Hidup sebagai gadis bernama Aira Sofea bukanlah semudah yang disangka. Mungkin, kalau orang lihat dia sudah berjaya terbang ke Edinburgh mungkin orang akan kata dia adalah orang yang bertuah. Iya, Aira memang bertuah. Dalam umur yang muda, sudah menjejakkan kaki di bumi Edinburgh tanpa sesiapa pun, hanya dirinya sahaja.
Tetapi dalam keluarga, dia tidaklah begitu bertuah. Mempunyai mama yang sentiasa melebihkan anak lelakinya dan seorang kakak yang pemikirannya tersangatlah cepat moody, kalau ingin bercerita atau meluahkan sesuatu, bila bercakap berdua, bersembang berdua, okay kakaknya memahami tapi bila kakaknya pulang ke rumah mereka, kakaknya pula yang tiba-tiba menjadi lain seolah meletakkan kesalahannya di bahu Aira seorang diri, itulah kadang-kadang menyebabkan hidup dia menjadi tertekan. Terpaksa untuk menjadi seorang anak perempuan yang kuat diumur yang masih muda. Tapi normal kan zaman sekarang, anak perempuan terpaksa kuat dek kerana keadaan.
Mungkin kerana itu, dia memahami dengan keputusan yang telah dibuat oleh Aira Sofea. Bertahun-tahun hidup hanya memikirkan perasaan orang lain sahaja tapi tiada yang memahami perasaan dia. Apa yang dibuat selalu disalahertikan. Dan pada akhirnya, tetap menjadi kesalahan dirinya.
Jika orang lain mengatakan Aira Sofea sebagai pengecut, kerana melarikan diri disebabkan oleh masalah kecil, namun bagi Auliya itu adalah self-care. Siapa lagi yang akan menjaga kewarasan akal jika bukan diri sendiri.
Aira Sofea bukan pengecut.
"Terbanglah wahai Aira Sofea, terbanglah setinggi yang kau inginkan, semoga kelak kau akan mendarat di tempat yang akan memberikan kau seribu kebahagiaan."
You gotta take a risk or you'll be doing the same shit for the rest of your life.
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
RomanceLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...