#21 SEMAKIN SERASI

983 40 0
                                    

Hujung minggu mereka berdua pulang ke rumah keluarga Luke untuk family gathering. Bbq time! Luke semakin sembuh dan kakinya juga semakin kuat melangkah, dengan pertolongan daripada tongkat dan juga Auliya.

Luke membuka bonet kereta untuk mengambil 1 plastik ikea yang berisi dengan kek coklat. Tak disangka, Auliya sebenarnya cekap juga dalam membuat kek dan ternyata ianya sedap. Jadi mereka membawa kek coklat itu ke rumah keluarga Luke.

"I'm so nervous." beritahu Luke sambil menghulurkan beg ikea itu kepada Auliya dan seterusnya menutup bonet kereta. Auliya memandang Luke dengan senyuman.

"It's okay. Kita dah sampai jauh-jauh takkan nak patah balik sebab you nervous kan."

Luke tersenyum. Dia tiada plan untuk berpatah balik, hubungannya dengan Tuan Bakti sudah semakin membaik, jadi dia takkan lepaskan peluang yang ada ini. Auliya memandang Luke lalu menggengam tangan Luke sambil tersenyum, seakan memberikan semangat kepada Luke. Luke memandang tangannya yang berada didalam genggaman tangan Auliya. Dia tersenyum. Hubungannya dengan Auliya juga semakin baik.

Mereka berdua berjalan berpimpin tangan menuju ke rumah keluarga Luke.

Kelihatannya semua ahli keluarga Luke telah ada disitu. Mereka bersalaman dan berpelukan, seakan lama tidak berjumpa. Kelihatannya Tuan Bakti sedang sibuk membakar kepak ayam dan kambing. Fuh kambing bakar, syahdu mat!

"Pak ngah!." Panggil Daniel, anak saudara Luke lalu memeluk Luke.

"Taknak peluk mak ngah ke?." Tanya Auliya mengusik.

"Daniel, dah salam dengan mak ngah?." Tanya Kak Mira dengan lembut.

Terus sahaja Daniel menghulurkan tangan untuk bersalam. Auliya tersenyum lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Daniel. Dan dia terus memeluk Daniel dengan senang hati!

"Oh mak ngah ada bawak present for you. Nak tahu tak?."

"Nak! Nak!." Tersenyum gembira Daniel mendengar sambil melompat kegembiraan. Auliya tersenyum. Luke disebelahnya juga tersenyum gembira.

"Jab tau." Auliya membuka beg galasnya lalu mengeluarkan sebuah kotak.

"Nah." Hulur Auliya dengan tersenyum.

"Waaaahhh! Robot transformer! Terima kasih mak ngah!." Jerit Daniel dengan mata membulat kegirangan.

"Seronoklah dia Auliya, dia memang suka robot-robot ni." Beritahu Kak Mira tersenyum. Auliya tersenyum sambil menutup zip beg galasnya dan letak di atas kerusi.

"Hari tu masa Auliya ke SACC Mall, after event buku disana, sajalah window shopping tiba-tiba ternampak toy ni, jadi Auliya belikan jelah untuk Daniel." beritahu Auliya.

"Buku Auliya macam mana? Sambutannya?." Tanya Kak Mira.

"Alhamdulillah so far sambutannya sangatlah baik. Banyak positive feedbacks dan tak kurang juga negative feedbacks. Tapi okay semuanya." Jawab Auliya gembira.

"Pak ngah, jom main bola." Ajak Daniel.

"Oh man, kamu ajak Pak ngah main bola? Kaki Pak ngah tak okay lagi kan." Abang Khairi bersuara.

"Ala."

"Okay tapi tak boleh sepak-sepak tau. Kita main baling bola je, okay." Pujuk Luke bangun lalu mencapai tongkat. Auliya memandang Luke dengan pandangan yang redup. Bahagia tengok scene itu. Yelah, dia manalah ada anak saudara sebelum ini. Dia merasakan Luke adalah seorang yang penyayang. Tanpa dia sedar Kak Mira sedang memerhatikannya dengan senyuman. Kak Mira kagum dengan Auliya, si gadis yang dapat melembutkan hati Luke.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now