Soft and wild and a bit on fire.
Auliya memandang view dari apartment Golden Hills. Berkabus dan sejuk. Rasa nyaman saat angin sejuk menyapa lembut wajahnya. Luke mendekati Auliya yang sedang merenung ke luar. Mendekati dengan perlahan-lahan dan memeluk Auliya dari arah belakang. Auliya tersenyum. Sekejab lagi dia nak turun ke pasar malam di bawah yang viral di tiktok. Dia nak beli udang goreng tepung yang dia tengok videonya di tiktok. Nampak macam menyelerakan! Maklumlah dia juga penggemar seafood.
Luke mengusap lembut tangan Auliya, terasa sejuk. Seperti memberikan sedikit rasa hangat. Seketika Auliya merasa seperti Luke mencium ubun-ubunnya. Auliya berharap kebahagiaan ini kekal untuk mereka berdua.
Banyak sekali makanan yang terjual di pasar malam Golden Hills, rambang mata Auliya dibuatnya. If datang ke Cameron Highlands ni kalau tak singgah makan steamboat memang tak sah kan, tapi masa mereka amatlah terhad. Hanya semalaman sahaja mereka disini. Jadi, nak menjimatkan masa mereka hanya tapau di pasar malam Golden Hills je. Selebihnya mereka ingin menghabiskan waktu berehat di bilik sahaja. Yes berdua!
Luke mengajak Auliya berjalan-jalan di waktu malam di bandar Tanah Rata. Berjalan sambil berpimpin tangan, romantik, kan.
"Nanti kalau kita ada anak, I nak letak nama Isabel." beritahu Luke dengan bersahaja.
Auliya memandang Luke sambil membuat muka pelik.
"Isabel? You ingat you mix ke?." Usik Auliya.
"Nama I pun dah mix, of course nama anak I pun kena mix juga."
Auliya tergelak kecil mendengarnya. Tapi dia tetap melayan juga Luke.
"Kalau anak lelaki?." Luke menghentikan langkahnya. Memandang Auliya dengan senyuman nakal.
"Kalau anak lelaki, maybe Noah." Auliya mengangguk. Sedap nama Noah itu.
"Nanti you dah habis period, kita proceed mereka berdua, tau." usik Luke sambil mengenyit mata. Membulat mata Auliya memandang Luke. Randomly betul, terserlah peribadi Luke yang sebenarnya. Sweet, funny and of course romantic. She's blushing, again!
Nikmati dan syukuri apa yang kamu miliki. Barangkali di luar sana banyak orang yang teramat ingin berada di posisi mu saat ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/348570553-288-k26290.jpg)
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
RomansaLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...