#9 MY DEAR HUSBAND

1.3K 51 1
                                    

Auliya bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Setelah bercuti hampir 3 hari untuk majlis perkahwinan yang rushing, dia penat. Tapi dia dah tak penat sangat nak fikirkan tentang masalah kesihatannya, kerana selepas dia berkahwin dengan Luke, dia mendapat benefits dari segi kesihatan sebagai isteri kepada anggota. Dia cuma perlu fokus untuk belajar, menyiapkan saki baki ceritanya dan juga bekerja. Dia tak perlu memikirkan sangat tentang belanja kesihatan dirinya.

Luke. Dia teringat akan suaminya. Suami? Dia tersenyum sendiri.

Dia mencapai handphone yang berada di dalam poket seluarnya lalu membuka aplikasi whatsapp. Mencari nama Luke.

"Mamat Tudm", nama yang dia save di dalam contact number. Dia tergelak apabila melihat nama itu. Itulah nama dia save sejak pertama kali dia bertemu Luke. Dia kemudiannya menekan edit, dan memilih untuk menukarkan nama Luke as Suami Kontrak. Sebagai ingatan bahawa ini semua hanyalah lakonan.

Lakonan? Apakah malam itu juga sebuah lakonan? Hubungan itu tidak berdosa kerana mereka sudah menjadi suami isteri yang sah, cuma adalah segala yang berlaku pada malam itu hanyalah lakonan? Dia terdiam.

Dia teringat akan pesanan Luke untuk whatsapp, video call atau pon call, hanya untuk memperkukuhkan hubungan mereka di hadapan orang lain.

"I dah sampai cafe. I start kerja hari ni." Dia tidak mengharapkan balasan daripada Luke kerana mestilah dia sedang bertugas kan. So dia abaikan handphone dan kembali bekerja.

Hari itu hujan lebat. Hujan adalah cuaca kegemarannya. Bau hujan yang sungguh mendamaikan. Angin yang meniup kencang meniupi rambut di hadapannya, dia menyelak kerana hampir menutupi penglihatannya.

Sarah mendekati Auliya lalu mencuit bahu Auliya. Terkejut Auliya tersedar daripada lamunannya.

"Kusss semangat!." Sarah dihadapannya ketawa kecil.

"Teringat kat cik abang ke tuuu?," Sakat Sarah sambil tersengih.

Auliya tersenyum.

"Mana adalah!." Jawab Auliya sambil mencebik bibirnya.

Sarah smirk. Tak rindu tapi senyum sorang-sorang. Dasar penipu!

"Cakaplah betul-betul!."

Auliya ketawa sambil menutup mulutnya. Geli hati melihat Sarah yang terlalu desperately nak tahu itu. Dengan muka toyar dia tu, tak tahan nak gelak!

Sarah, the only person that she can share everything but not about the deal.

"Mestilah rindu, suami kot!." Jawab Auliya mengada lalu menjeling manja Sarah. Sarah mencubit lengan Auliya kuat-kuat.

"Mengada. Takpa nanti aku kahwin dengan si Azlan tu, siaplah kau. Laki kau tak selalu ada, tapi laki aku selalu ada werkkkk!." Balas Sarah lalu menjelir lidahnya.

Mereka berdua ketawa senang hati!. Senang hati dapat mengusik.

Yelah tu, Luke takkan selalu dapat ada disisinya. Eh apa dia peduli, tiba masanya nanti mereka akan berpisah juga!

Auliya bersiap-siap mengemas cafe. Dia nak balik awal untuk siapkan sambungan bukunya itu. Terlalu sarat otaknya dengan bermacam-macam idea yang tiba-tiba muncul. Esok tiada kelas jadi bolehlah malam ini dia overtime siapkan bukunya itu. Walaupun badannya agak penat tapi kerana dek semangat yang sedang membuak-buak, dia yakin dia boleh. Malaysia boleh!

Dia membuka laptop lalu menyambung kembali penulisan bukunya. Dengan alunan lagu 'Haunting' yang sedang viral, dia fokus untuk menulis segala isi otaknya ketika itu.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now