What's meant for you will always feel natural, calm and clear, not forced, chaotic and confusing.
Mereka berdua sedang menonton movie 'PASKAL' di rumah. Berdua di atas sofa. Dalam suasana agak romantik. Sengaja dimatikan lampu biar dapat menjiwai penceritaan itu. Biarpun bukan romantic movie.
"I nak ke Kuantan City Mall esok. Macam biasalah untuk buku I." Auliya bersuara memecahkan suasana sepi itu. Luke yang memeluk Auliya dari belakang itu kemudiannya memandang Auliya.
"Alone?." Auliya mengangguk, matanya masih menatap jalan cerita movie dihadapannya.
Luke terdiam. Pelukan di pinggang Auliya diregangkan sedikit. Auliya dengan wajah yang pelik langsung memusingkan badannya ke arah Luke. Mata Luke tajam menatap televisyen tanpa memandang ke arahnya. Tidak pernah Auliya melihat Luke sebegitu serius. Lalu Auliya mengusap anak rambut Luke, dan memegang pipi Luke.
"Kenapa ni?."
"You taknak ajak I ke?." Tanya Luke, masih dengan ekpresi muka yang sama. Serius. Tajam menatap televisyen. Pecah ketawa Auliya. Dek hanya kerana dia tidak mengajak Luke pergi bersama, Luke merajuk.
Luke mengalihkan pandangan kepada Auliya. Tajam merenung Auliya yang masih ketawa di sebelahnya. Auliya menekup mulutnya sendiri.
"I tak ajak you sebab I ingat you ada hal di kem, you kan masih under treatment lagi."
"Erm..."
"You nak ikut I? Kalau you bosan macam mana?." Tanya Auliya dengan lembut. Auliya bangun dan duduk bersandar di badan Luke yang sedang berbaring di sofa. Luke mengambil remote televisyen dan kemudiannya merendahkan volume televisyen itu supaya tidak mengganggu perbualan diantara dia dan Auliya.
Perbualan yang bukanlah serius sangat. Tapi dia nak menjadi orang yang penting dalam hidup Auliya. Menemani Auliya kemana sahaja isterinya pergi. Dekat atau jauh.
"I nak ikut you. I nak teman you kemana-mana. Dekat ke jauh. As long as dengan you." Luke menjawab dengan lembut, sambil tangannya bermain-main dengan rambut ikal Auliya itu.
"Lagipun I nak tengok juga fans you. Mana tahu kan kalau tiba-tiba ada fans yang fanatik nak kacau you, bolehlah I bagi sedikit hadiah untuk dia yang confirm seumur hidup dia akan ingat." Lalu Luke mengangkat tangan kanan dan menunjukkan penumbuk kepada Auliya.
Auliya tersenyum. Tak disangka, Tuhan sebaik itu dengannya. Walau ayahnya meninggalkan dia, tapi Tuhan menitipkan seorang lelaki yang mahu melindungi dirinya. Dia bersyukur.
"Fine. Tak dapatlah I nak cuci-cuci mata I kat sana." Usik Auliya. Luke terus memandang Auliya dengan geram. Geram sehingga Luke mendekatkan badan Auliya, lalu memeluk Auliya dengan erat. Seeratnya. Auliya meronta-ronta ingin melepaskan diri. Luka tak layan.
"You nak cuci-cuci mata? Serius?." Tanya Luke sambil memandang Auliya dengan tajam. Ketika itu Auliya berada di bawah badannya. Sengaja Luke mendekatkan wajahnya ke wajah Auliya sehingga hidung mereka bertemu. Entah kenapa Auliya senang bila melihat respon Luke. Cemburu tandanya sayang, kan.
Auliya menggelengkan kepalanya. Tanpa dia sedar, jari-jemarinya memintal-mintal anak rambut di tepi telinga sebelah kanan Luke. Mereka berdua berpandangan seketika. Saling terpesona.
Kemudian Luke mendekatkan bibirnya ke bibir mungil Auliya lalu dikucupi dengan lembut. Seketika mereka tenggelam didalam perasaan masing-masing.
Luke kemudiannya ingin meneruskannya, lalu dihentikan oleh Auliya.
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
RomanceLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...