#33 WE'RE DONE

1K 39 0
                                    

Good things take time.

Puan Khadijah diganggu lagi ketika Auliya dan Luke berada di Kuantan. Tingkap rumah ibu Auliya sekali lagi pecah dan kali ini terdapat cat merah di luar pagar rumah ibunya. Tidak tahu siapa yang membuat kerja sebegitu sedangkan sebelum ini mereka baik-baik sahaja tinggal di situ.

Luke mengetap bibirnya. Dia tahu siapa dalang di sebalik semua itu. Dia perlu bersemuka dengan Megat, kalau tidak pasti akan lebih teruk lagi yang jadi. Silap hari bulan nyawa bakal menjadi taruhan.

Malam itu, selepas Auliya tidur dengan nyenyak, Luke keluar untuk bersemuka dengan Megat dengan membawa duit baki hutang Megat. Luke pergi ke rumah Megat. Dia mengetuk pintu rumah Megat dengan kuat. Bunyi orang berjalan dari dalam rumah, setelah pintu dibuka dari dalam, terjojol muka Megat di muka pintu ingin mengintai, namun satu tumbukan singgah di wajahnya. Megat jatuh terduduk. Keluar darah dari hidungnya.

"INI BAKI HUTANG AKU, AKU LANGSAIKAN SEKARANG DAN AKU DAH TAK BERHUTANG APA-APA DENGAN KAU! DAN AKU NAK WARNING KAU, JANGAN GANGGU KELUARGA DAN ISTERI AKU! KAU FAHAM TAK?!". jerit Luke sambil memegang leher baju Megat. Luke sangat marah bila melibatkan keluarga dan isterinya.

Luke bangun, kemudiannya menuju ke pintu keluar rumah itu.

"LAGI SEKALI KAU GANGGU MEREKA, KAU SIAP!". lalu Luke bergerak meninggalkan Megat yang kesakitan. Luke tak pedulikan Megat biarpun mereka berdua adalah kawan lama. Disebabkan mudah terikut dengan kawan-kawan, hidupnya pernah hancur. Dan dia takkan biarkan hidupnya hancur buat kali kedua.

Dia pulang. Pulang kepada Auliya. Dia membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum berbaring di sebelah Auliya yang sedang nyenyak tidur, lalu memeluk Auliya dari belakang. Dan tiba-tiba Auliya memusingkan badan menghadap dirinya lalu memeluk Luke dari depan. Safe shelter for each other.

Mereka berdua bangun dan kemudiannya bersiap-siap untuk urusan masing-masing. Seperti biasa, Auliya tetap akan membuat sarapan untuk dirinya dan Luke.

"I ada permintaan." Luke bersuara. Auliya memandangnya.

"Permintaan apa?." Tanya Auliya sedikit gugup. Risau Luke meminta yang bukan-bukan, bukan boleh Luke ni, unpredictable orangnya kadang-kadang.

"I nak you panggil I abang. Boleh?." Hampir tersedak air kopi yang diminum Auliya. Auliya mengelengkan kepalanya. Geli rasanya nak memanggil Luke dengan panggilan abang.

"Please." Pujuk Luke sambil membuat muka sedih.

"Nooooo." Auliya bangun membawa pinggan dan gelas ke dapur. Luke bangun dan mengejar Auliya lalu memeluk Auliya dengan erat.

"Selagi you tak setuju, I takkan lepaskan you." Luke berkata di tepi telinga Auliya, mengugut Auliya. Terdengar suara Auliya menghela nafas. Bukan disebabkan oleh ugutan Luke itu tapi disebabkan oleh suara Luke seperti menggodanya. Luke kemudiannya bermain-main lengan Auliya dengan jari telunjuk.

"Please." Pujuk Luke.

"Hurm...".

"Hurm..Please abang, we're getting late..". Luke tersenyum mendengarnya. Sebuah ciuman singgah di kedua belah pipi Auliya. Dan bonus di bibir juga, tanpa sempat Auliya mengelak!

Luke senang hati. Kerana hutang Megat sudah selesai dan dia tak perlu risaukan apa-apa lagi. He's free now!

Selepas kelas petang itu, Auliya terus menuju Kuala Lumpur. Dia masuk kerja awal hari ini. Rindu kepada view KLCC itu. Dan rindu kepada Sarah juga.

Luke baru selesai menjalani rawatan di dalam kem. Berehat seketika sebelum pulang ke rumah. Kebetulan ayahnya sedang berjumpa dengan kawan-kawan lamanya di situ. Alhamdulillah kakinya semakin pulih. Dan tak lama lagi dia dah boleh berlari. Luke gembira dengan berita itu. Dan selepas ini, Auliya tidak perlu susah-susah lagi drive dia ke mana-mana, biar dia je yang menjadi driver Auliya, driver for life. Perubahan yang sangat baik. Dia bersyukur dengan nikmat dan peluang kedua yang diberikan.

Hari ini customer tidak ramai. Mungkin bukan hujung minggu atau bukan hari gaji. Begitulah kehidupan, masing-masing ada struggle masing-masing, yang tak pernah diceritakan kepada sesiapa. Keep fighting everyone!

Sarah tak datang hari ini. Bercuti untuk healing katanya, di Sabah. Nampak dia upload di Instagram seafood yang fresh dan besar-besar plus murahnya! Seronoknya tengok!

Setelah closing, Auliya bergerak ke arah keretanya. Dengan tiba-tiba Auliya ternampak sepucuk surat yang dilekatkan di wiper. Auliya mengambil surat itu lalu dibuka.

"RUMAH IBU KAU KENA GANGGU SEMUANYA BERPUNCA DARIPADA SUAMI KAU. KAU BOLEH TANYA DIA".

Dari jauh Auliya perasaan ada seseorang lelaki yang sedang berdiri memerhatikannya, mukanya seperti baru lepas kena tumbuk. Tiba-tiba lelaki itu menunjuk ke arah surat yang sedang dipegang itu. Auliya membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta itu. Dia takut melihat lelaki itu. Dia perlu pulang. Luke perlu menjelaskan segalanya kepada dia, immediately!

Auliya pulang, Luke sedang berbaring di sofa. Luke tersenyum lalu bangun dan menuju ke arah Auliya, Luke ingin memeluk Auliya tapi ditepis oleh Auliya. Luke memandang Auliya dengan wajah yang pelik.

"Kenapa ni sayang?." Tanya Luke dengan lembut. Barangkali Auliya period, Eh tapi kan baru habis period minggu lepas.

Auliya berdiri tidak memandang Luke. Dia kemudian mengambil surat amaran dari Megat itu dan dilemparkan kepada Luke.

"Explain this!". Luke mengambil surat itu dan membacanya. Kemudian dia merenyukkan surat itu, dan digenggam di dalam tangannya.

Semuanya sudah diketahui oleh Auliya.

"You berhutang dengan dia, Luke?!." Tanya Auliya sambil memandang tepat ke arah mata Luke.

Luke menghela nafas.

"Yes. I berhutang dengan dia." Auliya memegang kepalanya.

"Sebab tu you nak bayar untuk semua kerosakan rumah ibu, kan sebab you tahu siapa yang buat?!."

"Sayang, abang dah selesaikan baki hutang abang dekat dia. Kita selamat." Pujuk Luke mencuba memeluk Auliya.

"Macam mana kalau jadi apa-apa kat ibu?! You pernah fikir tak?!."

"Sayang, look. Abang dah selesaikan semuanya. Dan dia takkan ganggu kita lagi, not even ibu. I promise". Auliya memandang Luke.

"You know Luke, I taknak dah hadap situasi ni lagi, cukuplah I dah hadap time I kecil dulu. I paling tak suka hidup dalam kerisauan, kerisauan yang I sendiri tak boleh nak explain macam mana, I nak hidup yang tenang-tenang je dan bebas dari hutang dengan along!."

"Sayang."

Auliya mencuba untuk bertenang. Auliya berpaling ingin masuk ke bilik. Dia memerlukan masa untuk bertenang.

"Jangan membelakangi I, Auliya! I sedang bercakap dengan you! ."

Langkah Auliya terhenti. Dia takut. Dia taknak hidup dalam rasa ketakutan dan kerisauan sebegini lagi. Lebih-lebih lagi jika melibatkan ibunya.

"Sayang."

"I cuma ada ibu je, Luke. I taknak jadi apa-apa dekat dia." Jawab Auliya menangis. Dia terluka tidak memberikan kesan apa-apa kepada dirinya, tetapi dia tidak sanggup jika ibunya yang terluka.

"I janji takkan jadi apa-apa dekat ibu, I promise sayang." Pujuk Luke.

"No. I taknak perjudikan nyawa ibu I, Luke." Auliya memandang Luke. Dengan pandangan yang confuse. Dia sayangkan Luke tapi dia taknak hidup dalam kerisauan seperti ini lagi.

"I taknak tengok muka you lagi, Luke. We stick dengan plan asal kita. I tak tahu apa lagi yang you sembunyikan dari I selain dari hutang ni. I takut, Luke."

"Esok I taknak tengok you ada di rumah ini lagi." Auliya melangkah masuk ke dalam biliknya. Luke terduduk sambil kedua tangannya memegang kepalanya. Dia tak sepatutnya sembunyikan hal ini daripada Auliya. Auliya terduduk di tepi katil. Menangis. Dia baru nak merasa bahagia.

Dia taknak hidup dalam kerisauan. Cukuplah semasa kecil, dia hidup dalam ketakutan, diganggu oleh orang-orang yang ayahnya berhutang sehinggakan ibunya terpaksa menjual semua barang kemas termasuklah barang kemas kesayangan ibu, pemberian arwah nenek. Kini dia taknak merasainya lagi. Cukuplah, Luke.

Kini, rumah itu kembali sunyi seperti sebelumnya.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now