Coffee
(n.) A legal drug."Kami nak bermalam kat sini malam ni, boleh ayah?." Tanya Auliya. Tuan Bakti terkejut mendengar. Dia akui, sudah lama Luke tidak balik ke rumah itu sejak hubungan mereka renggang.
Tuan Bakti menganggukkan kepalanya dan berkata,
"Sure. Ini pon rumah kamu juga". Hatinya gembira.
"Kalau macam tu, kami pon nak bermalam jugalah kat sini!." Abang Khairi bersuara tiba-tiba dengan gembira. Kak Mira disebelahnya mengangguk kegembiraan. Daniel melompat kesukaan kerana boleh menghabiskan waktu di rumah atuknya. Kebetulan Daniel memang rapat dengan Tuan Bakti kerana kedua ibu bapa Mira sudah tiada, jadi hanya tinggal Tuan Bakti sebagai atuknya.
Luke memandang Auliya yang sedang ketawa itu. Entah kenapa dia merasakan perasaan sayang. Tak, dia betol-betol sayangkan Auliya!
Dia teringatkan waktu Auliya menolongnya untuk mandi, di awal kesembuhan kakinya. Sejak dari itu, mereka menjadi rapat. Seolah ini bukan perkahwinan kontrak, tapi perkahwinan yang sesungguhnya.
Meraki
(v.) To do something with soul, creativity or love.Seketika kemudian Tuan Bakti hilang dari pandangan matanya. Barangkali ke biliknya. Ngomel Auliya sendiri.
Mereka berempat menyembang, sesekali mereka ketawa riang. Riuh rumah Tuan Bakti ketika itu. Dah lama rasanya rumah itu tidak seriuh itu. Mengundang kembali kenangan ketika mereka masih kecil. Ketika Puan Sofea masih ada.
Tiba-tiba muncul Tuan Bakti dari tingkat atas. Sedang memegang beberapa helai baju. Dan dia letakkan di atas meja di hadapan sofa itu. Mereka berpandangan dengan pelik.
"Baju apa tu ayah?." Tanya Khairi sambil membelek-belek baju itu.
"Itu baju-baju arwah mama." Jawab Tuan Bakti ringkas.
"Kan menantu-menantu ayah nak bermalam kat sini tak bawak baju. Pakai jelah baju kelawar mama ni. Ini ada kain batik dan tuala, pon yang mama punya. Kamu pakailah." jelas Tuan Bakti sambil memandang ke arah kedua menantunya.
Mira dan Auliya langsung ambil baju tersebut dan mencubanya. Memang muat! Nasib baiklah ada baju untuk dipakai malam ini, bisik hati Auliya.
Letabund
(adj.) Filled with joy.Auliya mengikuti Luke daripada belakang untuk menuju ke arah bilik Luke. Apabila Luke membuka tombol pintu biliknya, kelihatannya cadar katil sudah ditukar dengan yang baru. Cadar bewarna putih dengan corak bunga kecil bewarna pink. Rupanya itulah sebabnya kenapa Tuan Bakti menghilang. Serba salah Auliya dibuatnya kerana terasa diri menyusahkan Tuan Bakti. Luke tersenyum memandang Auliya lalu menjemputnya untuk masuk.
"Ladies first." ucapnya sambil memberi isyarat dengan tangannya untuk Auliya masuk dahulu ke dalam. Auliya menjelirkan lidahnya dan terus masuk ke dalam bilik itu. Dia meletakkan beg galasnya diatas katil lalu berbaring kepenatan. Luke memandang Auliya dengan tersenyum. Ingin saja dia menyertai Auliya berbaring di atas katil itu tapi dia ingin mandi dahulu. Badannya sudah melekit-lekit dengan bau asap. Dia berjalan menuju ke almari untuk mengambil baju-baju yang masih tertinggal di dalam almari itu. Ternyata semuanya kemas tersusun seperti ketika arwah mamanya masih ada. Dia tersenyum. Sebak jika mengingati arwah mamanya.
Dia kemudiannya membuka seluar jeans yang dipakainya.
"Eh!." Tiba-tiba Auliya terjerit kecil. Terkejut melihat Luke yang baru sahaja membuka zip seluarnya. Luke memandangnya dengan pelik. Lalu melurutkan seluarnya, dan!
Auliya terus menutup matanya. Risau jika dia melihat yang tidak sepatutnya dia lihat walaupun sebenarnya dia sudah melihatnya di awal pernikahan mereka. Eh teringat pula! Dia kemudiannya mendengar Luke sedang ketawa. Dia membuka jarinya sedikit untuk melihat, rupanya Luke memakai seluar pendek didalamnya. Fuh lega! Dia melemparkan bantal ke arah Luke. Ketawa Luke masih kedengaran di balik pintu bilik.
Cingulomania
A strong desire to hold a person in your arms.Luke mengambil bantal di sebelah Auliya. Auliya pelik.
"Nak bawak bantal tu ke mana?." tanya Auliya.
"Nak tidur di lantai." jawab Luke dengan ringkas. Seperti sudah terbiasa dengan keadaan itu. Serba salah Auliya dibuatnya.
"Tidur kat sini." balas Auliya sambil menepuk-nepuk tilam itu. Luke memandang Auliya. Mungkin Auliya serba salah sebab inikan rumahnya keluarga Luke, takkanlah anak tuan rumah kena tidur atas lantai pula kan, patutnya Auliya -lah yang tidur di lantai! Eh!
Luke berbaring di sebelah Auliya. Kekok sebab sebelum ini mereka tidur berasingan, Luke di atas sofa dan Auliya di dalam bilik. Entah kenapa tak boleh tidur dibuatnya. Risau jika dirinya tak dapat nak mengawal diri atau mungkin juga Auliya sendiri yang akan menerkam dirinya. Astaghfirullahalazim apalah yang sedang difikirkannya. Dia mengusap dahinya.
Auliya juga terasa awkward. Tak pernah berbaring disebelah Luke selama ini. Tetapi aroma bau badan Luke sangatlah menggoda. Aroma bau lelaki. Khayal sebentar dia dibuatnya. Dia risau, jika bukan Luke yang berbuat apa-apa kepadanya, mungkin dia sendiri yang akan buat. Oh no! Astaghfirullahalazim Auliya!
Mereka mengiring dan tanpa sedar mereka mengiring di arah yang sama! Terkedip-kedip mata Auliya memandang wajah Luke. Dengan sedikit kumis, dengan lesung pipitnya jelas dia akui Luke mempunyai aura tersendiri yang selalu membuatnya terpikat dan terpana. Mereka berpandangan sesama mereka.
Tanpa sedar jari jemari Luke menyentuh pipi Auliya yang sedikit kemerahan, blushing mungkin. Lalu dia menyentuh rambut di tepi telinga Auliya. Bermain-main dengan rambut ikal itu seketika. Mata Luke memandang Auliya, walaupun Auliya ni tersangatlah sederhana orangnya, namun dia ada aura yang tersendiri. Mungkin itulah rasanya mana-mana lelaki yang melihatnya. Muncul sedikit perasaan cemburu. Jari jemari Luke kemudiannya menyentuh bibir mungil Auliya lalu Luke mendekat ke wajah Auliya dan akhirnya bibir mereka bertaut.
Lama Luke mengucup bibir Auliya. Penuh dengan kelembutan. Kemudiannya dia menghentikannya dan memandang Auliya seketika.
"Boleh I teruskan?." Tanya Luke dengan lembut. Jika Auliya tidak mengizinkan, dia takkan teruskan. Dia bukan jenis yang memaksa.
Auliya memandang Luke, kemudiannya mengangguk dengan perlahan. Perlahan-lahan dia menarik Luke agar dekat dengannya. Kali kedua mereka kalah dengan perasaan sendiri.
Forelsket
(n.) The euphoria you experience when your are first falling in love."Ayah, terima kasih. Dan Auliya minta maaf kalau kami menyusahkan ayah. Auliya tak tolong ayah buat apa-apa pon sebab Auliya bangun lewat." ucap Auliya dengan lembut. Malu pon ada. Mereka berdua terbangun lewat sebab overtime semalam bersama Luke.
Tuan Bakti tersenyum.
"Terima kasih Auliya sebab dah buatkan keluarga ini bersatu." Ringkas kata-kata Tuan Bakti dengan senyuman bahagia.
"Ayah tak mengharapkan apa-apa daripada menantu. Cukuplah kalau menantu ayah seronok bila pulang ke sini." Sambung Tuan Bakti lagi.
Auliya tersenyum. Luke menutup kembali bonet kereta selepas menyimpan barang-barang mereka.
"Kami balik dulu ye ayah. Auliya ada kelas pagi ini." jelas Luke sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tuan Bakti. Auliya juga bersalaman dengan ayah mertuanya. Dan seketika Tuan Bakti memeluk Auliya sambil tersenyum.
"You smiled, I fell in love"
Auliya menghantar Luke pulang dahulu sebelum dia bergerak ke kampus pula. Tak lama pun lagi study ni, semangat ya Auliya!
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
Storie d'amoreLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...