#1 SAYA AULIYA, DAN INI KISAH SAYA.

3.3K 97 3
                                    

Auliya, seorang pekerja separuh masa yang bekerja di sebuah cafe, yang juga seorang student di sebuah universiti tempatan. Hidupnya sederhana sahaja, walaupun keluarganya pon menetap di ibu kota juga namun dia tetap memilih untuk hidup berdikari, jauh dari keluarga menyebabkan dia terpaksa bekerja hingga ke malam hanya untuk yuran belajar. Susah, tapi sedikitpon itu tidak membuatkan semangatnya luntur. Bahkan dia tidak ingin menyusahkan keluarganya terutama ibunya.

Jika teman seusianya suka untuk berdandan cantik-cantik, tidak bagi dia. Bagi dia, duit itu penting dan dia taknak menghabiskan untuk benda yang sia-sia lagipon dia tak pandai untuk berdandan. Makeup? No!

Balik kerja tengah malam dan bangun awal pagi untuk ke universiti. Setiap hari dengan rutin yang sama, hectic yes, dan dia tidak sempat untuk mengeluh betapa bosannya hidup sebagai Iman Auliya, namun dia tau hidup perlu diteruskan jua.

Kalau kelas cancel dapatlah dia tidur lama sedikit dan sebenarnya itulah yang dia paling suka, iaitu kelas batal!

Dan cafe tempat dia bekerja adalah tempat yang kedua paling dia suka, yang 1st mestilah rumah sewanya. Cafe yang kadang-kadang ramai kadang-kadang kurang customer, itu normal tapi disebabkan view yang menghadap bangunan KLCC itulah yang menjadikan itu tempat kesukaanya terutamanya bila waktu malam. The vibes tu lain maciammm!

Dia memandang KLCC itu dengan pandangan yang redup. Dengan irama lagu JIWAKU SEKUNTUM BUNGA KEMBOJA lagi membuatkan suasana jadi begitu asyik dan aesthetic. Setiap customer yang ada bagaikan berada di dalam dunia mereka yang tersendiri.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now