Tiba sudah waktunya untuk berkenalan dengan keluarga masing-masing. Nervous? Of course nervous nak mampus. Dia tak pernah pergi ke rumah mana-mana lelaki untuk berkenalan dengan keluarga lelaki itu. Tetapi dengan Luke? Dia mandrem aku ke? Monolog Auliya semasa sedang bersiap-siap.
Luke simple mengenakan outfit jeans dan juga t-shirt hitam. Merapikan rambutnya. Memakai jam tangan hitam disebelah kiri.
"Ehem", Nick berdehem di pintu bilik. Tersenyum melihat Luke sedang berdandan kemas. Luke tersenyum hambar. Gementar. Dia pon tak tahu apa yang dia sedang buat. Terasa bagaikan bukan dirinya sahaja.
"Kau sure ke dengan plan kau ni?", Nick bertanya, risau dengan keputusan yang dibuat oleh Luke dan juga Auliya.
Luke mengangguk laju dengan kerutan di dahinya.
"Aku bukan apa, she was my best friend. Kau pon sama. Aku taknak kau mainkan dia atau dia mainkan kau walaupun aku tahu Auliya bukanlah perempuan yang macam tu. And keputusan ni just untuk medication dia atau ada perkara lain juga?", Soal Nick serius.
Luke berhenti menyikat rambut pendeknya. Lalu memandang Nick di sebelahnya.
"I just wanted to help her. Nothing more. Lagi pula kami dua-dua single, baik aku je yang tolong dia daripada kau kan", usik Luke tersengih.
"Bro, aku harap kau boleh jaga dia elok-elok. Dia perempuan baik and aku taknak dia terluka", pesan Nick sambil menepuk bahu Luke. Luke mengangguk tanda memahaminya.
Mereka bergerak menaiki kereta Auliya menuju ke rumah ibu Auliya terlebih dahulu. Nasiblah rumah ibu Auliya dan rumah keluarga Luke tidak terlalu jauh, kalau nak pergi balik hari pon boleh.
Setibanya di rumah Puan Khadijah iaitu ibu Auliya, as expected ibu Auliya masak masakan kesukaannya iaitu gulai lemak labu, ikan goreng, sambal belacan dan juga ayam belado. Gembira Auliya bila dapat makan masakan air tangan ibunya. Ibu Auliya gembira apabila Auliya memberitahunya bahawa dia akan pulang ke rumah dan membawa teman yang istimewa. Tak disangka selama ini Auliya merahsiakannya. Namun naluri seorang ibu, dia tetap merasakan kesangsian. Anaknya itu adalah anak yang paling tak suka bila bercakap tentang cinta, bahkah bila orang tanya pasal boyfriend pon dia malas nak melayan dan tiba-tiba bawak balik teman istimewa? Tapi ibunya tetap bersangka baik, mungkin anaknya sudah berjumpa dengan yang betul-betul boleh menerima dirinya, tak salah kan?
Dihadapannya tercegat susuk tubuh seorang lelaki. Tegap badannya, rambutnya kemas, pemakaiannya juga kemas. Simple tapi kemas. Tak dinafikan lelaki itu mempunya aura yang terisitimewa, dengan kulit sawo matang, berlesung pipit, kumis yang sedikit, mungkin ini diantara sebab anaknya terpikat.
"Ibu, ini kawan yang Auli cakapkan tu",
Luke menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Saya Luke Iskandar",
"Makcik ibunya Auliya", jawab Puan Khadijah sambil tersenyum manis. Berkenan dengan pemuda itu. Semoga inilah jodoh anaknya itu.
"Duduklah",
"Jom kita terus ke dapur. Ibu ada masakkan lauk yang Auli suka", ramah ibu Auliya berkata.
Auliya tersenyum gembira mendengarkan kata-kata ibunya sambil memeluk pergelangan tangan ibunya.
"Thanks ibu", ucapnya lembut lalu mencium pipi ibunya.
Luke tersenyum melihat keakraban ibu dan anak itu, tak disangka Auliya ni manja juga orangnya walaupun luarannya dia kelihatan keras kepala orangnya. Dek keran kerasnya hidup barangkali.
![](https://img.wattpad.com/cover/348570553-288-k26290.jpg)
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
RomanceLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...