#28 BYE AIRA SOFEA

952 40 0
                                    

Auliya dan Luke sudah berada di KLIA. Dengan rasminya Aira Sofea akan fly ke Edinburgh pada hari itu. Auliya sengaja mengajak Luke kerana atas permintaan si Aira. Aira nak tengok siapakah si jejaka yang berjaya tackle hati Auliya.

Dari jauh, Aira sudah melambaikan tangannya ke arah Auliya dan Luke.

Auliya dan Aira berpelukan seketika, dengan erat.

"Wow boleh tahan handsome juga suami kau ni ye." Bisik Aira di telinga Auliya. Auliya mencubit lengan Aira. Siap kau, Auliya, nanti aku bawak balik mamat scotland baru kau tahu! Heh.

"Nanti kau dah sampai kat sana, kau jangan lupakan aku pula tau. Yelah mentang-mentanglah kau kawan dengan mat saleh, kau lupakan aku pula." Pesan Auliya.

"Tak. Mat saleh tak reti buat sambal tumbuk macam yang kau buat tu." Aira mencuba untuk menahan tangisannya.

"Bawak balik sorang mamat Scotland tau."

"EHEM!." Luke berdehem selepas mendengar kata-kata gurauan Auliya itu. Keras bunyinya. Auliya dan Aira memandang wajah Luke yang agak serius itu, lalu keduanya tergelak. Luke membuat muka yang selamba. Dengan spontan dia berdehem bila mendengar kata-kata Auliya itu. Terasa sedikit cemburu.

Dalam gurauan, terlihat wajah kesedihan Auliya dan Aira. Kini mereka akan terpisah beribu batu jauhnya. Sesekali Luke melihat Auliya mengelap air matanya.

"Nanti aku kumpul duit banyak-banyak, nanti aku transfer kat kau, kau datang sana, okay." Auliya tergelak lalu mengangguk.

"Janji?." Auliya menghulurkan anak jarinya.

"Pinky promise!." Luke tergelak melihatkan dua wanita itu. Childish! Aira kemudiannya memusingkan badannya dan memandang Luke.

"Luke. Eh betul ke namanya ni? Betullah kan. Tolong jaga kawan aku ni baik-baik tau. Kalau kau buat dia, siap kau, aku kejar kau dengan penyapu lidi!." Luke mengangguk dengan senyuman. Aira kemudiannya kembali memusingkan badannya ke arah Auliya. Memandang dengan lebih lama temannya itu. Belum pergi lagi dah terasa kerinduan itu.

"Jaga diri kau baik-baik, tahu. Makan dengan teratur. Tidur yang cukup. Jangan stay lewat malam sangat, tahulah dah jadi penulis tapi kesihatan come first, faham?."Auliya tersenyum mendengarkan pesanan-pesanan Aira. Macam mak-mak dah gayanya.

"I will be fine, okay? It's you that I'm worried about. Dahlah jauh, susah kalau aku nak pergi melawat." Auliya mencebik.

"Alah nanti aku baliklah. Aku bawak balik sekali mamat scotland sorang, mana tahu kan jodoh aku orang sana." Jawab Aira lalu tergelak kecil.

"Gatal!." Mereka ketawa.

"Selamat jalan, Aira. Aku harap kau akan temui bahagia di sana. Jangan lupakan aku, tau." Mereka berpelukan untuk kali terakhir.

Lambaian Aira menghilang dengan perlahan-lahan.

Once you decide, you want a good life, the universe will start moving things for you to have it. The people you need will happen, the doors you need open will unblock but not until you decide. Once you truly, sincerely decide, miracles will happen.

Well, Aira Sofea dah buat keputusan untuk dirinya sendiri tanpa ada campur tangan dari sesiapa. Walaupun terbang jauh nun di bumi Edinburgh, tapi dia yakin Aira Sofea sudah berfikir dengan matang. Dan membuat keputusan dengan sebaik mungkin. Tak mudah untuk membuat keputusan yang besar sebegini, lebih lagi jauh dari keluarga tercinta. Namun kadang-kadang demi hati yang tenang, manusia jadi terpaksa membuat keputusan yang drastik, seperti dirinya ketika membuat keputusan untuk menikahi Luke. Auliya tetap menyokong walau apa pun keputusan yang Aira Sofea buat untuk hidup dia, asalkan keputusan itu tidak membawa kemudaratan kepada Aira Sofea.

"Dia kawan uni you ke?." Tanya Luke, memecahkan kesunyian di dalam kereta ketika di dalam perjalanan pulang dari KLIA.

"Eh tak. Dia jiran I, sebelum dia dan keluarga dia pindah balik Johor."

"Dia diantara kawan yang close. Kawan I tak ramai, boleh dikira dengan jari je." sambung Auliya lagi.

"Cuba you kira sekarang." Usik Luke. Auliya mencubit lengan Luke dengan penuh geram.

Luke mengaduh kesakitan.

"Itu I baru cubit, belum I gigit lagi tau."

"Ketam!."

Auliya menjelirkan lidahnya lalu tersenyum. Luke mengambil tangan Auliya yang berada di atas peha Auliya lalu digenggam erat.

Auliya memandang Luke. Luke memandang Auliya kembali.

"What? I pegang sebab I taknak you cubit I lagi. Sakit!." Beritahu Luke. Padahal dia memang saja nak pegang tangan Auliya tapi biasalah, saja taknak mengaku. Ceh!

Auliya mencebik. Tapi dia tetap suka bila tangannya digenggam erat oleh Luke. Dia tersengih seorang diri sambil merenung di luar tingkap.

Bahkan sepertinya dia dan Luke bagaikan terlupa tentang 'kahwin kontrak' yang mereka rancang sebelum itu.

We both drowned under the waves of words we weren't saying.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now