Luke masih teringatkan Auliya. Cumanya gadis itu agak keras kepala sedikit tapi dia suka dengan type itu. Dia tersengih apabila mengingati kejadian malam itu.
"Macam kucing dengan anjing. Awal-awal jumpa dah bergaduh sakan", kata-kata Nick pada malam itu.
Tiba-tiba dia mendengar loceng rumah berbunyi. Dia bingkas bangun dan membuka pintu.
Suprise!! Auliya berada di hadapannya. Dan Auliya agak terkejut melihat Luke yang membuka pintu.
"Oh you're not Nick. Where's him?",
Belum sempat Luke menjawab, kedengarannya Nick sudah berada di belakang Luke. Luke berginjak ke belakang untuk memberi laluan kepada Auliya masuk. Mereka berpelukan seketika.
"Kau daripada mana?", Tanya Nick.
" I'm from uni. Ada hal sikit nak cakap dengan kau",
"Privately", Auliya berhenti lalu memusingkan badannya ke belakang menghadap Luke. Luke memahami isyarat itu dan dia pergi ke belakang untuk laundry.
"Oh okay. Jom kita bercakap di meja makan", dengan muka yang pelik, Nick memepersilakan Auliya untuk duduk.
Auliya duduk. Nick mengambil gelas dan dia isikan dengan air sejuk lalu dia hulurkan ke Auliya. Auliya mengambil gelas itu.
"Are you okay?", Soal Nick.
"Not really actually", jawab Auliya sambil tersenyum hambar.
Nick menunggu Auliya untuk memulakan perbualan. Auliya mengambil nafas.
"I want to ask you, if you....", Masih berkira-kira mahu meneruskan kata-kata atau pun tidak. Auliya memejamkan matanya dan melepaskan nafas yang kedengarannya agak berat sekali.
"If you can marrying me?",
Nick yang berada di hadapannya terkejut dengan soalan Auliya. Bulat matanya memandang si gadis itu. Mana mungkin dia mahu mengahwini gadis itu walaupun mereka sudah kenal lama, walaupun dia sayangkan Auliya tapi mana munggggggkin, dia anggap Auliya sebagai kakaknya sahaja. Dan Maria?
Tak kurang juga dengan Luke yang memasang telinga mendengar perbualan diantara Auliya dan juga Nick. Dia agak terkejut dengan soalan Auliya. Takkan semudah itu Auliya mengajak Nick untuk berkahwin.
"I know that you must be shocked right. I don't even know why I'm asking you this", Auliya tersenyum hambar, malu pon ada sebenarnya. Gila tak malu, ajak orang kahwin even dengan kawan dia sendiri.
"Are you okay, Auli? Kenapa tiba-tiba minta macam ni?", Nick di hadapannya serius. Agak pelik dengan kelakuan Auliya.
Auliya mengambil handphone didalam begnya. Dia membuka artikel tentang kelebihan berkahwin dengan tentera which is sebab kenapa dia ajak Nick untuk menikah.
"I've been diagnosed with diabetes. My insurans ada masalah which is tak boleh nak cover untuk my next medicine but I'm so desperately need my medicine, to continue my life as normal. So this is the reason why I'm asking you this",
"Ini untuk sementara sahaja. Atas kertas sahaja. Kalau kau nak having a relationship with someone, you can have it", terang Auliya lagi. Nick dihadapannya masih blur. Luke masuk ke dalam.
"Ini penipuan!",
Auliya memandang Luke.
"I'm not even asking you!",
"Kau tahu kan Nick, ini penipuan. Dan kau boleh dikenakan tindakan kalau pihak atasan dapat tahu!", Luke menyakinkan Nick. Auliya memandang Luke dengan pandangan tajam.
"And you, kenapa you nak menikah dengan orang yang you tak cinta?!", tanya Luke kepada Auliya dengan tegas.
"Walaupun tak cinta, tapi kami menghormati each other, kan Nick?", masih berharap agar Nick setuju dengannya. Nick memandang Auliya dengan perasaan serba salah.
"Sorry Auli, I can't. My girlfriend pon nanti akan terkejut kalau tiba-tiba tahu I ada isteri", serba salah Nick tapi dia taknak tersepit di tengah. Dan Maria, dia taknak kehilangan Maria buat kali kedua. Perkahwinan bukanlah game, dan orang yang dia nak menikah adalah dengan Maria.
Auliya memandang Nick, lalu tersenyum hampa. Kecewa. Dan dia marah dengan dirinya kenapa dia boleh dan sanggup bertindak seperti ini. Desperately. Yes dia desperate!
Auliya pulang dengan perasaan hampa. Lebih kepada hampa terhadap dirinya sendiri. She can survive but. Dia menekup mukanya dengan tangan. Air mata membasahi pipinya. Diluar kelihatannya sedang hujan. Hatinya juga kehujanan.
Now dia kena move on with another solutions. Kena cepat. Dengan keadaan dirinya yang selama ini bergantung kepada ubat untuk meneruskan kehidupan, collapse beberapa kali tanpa ada orang yang sedar, dan sekarang dia kehabisan stok ubat yang memberikan dia tenaga.
"Mak ayah dia tak boleh tolong?", Tanya Luke.
"Ayah dia dah meninggal. Yang ada ibunya. Auliya ni jenis yang independent. Tak suka nak susahkan ibunya atau keluarganya. Dia faham keluarga dia pon ada pelbagai masalah yang perlu diselesaikan", jawab Nick memandang kereta saga merah Auliya. Dia tahu Auliya sedang menangis tapi apakan daya dia, dia tak mampu untuk menolong.
Luke memandang kereta Auliya bergerak meninggalkan rumah Nick.
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
RomanceLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...