Staying at home
(v.) A punishment in childhood but a blessing in adulthood.Hari itu Auliya tidak ke mana-mana. Kelas dibatalkan. Dia juga mengambil cuti dari bos cafe dia bekerja. Dia mahu duduk di rumah sahaja. Sekejab lagi Luke akan dijemput Tuan Bakti untuk ke kem.
Sekarang ini Luke sudah mampu berjalan dengan hanya memakai tongkat biasa, tidak perlu memakai wheelchair atau tongkat ketiak lagi. Dan itu juga membahagiakan Auliya. Seperti biasa Tuan Bakti akan menolak setiap pelawaan Auliya untuk membawa Luke ke kem dengan alasan ingin Auliya berehat-rehat.
Ya, itulah Tuan Bakti. Walaupun nampak garang tapi dia seorang ayah yang bertanggungjawab. Dia juga senang begitu kerana dia ingin memberikan masa kepada Luke dan ayahnya untuk berdamai.
Hari itu dia memutuskan untuk masak. Selalunya selepas Tuan Bakti menghantar Luke pulang, pasti dia tiada di rumah. Hari itu dia ingin menjemput ayah mertuanya untuk makan bersama mereka. Sudah lama rasanya dia tidak masak. Dia teringatkan Luke pernah berkata dia ingin Auliya masakkan dia lauk persis ibunya masak.
Jadi sebenarnya semalam semasa dia di SACC Mall, dia sudah singgah pasaraya Giant yang terletak di bahagian bawah mall itu. Dia singgah untuk membeli bahan-bahan untuk dimasak hari ini. Dia memulakan langkah untuk memasak.
Auliya bercadang ingin menjamu Luke dengan lauk labu masak lemak, ayam goreng berempah, sambal tumbuk dan ulam.
Be present
(v.) Sometimes you just need to relax, breath, let everything behind and live in the moment.Seusai dia masak, Auliya kemudiannya membersihkan badannya. Badannya melekit-lekit akibat 'bersilat' di dapur. Berpeluh bermain dengan api. Dia mengenakan t-shirt hitam dan berseluar jeans, manakala rambutnya disanggul menggunakan chopstick, anak rambut depannya dibiarkan berjuntai. Seterusnya dia spray sedikit perfume.
Dia berpusing-pusing dihadapan cermin tinggi biliknya itu. Simple tapi comel, puji dirinya sendiri. Kalau dia yang tak puji, siapa lagi yang nak puji, kan! Dia tersengih.
Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Mungkin sekejab lagi Luke dan Tuan Bakti akan sampai. Dia mengemas ruang tamu yang berselerakan dengan barang-barang Luke. Dia mengambil tuala Luke lalu menggantungnya di penyidai di balkoni rumahnya itu. Sepanjang Luke berada di rumahnya, memang Luke yang membasuh bajunya sendiri. Tapi kali ini, dia tolong Luke membasuh baju Luke, kerana Luke juga tidak lokek untuk membantunya ketika dia tiada di rumah.
Bunyi ketukan di pintu mengejutkan Auliya yang sedang berada di sofa. Dia bangun lalu berjalan menuju ke pintu masuk rumah. Dan membuka lock. Auliya lantas membuka pintu rumahnya sambil tersenyum dan kelihatannya hanya Luke sahaja yang ada.
"Ayah mana?." Tanya Auliya pelik.
"Oh ayah ada urusan dengan kawan dia. Dia tak sempat nak naik. Dia kirim salam." Jawab Luke sambil membuka kasutnya dan meletakkan di atas rak. Auliya kemudiannya terus mengunci grill rumah dan menutup pintu.
Luke berdiri di hadapan sofa sambil memandang ke arah barang-barangnya yang sudah kemas tersusun tu.
"I'm sorry sebab tak sempat nak kemas barang-barang I tadi." serba salah dibuatnya kerana Auliya terpaksa mengemas barang-barangnya. Hidungnya menangkap aroma yang sedap ketika itu.
"It's okay. I ada kat rumah, so I tolong kemaskan. Baju you I dah basuhkan. Tunggu siap je." jawab Auliya sambil menyusun pinggan di atas meja.
Luke memusingkan badannya ke arah Auliya di meja makan. Auliya sedang menyusun pinggan dan mencedok lauk dari periuk lalu diletakkan di atas meja makan itu.
"Well, hari ni I extra rajin. So I masakkan untuk kita makan sama-sama." Kata Auliya sambil tersenyum. Luke memandang wajah Auliya yang sedang tersenyum ke arahnya.
"I nak basuh muka dulu." beritahu Luke lalu berjalan ke arah tempat gantung tuala dan seterusnya menuju ke bilik air.
Mereka duduk di meja makan. Auliya mencedok nasi ke dalam pinggan Luke. Dan juga ke dalam pinggannya. Nervous rasanya apakah respon Luke terhadap masakannya itu. Ini kali pertama Auliya memasak terutamanya untuk Luke.
"Rupanya you pandai masak." Puji Luke ringkas. Auliya tersenyum mendengarkan pujian Luke.
"Thanks ."
"Thanks juga tolong masakkan." Auliya tersenyum mendengar.
"Kaki you macam mana?."
"Doktor cakap lagi beberapa minggu akan sembuh, tapi tak sepenuhnya. Cuma bahagian dalamnya dah beransur membaik."
Auliya mengangguk perlahan. Nasib Luke memang baik, tidak terlalu teruk. Bukanlah tak teruk, tapi bukanlah keadaan yang tersangatlah teruk sampai Luke tidak dapat meneruskan kerjayanya kelak.
"Nanti you dapatlah ber-jogging balik, kan."
Luke tersenyum mendengarnya. Itulah yang dia nantikan, dapat ber-jogging balik. Namun dia harus sabar sehingga saat itu.
Luke mengambil sambal tumbuk. Dia kepedasan. Sangkakan Auliya, Luke makan yang pedas-pedas rupanya salah tanggapannya. Dia kemudiannya bangun mengambil tisu, lalu berdiri di hadapan Luke. Kemerahan muka Luke ketika itu. Dia mengelap perlahan peluh di dahi Luke sambil tersenyum sinis. Tak sangka Luke tak tahan pedas. Walaupun salahnya tapi tetap sahaja dia ingin ketawa kerana melihatkan wajah Luke yang berona merah itu.
Luke mengerling Auliya seketika. Lalu dia mengambil gelas yang berisi air orange lalu disuakan ke mulutnya. Dia menggigit ais untuk menghilangkan rasa pedas itu.
"You pon berpeluh tu." Tegur Luke.
Auliya tersenyum. "Nope, ini bukan peluh, this is glow." Usik Auliya sambil tersenyum. Manis. Terpesona seketika Luke melihatnya.
Quiet the ego, soften the heart, open the mind. Be kind.
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
RomanceLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...