit kepala yang amat sangat.
"Dear Luke, before I start menulis the last part of my book, I nak share something dengan you. Lecturer I nak tolong I submit buku I ke pihak penerbitan, sebab dia ada kawan yang bekerja as editor. I lega sebab one of my dreams will come true! So sekejab lagi I akan siapkan buku I, plus I saja ambil cuti hari ini.
I tak sabar nak balik sebab nak share dengan you benda ni. You doakan I tau.
Pendek sahaja kali ni I balas 'surat' you ni sebab I nak pulun siapkan secepat yang mungkin. Sementara I tengah bersemangat!
Take care, sebelum makan hidu dulu bau makanan tu tau, nanti food poisoning lagi. Bye."
"You're not sleep yet?!." Tanya Luke.
"Nope. Why?."
Tiba-tiba handphone Auliya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia mengambil handphone dan melihat siapakah gerangan si pemanggil.
"Luke!."
Panggilan video call daripada Luke! Dia terus menekan 'answer'.
Luke sedang tersenyum ke arahnya. Sambil membetul air pod di telinga kanannya.
"Hai." Sapa Auliya mesra sambil tersenyum manis.
"Hai. I'm sorry if I'm disturbing you."
"Taklah." Jawab Auliya sambil menyandarkan handphone di laptop.
"Still not finish yet the end of your book?." Auliya hanya menggelengkan kepalanya sambil menekup mulutnya. Dia merasakan dia terlalu slow untuk menyiapkan episod terakhir bukunya itu.
"I kan inspirasi you, you boleh tengok renung muka I mana tahu tiba-tiba siap." Galak Luke mengusik Auliya. Auliya memandang sambil menjelirkan lidahnya.
"Kenapa you tak tidur lagi?."
"I nak ucapkan tahniah. Dan I nak jadi orang pertama yang ucapkan kepada you. Semoga buku you nanti akan menjadi laris persis goreng pisang." Usik Luke.
Auliya tergelak besar mendengar kata-kata Luke itu.
"I betul-betul doakan, doa seorang suami kan mujarab."
Suami, yes Luke suaminya. Dia merasakan sedikit rindu kepada jejaka itu.
Pipi Auliya merah kerana malu. Blushing. Luke merenung Auliya. Dia pon sebenarnya merindui gadis itu. Dapat memeluk sekejab pon jadilah.
"Sometimes your heart can be closest to what you are farthest from." - Kavya Dixit
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
RomanceLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...