Writer's are dangerous people. Never take a writer for granted. They are snipers armed with word, they know how to aim with sentences, how to fire with paragraphs and how to immortalise their kill in verse." - Nikita Gill
She born to tell the stories. Even the untold story. Auliya memulakan penulisan untuk manuskrip keduanya, sebuah cerita tentang kekeluargaan. Dia ingin menyelitkan sedikit tentang kisah hidupnya yang ditinggalkan oleh ayahnya. Bahkan wajah ayahnya pun dia sudah lupa.
Ditinggalkan tanpa alasan itu lebih sakit rasanya daripada ditinggalkan demi orang lain. Sekejam itu lelaki yang bergelar ayah, kan.
Berbekalkan dengan ingatan yang samar-samar kejadian apa yang telah berlaku, dia memulakan penulisan. Keyboard laptop di taip menggunakan jari jemari Auliya yang sedang khayal menaip mengikut apa yang difikirkan dan dibayangkan ketika itu.
Seperti biasa, dia hilang didalam dunia imaginasinya.
Menulis bukan setakat hobi, tapi dah menjadi obsesi untuk dirinya. Setiap apa yang berlaku, apa yang dirasakan, dia akan terjemahkan dalam bentuk tulisan. Kerana dia senang begitu. Tiada yang akan sakit hati. Kalau orang itu membaca dan sakit hati, bukan salahnya. Why bother?
Ditinggalkan atau meninggalkan, yang manakah yang lebih sakit? Bagi Auliya sendiri, dia tidak pernah mengetahui apakah alasan disebalik keputusan ayahnya untuk pergi, namun dia terkilan kerana sepanjang tempoh itu, tiada langsung ayahnya datang mencari, sedangkan ibu masih setia menunggu suaminya untuk pulang. Tetapi tidak kunjung tiba. Bahkah tiada sedikit khabar tentang ayahnya dikirimkan kepada mereka terutamanya untuk ibu. Ibu masih setia. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Ibu masih menunggu di rumah lama itu dengan alasan jika ayah datang semula. Tapi tetap tidak ada.
Ayah sorang yatim piatu, anak tunggal pula. Susah bagi ibu untuk mencari waris yang terdekat untuk bertanyakan perihal ayah. Selepas menceraikan ibu, ayah kemudiannya terus pergi. Tanpa menoleh lagi.
Auliya menghela nafas. Dadanya penuh dengan sebak bila terkenangkan saat itu. Senyuman ibu ketika itu sudah tidak seperti selalunya. Tapi ibu selalu berpesan, pasti ayah punya alasannya. Dia selalu membuatkan anak-anaknya berasa nyaman walaupun dia tahu hati dan perasaan ibunya hancur-sehancurnya. Tapi dia tidak pernah memburukkan ayah. Terbuat daripada apa ya hatimu, wahai ibu?
Ayah, tugas seorang ayah itu adalah melindungi. Menjadi pelindung untuk ratunya, bahkan untuk putera puterinya, di dalam istana kecilnya. Tetapi kenapa tegarnya ayah meninggalkan kami? Terutamanya ibu yang setia kepada ayah. Setia menunggu ayah.
Kalau bercakap soal ibu, dia menang. Kalau bercakap soal menghadapi cabaran hidup, dia pasti juga akan menang. Tapi kalau bercakap soal ayah, dia kalah tanpa perlu bertanding.
The things you are almost afraid to write,
Write that. To reduce your burdens.
At least.Luke baru pulang dari kem. Dia ingin membersihkan badannya, dia berjalan menuju ke bilik air lalu dia terpandangkan pintu bilik tidur Auliya yang terbuka sedikit. Dia menjenguknya.
Luke sedang memerhatikannya di sebalik pintu bilik Auliya yang terbuka sedikit. Dia melihat Auliya sedang fokus menaip di laptop. Sesekali Auliya terlihat menghela nafas sambil merenung ke jendela tingkap bilik. Mencari idea, mungkin. Apalah inspirasi penulisan Auliya pada kali ini?
Don't get too close, I'll turn you into poetry.
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
Roman d'amourLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...