#35 JOM BALIK, ABANG

1.4K 44 0
                                    

Iman Auliya sudah membuat keputusannya. Seperti kata ibunya, kalau ibunya pun sudah move on dari kegagalan dan patah hati, kenapa dia nak terus-menerus hidup didalam trauma. Dan dia tidak patut samakan Luke dengan sesiapa termasuklah ayahnya, Luke bukan didalam golongan lelaki yang sebegitu, he's nice and he's my husband! Husband for life.

Iman Auliya tidak mahu kehilangan Luke Iskandar.

Pagi itu dia ke kampus, pengajiannya sudah sampai ke penghujung. Hanya beberapa minggu sahaja yang tinggal, kemudian dia akan secara rasminya tamat belajar. Dan hanya akan menunggu untuk graduation.

Iman Auliya memandu menuju ke arah Kem Subang. Dia tahu Luke Iskandar pasti ada di sana. Perasaannya gementar, dia tak tahu samaada Luke mahu berjumpa dengannya atau pun tidak. Tapi dia tak kisah, itu tak penting, yang penting sekarang ni adalah dia perlu berjumpa dengan Luke. Jika Luke tidak mahu berjumpa dengannya, dia akan paksa juga. Dia tak kira. Dia taknak ego mengusai dirinya.

Dia dah sampai di hadapan pintu masuk ke Kem Subang itu. Setelah mendaftarkan diri di SKN 211 HANDAU, dia masuk ke perkarangan parking dan park kereta disitu. Nasib baiklah dia pernah datang beberapa kali ke sini bersama dengan Luke, jadi tempat ini tidak asing baginya.

"Luke, ada orang nak jumpa. Dia tunggu kat luar balai pegawal". Beritahu Aiman.

"Siapa?".

"Entah." Jawab Aiman sambil menjongket bahunya.

Luke berdiri dan berjalan ke pintu keluar. Dia menuju ke balai pengawal. Terlihat dari jauh seorang perempuan sedang menunggunya. Iman Auliya!

Luke Iskandar melangkah dengan lebih pantas, kerana ingin melihat wajah yang selalu dirinduinya itu.

Auliya pantas berpaling apabila mendengar bunyi tapak kasut boot yang sedang berjalan itu. Auliya tersenyum. Luke berhenti dihadapan Auliya. Auliya menapak mara mendekati Luke lalu mencapai tangan Luke untuk bersalam. Rutin yang dirinduinya.

"Hai". Tegur Luke dengan lembut. Rindu suara deep voice itu. Auliya tersenyum. Kekok rasanya. Baru sahaja dia berkata tidak mahu melihat Luke lagi tapi akhirnya dia yang mencari. Tangannya masih menggengam tangan Luke, erat.

"Erm I'm sorry for disturbing you."

"It's okay", jawab Luke sambil menatap wajah Auliya. Auliya di hadapannya. Tak lepas pandangan Luke dari menatap wajah Auliya.

"Erm... I straight to the point. Well, erm.. I minta maaf untuk kata-kata I tempoh hari. I cuma risau. I dah taknak rasa kerisauan yang seperti itu lagi, I takut. I takut kalau orang yang you berhutang tu akan buat apa-apa dekat ibu dan.....",

"... Dia dah tak boleh buat apa-apa dekat ibu atau you..".

"You yakin?." Luke mengangguk kepalanya.

"Dia dah meninggal 2 hari lepas. Accident sebab mabuk."

"Innalillah..". Tidak disangka-sangka itulah pengakhiran hidup lelaki itu.

Auliya kembali menatap wajah Luke. Masih memegang tangan Luke, dengan lebih erat.

"Tapi I tak nak kehilangan you juga, Luke! Banyak benda yang I nak buat berdua dengan you. I nak explore dunia ni dengan you. I nak buat benda-benda bodoh dengan you. I nak tunggu you balik kerja. I nak tengok you keluar berlari dan I nak jadi orang yang akan you berlari pulang."

"I nak you tetap jadi inspirasi I dalam penulisan."

"Yang penting, I nak habiskan sisa-sisa seumur hidup I dengan you, Luke Iskandar." Mata Auliya mulai berair.

Luke dihadapannya tersenyum. Satu kucupan singgah di dahi Auliya. Auliya mengangkat wajahnya, dan menatap wajah Luke yang sedang tersenyum itu. Dia rindukan lesung pipit itu!

Luke Iskandar tidak marah, merajuk pun tidak, dia lega Auliya datang mencarinya. Dia bukanlah lelaki ego, dia diam kerana ingin memberi masa kepada Auliya. Jika dia menuruti kemahuan Auliya tempoh hari untuk stick kepada plan asal mereka iaitu bercerai, pasti dia akan menyesal. Lelaki adalah pemimpin dan dia sebagai pemimpin Auliya perlulah menyelesaikan masalah ini dengan berakal.

"Erm.. well you nak diam macam ni je ke sampai esok?".

"Kalau boleh menatap wajah sayang dan mendengar suara sayang, abang sanggup diam sampai bila-bila." Usik Luke.

"Erm.. so you dah maafkan I?." Tanya Auliya sambil membuat muka sedih. Geram Luke!

"Erm... Let me think about it." Usik Luke lagi sambil memegang dagunya.

"I boleh maafkan you tapi dengan syarat?."

"Erm syarat apa?."

"Erm.... Panggil abang." Ringkas sahaja permintaan Luke Iskandar. Auliya tunduk malu. Abang? Tak susah nak sebut cuma dia malu.

Luke menunduk, merapatkan wajahnya dekat dengan wajah Auliya. Hidung bertemu hidung. Dia seronok mengusik sampai isterinya malu-malu begitu. Dia memeluk tubuh rendah isterinya. Rindu seakan nak gila rasanya.

"Erm.. nanti errrr.. aa...bang balik pukul berapa?." Sengaja 'abang' tu diperlahankan sebab malu!

"Hah apa?.. abang tak dengar."

Auliya mencebik. Mengada! Lalu satu cubitan singgah di lengan kiri Luke. Padan muka!

Pecah ketawa Luke ketika itu. Isterinya masih malu-malu dengannya.

"Abang balik malam ni. Sebab abang dah kembali bertugas dah sekarang." Jawab Luke. Tangannya masih memeluk tubuh isterinya.

"Balik awal tau.. nanti kita erm.. proceed Isabel dan Noah.", membulat mata Luke mendengar kata-kata Auliya. Proceed Isabel dan Noah?! Terasa ingin pulang terus ketika itu tapi sayangnya dia masih sedang bertugas! Takpa Luke, malam ni!

Luke memeluk Auliya dengan erat. Auliya membalas pelukan Luke itu dengan erat juga. Dia akui dia rindukan Luke. Andaikata dia mengikuti kata egonya, pasti mereka takkan bersatu pada hari ini. Benar kata ibu, dendam itu hanya membuatkan seseorang itu tidak akan merasa bahagia.

You are a product of your past, but you can choose not to be a prisoner of it. Let go, live free.

Luke pulang dengan hati yang sangat senang. Rumah yang menciptakan pelbagai kenangan yang manis diantara dia dan Auliya. Dia menutup pintu grill. Kelihatannya lampu sudah tertutup, cuma lampu di dalam bilik air sahaja yang terbuka. Suasananya malap, tetapi terdapat haruman wangi di dalam rumahnya. Dan tiba-tiba pintu bilik Auliya terkuak, muncul Auliya dengan sedikit seksi! Terbeliak mata Luke memandang Auliya yang memakai lingerie berwarna merah itu. Terjatuh bag galas yang dipegangnya.

Auliya tersenyum melihatkan tindakbalas Luke itu.

"Abang...". Lembut Auliya memanggil.

"Astaghfirullahalazim...",

Luke telan air liur. Terasa ketar lutut Luke. Sepanjang mereka bersama, itulah kali pertama Auliya berpakaian seperti itu. Seksi yang memukau!

"Isabel dan Noah sedang menunggu....".

Tak cakap banyak, Luke terus menapak menuju ke arah Auliya, dia menarik tubuh Auliya dan terus mengangkat tubuh itu dan pintu di tutup dengan rapat!

My husband is my best friend, my greatest support, my biggest comfort, my strongest motivation, my deepest love, my favourite, my forever. He has me. Entirely.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now