#8 PERPISAHAN SEMENTARA LUKE DAN AULIYA

1.2K 48 3
                                    

Kring! Kring! Kring!!

Bunyi jam loceng di atas drawer putih di sebelah katil mengejutkan Auliya yang sedang nyenyak tidur. Dengan mata yang masih tertutup, dia meraba-raba jam loceng itu, dan dia segera mematikan bunyi jam itu. Dia melihat jam menunjukkan sudah pukul 5 pagi. Dia meletakkan balik jam loceng di atas drawer putih itu. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Menguap beberapa kali. Dia terkejut apabila melihat Luke masuk ke dalam biliknya dengan memakai lengkap pakaian sukan.

"You keluar ke?", Tanya Auliya pelik.

Luke mengangguk namun tidak memandang ke arah Auliya. Sesekali dia menoleh Auliya yang ketika itu masih berada didalam selimut, di atas katil. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian semalam diantara dia dan Auliya. Malam yang penuh dengan kelembutan. Kemanjaan Auliya pada malam itu sangat-sangat membuatkan Luke tidak dapat mengawal dirinya.

Namun pagi ini dia bangun dalam keadaan yang tiba-tiba fikirannya berserabut. Banyak hal yang dia fikirkan secara tiba-tiba. Dan dia tidak boleh tidur, jadi dia keluar jogging. Itulah rutin Luke jika sedang berada didalam keadaan stress.

Auliya memandang Luke. Mengharapkan penjelasan.

"I keluar jogging. I tak boleh nak tidur", jawab Luke pendek sambil tangannya membuka jam tangan lalu meletakkan jam itu di atas meja solek. Sesekali dia mengerling Auliya dari sisi cermin meja solek itu.

"So, you antara golongan itulah. Yang pretending like nothing happens", sinis kata-kata Auliya sambil tangannya mencapai tuala di atas lantai lalu menutupi badannya. Dia kembali berbaring di dalam comforter pink. Mengumpul kekuatan sebelum bangun mandi.

Kecewa dengan respon Luke. Semalam dia lain dan pagi ini dia lain pula. Seolah-olah kejadian semalam langsung tak memberikan apa-apa makna kepada Luke. Dan dia bodoh ke kerana membiarkan dirinya mudah terbuai oleh Luke. Tapi dia tak dapat mengawal perasaannya. Belum pernah dia merasakan perasaan ini dengan sesiapa kecuali Luke. Tapi respon Luke sangat mengecewakan pagi ini. Instead of Luke memeluknya diatas katil, dia bahkan keluar jogging! Malu, kecewa dan marah semuanya ada.

Luke menyedari perubahan Auliya yang sinis itu.

"I tak tahu apa yang you nak, I keluar jogging sebab I tak boleh nak tidur. I nak kena balik kem pagi ni untuk report duty sebelum operasi." balas Luke.

Auliya bangun dari katil. Mencapai t-shirt putih yang tergantung di hanger lalu dia memakainya.

"Yes commander." balas Auliya menyindir perlahan. Dia suka menggunakan perkataan commander itu walaupun sebenarnya dia tidak pernah tahu apakah pangkat Luke. Dia penat. Penat dengan overtime semalam, penat buat assignment. Dia malas nak bergaduh dengan Luke.

Luke memandang Auliya yang berjalan ke arah pintu bilik. Dia berserabut dengan Megat yang pagi-pagi sudah whatsapp memperingatkan akan hal hutang itu. Dia tak lupa dan takkan lupa akan hal itu.

"Dear Auliya, I can be myself when I'm being around you. I don't have to pretending, being not myself. I'm comfy when I'm around you. You make me smile, walaupun kadang-kadang you're just annoying me. Just to know that, I'm so happy with you that night",

Luke menutup buku catatannya itu. Lalu dia masukkan ke dalam beg galasnya. Itulah buku catatan yang sentiasa dia bawak dan tulis. Apa yang terjadi, apa yang dia rasakan, semua tertulis didalam itu. Kerana dia risau suatu hari nanti dia mungkin akan kehilangan ingatan. Silly.

Ketika Auliya memasuki ruang kamarnya, kelihatannya Luke sudah tiada didalam. Barangkali sudah menunggunya di ruang tamu. Dia bersiap secepat yang mungkin, selepas dia menghantar Luke ke kem, dia nak ke kampus pula untuk menghantar assignment. Seterusnya pukul 3 nanti dia ada kelas. Subjek kreatif.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now