#27 IMAN AULIYA, I LOVE YOU!

1K 41 0
                                    

Discipline
(n.) Choosing between what you want now and what you want most, the choice is yours.

Auliya terasa kepalanya pening. Non-stop ke sana ke sini minggu ini, dengan aktiviti mempromosikan buku, kelas dan kerja malam. Dia berehat seketika di kerusi cafe itu.

Gejala hipoglisemia. Hipoglisemia, atau kandungan gula rendah dalam darah, adalah kejadian yang kerap berlaku pada pesakit diabetes tetapi mungkin juga berlaku pada orang lain kerana ketidakseimbangan regulasi gula dalam darah. Gejala-gejala hipoglisemia ringan atau sederhana contohnya, menggigil, pening, berpeluh atau rasa cemas, pertolongan kecemasan untuk keadaan ini kebiasaannya dilakukan sendiri oleh pesakit tetapi sering juga diberikan oleh ahli keluarga atau rakan-rakan, dan tablet glukosa berbanding dengan gula dalam makanan seperti jus, gula-gula atau buah-buahan kering telah menunjukkan hasil yang lebih baik untuk resolusi gejala (kembali seperti biasa). Glukosa boleh diberikan secara oral (ditelan), tetapi juga boleh dikemam di dalam mulut d itepi mukosa bukal ('pemberian buccal'), di bawah lidah ('pemberian sublingual') atau melalui rektum (dubur).

Sarah keluar dari kitchen dengan membawa segelas air suam. Dan menuju ke arah Auliya. Sarah menghulurkan gelas berisi air suam itu kepada Auliya.

"Thanks." Auliya memegang dahinya.

"Kau okay tak?." Auliya mengangguk.

"Kejab." Lalu Sarah kembali ke kitchen dan tak lama kemudiannya dia kembali dengan membawa pinggan berisi nasi goreng kampung.

"Nah." Sarah meletakkan pinggan itu di atas meja.

"Kau makan sikit." Risau dengan keadaan Auliya. Ini bukan kali pertama Auliya hampir pitam di cafe. Sudah beberapa kali. Dan pernah juga Auliya pengsan ketika ingin closing beberapa bulan yang lalu.

Auliya memegang sudu dan kemudiannya menyua nasi goreng kampung ini ke dalam mulutnya. Ingin mengisi perutnya dahulu sebelum mengambil glucose.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Kedengaran suara cemas ibu di hujung talian. Auliya terkejut.

"Ibu, kenapa ibu?!." Tanya Auliya dengan cemas.

"Rumah ibu ada orang pecah masuk! Ibu dah call Luke, dia dalam perjalanan ke sini." Auliya tak menunggu lama sebelum bingkas bangun mencapai beg.

Sarah pelik dengan Auliya yang seperti sedang mencemaskan sesuatu.

"Kenapa ni!?." Tanya Sarah.

"Aku nak balik. Rumah ibu aku dipecah masuk!."

"Hah?!."

"Nak aku temankan tak?."

"Takpa, aku boleh pergi seorang diri je. Sorry sebab tak boleh nak teman kau closing cafe malam ni."

"It's okay, kau pergi dulu. Nanti aku settle."

Auliya mengangguk, dan kemudiannya terus menuju ke pintu cafe lalu menghilang di sebalik pintu.

Life is not about who you once were. It's about who you are now and who you have the potential to be.

Luke terus keluar dari kereta grab dan melihat ibu mertuanya sedang berada di luar rumah dalam keadaan ketakutan.

"Ibu, ibu okay?." Tanya Luke dengan risau. Ibu mertuanya langsung memeluk menantunya sambil menangis. Dan tiba-tiba Auliya juga sampai.

"Ibu, kenapa ni?." Tanya Auliya dengan risau lalu memeluk ibunya dengan erat. Tak henti dia memikirkan tentang ibu dalam perjalanan. Tak pernah rumah ibu kena pecah sebegini.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now